Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Friday, 7 November 2014

Tubuh Mudah Letih Semasa Menyusu?

Menyusukan adalah momen yang sangat indah! Namun tak dinafikan, tubuh kita letih gara-gara bangun malam mengepam susu untuk dijadikan stok.

Dengan kerja-kerja rumah, kerja pejabat, kadangkala diri keletihan.

Perlunya vitamin unutk ibu menyusu, bukan untuk menambahkan kuantiti susu ibu semata-mata, tapi memberikan ibu kesihatan yang lebih baik, tubuh yang lebih segar dan cergas.

Vitamin yang dicadangkan untuk ibu yang menyusu ialah seperti di bawah:


Ia adalah kombinasi vitamin asas vitamin untuk menggalakkan penyusuan.

Vitamin asas seperti vitamin B, C serta Vitalea adalah untuk memelihara kesihatan, memastikan ibu kekal bertenaga dan tidak mudah keletihan. Bila kita mengambil 3 vitamin ini, jika pada hari sibuk pun kita masih kekal cergas lagi. 

Vitamin yang merangsang menambahan susu ibu ialah Alfalfa dan ESP. Terbukti supplement ini membantu untuk meningkatkan kuantiti susu ibu jika diamalkan dengan teknik yang betul. 

Ostematrix pula membantu untuk penyusuan semasa ibu didatangi haid. Kerana terdapat sesetengah ibu yang mengalami masalah susu merudum semasa period. Insya Allah Ostematrix dapat membantu masalah ini. Anda juga boleh baca manfaat lanjut OStematrix.

Saya sendiri mengamalkan supplement ini untuk menyusukan anak saya sekarang, 1 tahun usianya, menyusu susu ibu sejak lahir hingga sekarang. Alhamdulillah saya sendiri rasa sangat bertenaga bila amalkan pengambilan vitamin ini. Tubuh tak la mudah melepek bila menjelang malam :)

Banyak testimoni mereka yang telah mencuba set ini. Anda boleh rujuk di facebook saya. 

Nak baca kisah saya mendapat lebih 40 oz susu perahan dalam masa sehari? Ada saya ceritakan dalam entry yang lepas. 

Jika nada berminat mencuba set penyusuan yang ohsem ini, anda boleh hubungi saya atau whatsapp saya untuk konsultasi. Dijamin harga terendah dan mampu milik! 

Hasanah
013-2896454

Wednesday, 5 November 2014

Percutian ke Sarawak

Baru-baru ni saya ke Sarawak bersama suami, kakak (bersama anaknya 2 tahun) dan mak. Tujuan asal sebenarnya nak menghadiri majlis konvokesyen adik saya di UNIMAS. Tapi alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke bulu ketiak kata orang. Hehee maka jalan-jalan laa kami sekitar Sarawak. Trip kami cuma 2 hari 1 malam sahaja. Sekejap cuma tapi kami manfaatkan betul-betul. 

Jom baca cerita saya semasa di sana. 

Selamat landed di airport Kuching
Flight saya seawal jam 7.20 pagi menggunakan Malindo Air, naik di KLIA2. Saya bawa bersama Irfan, 1 tahun. Yang lain kena tinggal hehe..Sampai di Kuching, Sarawak sekitar jam 9.10 pagi, adik saya dah sedia tunggu di airport. Di airport turun je flight, perlu lalui imegresen dulu, dapatkan pas lawatan. 

Lama juga di sana sebab beratur panjang kan. Tapi quite ok laa sebab saya kendong baby so dapat line khas hehe..Hampir jam 11 pagi kami ke restoran berdekatan UNIMAS, jamu selera dulu. Restoran 1 Malaysia tuuuu..

