Showing posts with label Mealshake. Show all posts
Showing posts with label Mealshake. Show all posts

Monday, 14 September 2015

8 TIPS OHSEM Mudah Diamalkan Semasa Jerebu

Kali ni nak kongsikan tentang isu semasa yang melanda ibu kota - jerebu.

Kalau tengok, gerun rasanya. Gelap semacam, berkabus je kan.

Semua pun pernah dengar tentang IPU kan? IPU tu adalah ukuran paras jerebu. Bacaannya seperti berikut: 


Setakat bacaan IPU terkini jam 6 pagi tadi, kawasan Batu Muda di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terjejas teruk dengna bacaan IPU 188. Kebanyakan tempat mula menunjukkan bacaan IPU tahap kuning. Dan berita jam 12 malam tadi pun dah announce semua sekolah sekitar KL, Selangor, dan Melaka diarahkan tutup hari ini. Dasat kan? Bacaan IPU semasa boleh juga dilihat di website rasmi Jabatan Alam Skitar .

Waktu persekitaran tak sihat begini, kita mesti ambil tahu apa yang perlu kita lakukan. Ini 6 tips yang diberikan oleh KKM untuk membantu kita menjaga kesihatan semasa jerebu. 

Saranan saya pula: 7. Mengambil Vitamin C dan Nutriferon untuk tingkatkan imuniti tubuh supaya tidak mudah jatuh sakit. Ramai orang yang mengadu bila keluar je rumah, mata rasa pedih, tekak rasa gatal nak batuk je kan, pengambilan vitamin kaya antioksidan dapat membantu anda mengatasi masalah ini. 8. Bagi ibu bapa yang anaknya berusia 1 tahun ke atas, anda juga boleh bekalkan vitamin C Chewable dan nutriferon pada anak anda. Ini penting untuk meningkatkan imuniti anak agar tidak terjejas dengan jerebu, kerana kanak-kanak memiliki sistem imuniti yang lebih rendah berbanding orang dewasa. Bila anak sihat, mak ayah pun gembira kan. Anda boleh dapatkan Vitamin C Shaklee dan Nutriferon di sini ya. Sama-sama kita jaga kesihatan dalam musim jerebu yang teruk ini. Saya juga semalam baru siapkan face mask untuk kegunaan anak-anak. Sediakan payung sebelum hujan katanya hehe..Ofkos untuk anak-anak ibu buatkan yang bercorak gitu :)                                Hasanah Ahmad | 013-2896454

Tuesday, 3 March 2015

Tips Ajar Anak Cepat Membaca

Saya dapat tips ini semasa hadir ke seminar cepat membaca anjuran tadika Little Caliph Sabtu lepas. Bagus juga tadika anjurkan seminar seperti ini, boleh kita ibu bapa muda ni tambah ilmu dan ajar anak teknik yang betul dan berkesan.

Jom ibu bapa kita apply tips ini:

1. Ajar anak membaca sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari

2. Ajar anak dengan sebutan "a" sebagai "are"  (bunyi macam baca "a" untuk ayam). Sebaiknya ajar a, ba, ca, da.

3. Ajar kanak-kanak menulis dengan huruf kecil, bukan huruf besar (tulis a, bukan A. Tulis b, bukan B). Supaya kanak-kanak lebih cepat pandai membaca bila tulisan sama seperti dalam buku & surat khabar (sebab dalam surat khabar bukan semua tulis huruf besar kan).

4. Amalkan aktiviti pembelajan yang menarik. Contohnya buat flashcard/buat kad bertulis a, ba, ca dll then suruh dia tunjuk yang mana satu ba, mana satu ca. Buat style pancing ikan pun boleh, buat style dadu pun boleh. Menarik kan. Anak-anak pun suka nak belajar.

5. Alat bantu mengajar anak-anak di rumah sebaiknya berwarna-warni untuk bantu meransang perkembangan otak kanak-kanak. Bila sel-sel otak cepat berhubung, lagi cepat proses pembelajaran diterima.

6. Ibu bapa yang sebaiknya ajarlah anak-anak menggunakan bahasa baku. Walaupun ibu bapa sendiri menggunakan loghat klate, tganung mahupun nogori dan yang seangkatan dengannya, tapi waktu belajar bersama anak-anak, ajarkan bahasa melayu baku. Makan, bukan makē atau makang hihii

7. Pembelajaran seringkali menggunakan otak kiri. Ransang perkembangan otak kanan anak-anak dengan aktiviti yang memerlukan mereka menggunakan otak kanan (kreatif). Antaranya bila mengecam huruf menggunakan bunyi. Kaedah ini diajarkan di Little Caliph. Dan alhamdulillah anak-anak senang mengenal huruf.

8. Gunakan waktu anak-anak dalam keadaan tenang untuk ajar dia membaca.

9. Boleh gunakan sistem reward/bintang/stiker sebagai galakan pada anak-anak apabila mereka berjaya dalam sesuatu tugasan. Contoh bila anak pandai mengenal a, ba dan ca.

10. Perhatian! Ibu bapa JANGAN SEKALI-KALI buat perbandingan antara anak-anak atau anak orang lain. Untuk membina self-esteem anak-anak, ia mengambil masa yang lama tapi untuk meruntuhkannya hanyalah dalam masa sekelip mata sahaja. Dan perbuatan ibu bapa yang suka membuat perbandingan antara anak ini menyebabkan self-esteem anak tadi jatuh.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua ibu bapa dalam mendidik anak anda.

Jika anda mempunyai anak prasekolah (4-6 tahun), share info ini di wall facebook anda jika ia berguna pada anda. Ia mungkin dapat membantu rakan-rakan anda yang lain untuk pendidikan anak-anak mereka di rumah.

Hasanah Ahmad
013-2896454

Tuesday, 10 February 2015

9 TIPS Lembutkan Hati Anak

Tips Buat Ibu Bapa

Bagus untuk diamalkan. Jemput baca:



1. Bila tiba-tiba teringat kat anak, kirimkan bacaan al-Fatihah pada anak. Sampai pada ayat "iyyakana'budu waiyyakanastain" (maksudnya:Hanya kepadaMU kami sembah dan hanya kepadaMU kami memohon pertolongan),mintalah apa-apa hajat yang kita inginkan berkaitan anak itu, kemudian habiskan bacaan al-Fatihah dan doakan semoga anak kita itu diberi kefahaman dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan menyerahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Semasa anak tidur, pandang wajahnya dan ucapkan, "ibu/ayah nak ______ (sebut nama anak) jadi anak yang soleh sayang. Menurut seorang ustaz, ketika anak tidur ini kita sedang berbicara dengan ruhnya. Dan ucapan ibu bapa itu adalah doa dan Allah maha mendengar lagi maha melihat. Cubalah!

3. Masa bangun solat malam, solat hajatlah di sisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

4. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia semasa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

5. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya melukakan hati kita. Muhasabah diri kita selaku ibu bapa, mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.

6. Yang paling penting, jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita terlanjur kata, carilah masa yang sesuai untuk kita meminta maaf daripadanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita. Kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama pun boleh :)

7. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat (maksud ayat: Wahai Tuhanku, Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuham kami, perkenankanlah doa permohonanku)

8. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi Allah pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia juga tak suka.

9. Masa basuh beras niatkan "Ya Allah lembutkan hati anak-anakku _____ (sebut nama anak) untuk dia faham agamaMU sebagaimana Engkau lembutkan beras ini menjadi nasi. Kenapa kita nak anak-anak faham agama? Kerana anak yang tak faham agama boleh membawa ibu bapa ke neraka. Basuh beras lawan jam (macam orang tawaf) sambil baca selawat pada Nabi Muhammad SAW.

Pada ibu bapa, doakan sentiasa anak-anak kita. Tips-tips ini sangat bagus untuk diamalkan.