Adik saya dah siapkan agenda sepanjang 2 hari kami di sana. Memang tak rehat laa..Siap lunch terus ke pasar Serikin yang sangat WOW! Ni sangat best untuk orang yang suka membeli belah okey. Hehee..saya cuma borong ukiran yang diperbuat dari kayu jati untuk dihadiahkan kepada babysitter dan mertua. Teringin juga nak rembat beg sebijik dua, tapi incik suami pun tahu saya bukanlah seorang yang suka buat koleksi. Beli dan pakai, 1 beg dah ada cukuplah. Uhuk uhuk..so tengok je la beg yang cantik tu..Jamu mata kata orang. Pasar ni tutup sekitar jam 2 petang. 

Then kami ke Jong's Crocodile Farm & Zoo, tengok buaya laa senang citer. Tiket dewasa RM16, kanak-kanak RM8. Jika anda warga Sarawak, tiket lebih murah, dewasa RM10 kalau tak silap saya. Masuk kat dalam tu, wah! Terpegun tengok sang buaya. Masa ni sangat-sangat teringat pada anak sulung kami, Izzat. Selalu teringat dia tengok cerita hikayat lama sang kancil dengan buaya hehee..


Wristband kena pakai. 

Ni haa maek la saya jamu buaya satu hehe..


Besar mak aihhhh!! Terkojut saya melihat buaya ni. Dah la nganga mulut. Suami saya kata depa dah potong gigi buaya, sebab tu gigi buaya tu dah tumpul. Betui tak tidak, tak tahu la pula saya. Ke kena kelentong jer daku nih dengan incik suami! 

Okey, ni lagi jamuan mata hehee...

Ni anak buaya je 

Best laa ambil-ambil gambar di sekitar sana. Masa ke sana lebih kurang jam 3 petang. Pusing-pusing sampai tak larat nak berjalan, so kami berehat di bangku.

Jom layan gambar di sana.




Kemudian kami ke hotel untuk check in. Solat dan berehat sebentar. waktu solat di Sarawak sejam lebih awal dari KL. Jam 6.30 petang tu dah maghrib. dan keadaan sekeliling pun dah gelap. Malam tu jam 8 malam kami dinner di Restoran Barok (maaf tak ingat nama penuhnya). Restoran dalam taman. Wah..menariknya. Duduk bersila memudahkan untuk saya yang ada anak kecil. Yalah. Boleh jugak letak kejap-kejap kan. Tak la lenguh sangat tangan. Yang bestnya di sana kami makan nasi ayam pansuh, itu yang specialnya di sana. Ala-ala sup ayam, tapi dimasak dalam buluh. Dan ayam penyet pun sedap GRED A sambalnya (bagi saya yang tak suka pedas). Ayam penyet kat sana nama lain. Mereka tak sebut ayam penyet. 

Lupa nak cerita, jam 8 malam kat sana macam jam 10 malam-11 malam kat KL.

Kat sana saya jumpa anak bisnes, kak Hazla namanya. Beliau seorang pensyarah di UNITAR Kuching. Saya minta beliau bawakan OStematrix, memang lupa nak bawa. Tu supplement penting if nak travel dan nak jalan-jalan. Tak la esok pagi bangun tidur tubuh sakit-sakit. Alhamdulillah. Ada Ostematrix memang sangat membantu!

Selepas dinner kami ke kedai kek lapis. Ada 2 kedai yang femes di sana, Mira Cake House dan Dayang Salhah. Dont worry, memang ada tester. So takla kita terkial-kial nak beli yang mana kan. Kami cuba dulu. Tengok mana yang sedap. Esoknya datang beli lagi hehe

Selesai program malam tu, saya kembali ke hotel untuk berehat dan tidur. Esoknya jam 4.30 pagi dah Subuh. Jam 8 pagi breakfast terlebih dahulu. Tapi sayang kedai makan tak banyak yang buka awal. So makanlah seadanya. Breakfast dengan laksa Sarawak. Kakak dan suami saya makan mee kolok.

Pagi ni best sebab naik sampan! Hehehe..Seingat saya ini pengalaman kedua saya naik sampan dalam tempoh 18 tahun barangkali!Saya sukaaaa...