Selamat beramal dan semoga Allah merahmati rumahtangga kalian :)

Hasanah
013-2896454
Shaklee Independent Distributor

Saturday, 11 October 2014

Pendaftaran Persekolahan Sesi 2015

Dari tahun lepas sebenarnya nak hantar anak sulung kami, Izzat ke The Little Caliph (TLC), masa 4 tahun. Tapi time tu tak buat study yang mencukupi, bila tengok website The Little Caliph rupanya dah tutup pendaftarannya. Oh! Sangatlah cepat penuh. Then kami iap-siap tanya bila buka pendaftaran untuk 5 tahun. Okey, dah dapat info, bulan 10. 

Open Day The Little Caliph Sungai Besi pada 11 Oktober 2014, pastinya kami tak lepaskan peluang. Seawal pagi lagi dah get ready, mandikan Izzat untuk "ke sekolah". Bawa anak bersama untuk biasakan dia dengan kawasan sekolahnya, biasakan diri bergaul dengan kanak-kanak lain. 



Sampai di Little Caliph sebelum jam 8 pagi. Awal tuuu..Rupanya ada lagi yang lebih awal! Hehe..Kami sampai ke meja pendaftaran, dapat turn no 5 untuk daftar. 


Sesi dimulakan oleh Pn Alwiyah selaku Principal di TLC Sungai Besi. Cantik manis orangnya hihii..Beliau berikan penerangan tentang Tadika The Little Caliph, aktiviti, jgua silibus pembelajaran anak-anak semasa di Tadika. 


Ramai yang hadir. Memang penuh. Tak campur lagi dengan parents yang menemani anak-anak di bilik aktiviti. 


Semasa ibu bapa mendengar taklimat dari pihak tadika, anak-anak digalakkan menyertai aktiviti yang disediakan. 

 Inilah aktiviti anak-anak! Haha..masa Izzat jejakkan kaki di bilik ni, ekspresi wajahnya teruja, gembira! Sebab ada mini playground, dan deko yang sangatlah cantik! 

Di bilik tu, kanak-kanak tunjukkan kretiviti mereka dengan bantuan teacher yang sedia membimbing. 



Nampak Izzat di sana? Hehe..Gigih dia buat kerja. Khusyuk gitu haa..Lepas habis aktiviti ni, ada lagi yang lain. Masa aktiviti kedua tu, saya dah tinggalkan dia bersama teacher untuk dengar taklimat. 



Disebabkan sambutan yang menggalakkan dari pihak ibu bapa yang nak mendaftarkan anak mereka di The Little Caliph, mereka berikan "nombor giliran" untuk memudahkan sesi pendaftaran. Dimulakan dengan no 1 untuk pendaftaran 4 tahun dan 5 tahun. Saya no 5, so tak la lama sangat menunggu. Hehee mujur datang awal kan kan.

Yuran? Pasti anda yang teringin nak hantar anak ke TLC nak tahu berapa yurannya kan. Yuran tahunan TLC terbahagi pada 2 iaitu kelas sahaja (separuh hari dari 8 pagi hingga 12 tengah hari) atau DayCare (kelas hingga petang 8 pagi hingga 6.30 petang). Bagi ibu bapa bekerja mereka kebanyakkannya memilih Daycare, habis kerja petang baru ambil anak. Bagi saya, saya rasa kasihan, tak nak beratkan kepala kanak-kanak yang baru 5 tahun. Kelas separuh hari memadai bagi mereka. Saya pun boleh ajar sendiri mengaji Quran di rumah. 

Yuran tahunan: 
Kelas (separuh hari) : RM1409
Daycare (Kelas 1 hari) : RM1550

Yuran bulanan:
Kelas: RM250
Daycare: RM400 (tambahan RM150 dari Kelas)

Even yurannya agak mahal berbanding tadika lain, tapi kami memilih The Little Caliph kerana melihatkan kualiti pendidikan di sana dan mahu Izzat belajar dengan lebih selesa. Tak nak kelas yang hanya banyak bermain, atau hanya banyak belajar. Kami mahu seimbangkan kedua-duanya. Dunia dan akhirat. 