Park kereta, dan naik sampan untuk ke kedai kek lapis. Boleh je if nak naik kereta, tapi adik dah plan siap-siap nak bagi expereince yang BAIKKKK punya kat kakak-kakak dia ni. So layankan aje..Memang kami enjoy! Lagi jauh perjalanan sampan tu, lagi mahal bayaran. If sampan cuma menyeberang sungai, 50 sen je bayar. Tapi if dari hulu ke hilir, bayaran kami RM2 seoramg (bayi dan kanak-kanak tak dikira). Waktu pergi, sengaja parking kereta dan jalan jauh sikit untuk naik sampan lebih lama (nak fefeeling gitu haa) hehe..Waktu pulang cuma menyeberang je, dalam 2 minit je.


Sampai di kedai kek lapis, since semalam dah siap cuba kan. So pagi tu cuma pilih je la (but still masih gatal tangan nak merasa kek lapis tester tuuuu). Kedai Dayang Salhah ada offer, beli RM100 dapat FREE kek lapis bernilai RM10. Manakala kedai Mira cake House tu beli 5 kek lapis percuma 1. Saya suami isteri beli di Mira Cake House. Antara kek lapis pilihan saya: Chocolate Cheese, Lumut, Harimau Malaya, Kek Dalam Kek.. Ada lagi 1 jenis tapi dah lupa namanya ahaksss..



Cadangnya nak beli ikan terubuk tapi kedai belum buka lagi. Oh ya, kedai kek lapis ni buka seawal jam 8.30 pagi tau. Orang tak ramai waktu tu so memang melantak laa makan yang tester! Kijammm..

Then kami ke kedai yang berderet di Waterfront, beli sepasang dua pakaian untuk anak-anak. Yalah. Buat gembirakan hati mereka yang kena tinggal tu haha..Sekitar jam 11 pagi, bergerak ke hotel untuk check out. dan terus ke UNIMAS since turn adik saya sesi petang. So kami makan dan berehat dahulu. Upppssss..maaf ye nama je konvo tapi gambar adik berkonvo takde pun.

Ok jamu gambar je la di laluan ke dewan konvo adik. Tapi still gambar kakak dan suami hehe..


Sekitar jam 8 malam kami ke airport. Menanti untuk flight malam tu jam 10 malam.

Even trip cuma 2 hari sahaja, agenda adik sangat padat, tubuh keletihan sebab banyak berjalan, tapi kami semua memang enjoy, happy sesangat. Terima kasih adikku sayang sebab plan jenjalan yang best nih. Hehee..yalah. Kami memang jarang bercuti. So bila ada peluang, memang sangat nak pergi. Ahaksss..

Eh terpanjang pula entry ni. Tak masuk bab hotel sebab review untuk hotel sahaja perlu entry khas kerana anda akan ketawa mengekek-ngekek atau berguling-guling!










Thursday, 14 November 2013

Bersalin Dengan Shaklee

Hari ke 24 berpantang.

Alhamdulillah, kali ni berpeluang merakam kisah kelahiran anak ketiga kami, Irfan bin Imran.

Saya amalkan Set Kehamilan Shaklee sepanjang mengandungkan Irfan. 2 minggu sebelum tarikh jangka bersalin, saya pulang ke kampung di Kelantan untuk bersalin dan berpantang di sana. Habis cuti 2 minggu masih belum bersalin. Oh! Overdue pulak!

Pada 23/10/13, mulai terasa kontraksi yang tak berapa sakit, setiap 15 minit jam 4 pagi. Jam 5 pagi semasa kontraksi mulai ketara dan tak tertahan, menuju ke hospital, bukaan baru 4 cm. Tanpa ubat tahan sakit mahupun gas antonox, bukaan dah pun 8cm pada 6.10 pagi. Jam 6.18 pagi dah selamat bersalin Irfan. 

Fuuuhhh! Lega. Lepas aje push, baby keluar, rasa bersyukur dan lega yang tak terhingga. ESP sungguh buat saya lebih bertenaga untuk kelahiran kali ini. Sebelum ke hospital, saya minum segelas milo dan ESP dan telan 4 biji Ostematrix, supaya lebih bertenaga untuk meneran. 

Beza? Memang sangat berbeza. 2 kelahiran sebelum ini, lepas push baby, memang lembik dan rasa letih tak yah cakap. Penat, rasa nak tidur lepas "bekerja keras"  "mengeluarkan" baby. Tapi kali ni lain sangat. Saya masih bertenaga lepas baby keluar, diletakkan di atas dada saya untuk stimulasi. Saya gigih menyusukan si comel Irfan. Siap rasa nak duduk je sambil breastfeed dia..hehehe..

Koyak pun tak banyak, koyak sebab ada terangkat punngung semasa kontraksi sebelum push tu. Nak buat camne, tak sedar walaupun memang dah beringat..hahaha..alhamdulillah, 5 jahitan je.

Kali ni dengan Set Berpantang Shaklee, badan rasa lebih segar dan sihat, luka pula cepat sembuh berbanding kelahiran sebelumnya. Luka pun cantum elok aje..segala puji bagi Allah.

Di mana saya berpantang? Memandangkan rumah mak dan mertua dekat sesangat, maka bergilirlah saya. Hehe..Berpantang makan, pepagi dan petang bersauna, mandian herba, berurut, bertungku dan berbengkung. Semua itu membantu memulihkan kesihatan ibu dan membantu ibu dapatkan berat badan yang asal sebelum mengandung. 

Insya Allah, selepas ini, mahu mencuba Lecithin pula. Lecithin - produk super hot untuk menurunkan berat badan dan mengelakkan clog duct bagi ibu menyusu!

Nak tahu kisah penyusuan saya dan bagaimana saya mengatasi masalah penyusuan? 

Jangan lupa jadi follower blog ini ya :)

_______________________
Hasanah 
Your Breastfeeding Partner
013-2896454

Saturday, 17 November 2012

Wanita dan Pasangan Utamanya: Kalsium

Umum mengetahui bahawa wanita lebih memerlukan kalsium daripada lelaki; kerana wanita amat memerlukannya sepanjang menjalani pelbagai peringkat kompleks dalam hidup, seperti mengandung, bersalin, berpantang, menyusukan anak malah semasa kedatangan period/semasa menstruasi.

Kalsium paling banyak terdapat pada tulang dan gigi, sekiranya pengambilan harian kalsium tidak mencukupi, maka akan diekstrak dari tulang dan gigi. Pengurangan kalsium untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kerapuhan tulang atau osteoporosis.

Tulang akan mulai menyusut pada usia 30 tahun, jadi mengamalkan pengambilan kalsium yang mencukupi amat penting sebelum usia 30 tahun.


Apakah tanda kekurangan kalsium:

  • Mudah marah
  • Kekejangan otot/tangan/kaki
  • Sakit ketika menstruasi (PMS)
  • Gusi berdarah
  • Keguguran rambut
  • Serangan sakit jantung
Antara makanan yang mengandungi kalsium adalah produk tenusu, sayuran hijau, ikan bilis dan sardin.

Kerana pemakanan yang tidak menentu, agak susah bagi saya sendiri mengamalkan pemakanan seimbang yang lengkap dengan kalsium...Jadi, saya memilih supplement kalsium dalam bentuk tablet yang lebih mudah diambil, tiada perasa dan pewarna tiruan.

Bagaimana nak pilih kalsium terbaik?
  • Pilihlah kalsium dari jenis kalsium citrate kerana kadar penyerapannya dari tubuh lebih tinggi.
  • Carilah yang lengkap dengan Vitamin D dan Magnesium kerana ia berfungsi melengkapkan proses penyerapan kalsium, magnesium bertindak membina matrik tulang yang kukuh
Pilihan saya, semestinya Ostematrix dari Shaklee! Sesuai untuk saya yang mudah letih, ingin tidur yang lebih lena.

Kini, dengan adanya Ostematrix, kaki dan tangan saya tiada kebas dan kejang lagi, pinggang pun dah tak sakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...