Di TLC juga diajar Tahfiz (mengaji al-Quran, hafazan) iaitu semasa sesi petang bagi mereka yang ambil pakej Daycare. Ada juga kelas taekwando untuk kanak-kanak, tapi saya tak ambil. 

Apa yang menariknya, di TLC mereka ada sesi 1 to 1 iaitu teacher akan berikan bimbingan secara individu pada anak-anak semasa sesi pagi (jam 8 pagi- 9 pagi). Kelas bermula jam 9 pagi. Jadi jika ibu bapa yang terlambat menghantar anak mereka ke kelas, maka terlepaslah peluang sesi pembelajaran 1 to 1 ini. Bagi saya ini sangat bagus untuk bantu perkembangan kanak-kanak. 

Ibu bapa tak boleh harapkan cikgu di sekolah untuk bimbing anak kita, sebaliknya kita sendiri sebagai ibu bapa, perlu mulakan sesi pembelajaran di rumah. Cuma 5 minit sahaja setiap hari untuk sesi pembelajaran di rumah dah memadai, pesan Pn Alwiyah semasa taklimat ini. 

Di TLC, mereka aim kanak-kanak di usia 4 tahun dah pandai membaca dan bersolat. Alhamdulillah. TLC menekankan program Islamic, English dan Kreatif. Bila lihatkan silibus pembelajaran TLC, saya pun turut teruja sama.

Saya berikan Izzat supplement ini untuk bantu dia kekal cergas dan aktif. Alhamdulillah Izzat jarang sakit. Masalah sembelitnya dan kurang selera makan pun dah tiada.  

Moga kekal aktif, sihat dan bijak anakku sayang. Hiduplah sebagai anak yang soleh, hamba Allah yang taat akan perintahNYA, dan memberi manfaat untuk insan lain.  Ameen. 

013-2896454



Tips untuk anak yang sembelit dan susah makan


Lawak la Izzat ni.

Tadi dia kata,"ibu, abang makan banyak dah tadi. Bocor dah perut abang". Sambil pegang perut pulak tuh!



Ayat last tu tak menahan!

Pecah berderai gelak ketawa hahahaha. Apa la abang ni. Sampai BOCOR pulak perut dia bagi.

Dulu Izzat seorang picky eater. Sangat fussy bab makan. Yang tu tak nak, yang ni tak nak. Sampaikan susu je lebih 8x sehari gara-gara tak makan. Badan pun cekeding je. Sekarang tak lagi macam tu. Susu dah berkurang ke 3x sehari! Cantek kan.

Izzat dulu selalu sembelit. Teran lama sampai naik takut nak gi tandas. Bab berak berdarah tak yah cerita. Kesian sangat kat dia. Time nak poo poo je menangis.

Bila saya konsisten Mealshake, alhamdulillah. Setiap hari membuang tanpa perlu susah payah teran beria. Suka je tengok dia membuang senang. Tak seksa dan sengsara macam tu. Dulu tengok dia teran saya peluk dia. Rasa nak nangis sama sebab dia sakit sembelit. Jangan cakap buah dan sayur. Semua tolak.

Alhamdulillah. Mealshake beri sinar baru buat Izzat. Gembira tengok anak ibu sihat dan ceria. Kalau nampak saya campurkan Mealshake dalam susunya atau dalam minumannya, siap cakap lagi, ibu letak banyak-banyak!

Ye laa anak! Hahaha..

Moga Izzat terus sihat membesar sebagai anak yang soleh.
Esok hari pendaftaran Izzat untuk sesi persekolahan 2015.
Jika anak anda sembelit dan susah makan, boleh cuba bagi Mealshake. Percuma Mealshake bulan ini kalau anda nak rembat. 

PERCUMA penghantaran dan hadiah istimewa untuk pembaca blog yang dikasihi. 

Hubungi saya jika anda berminat membuat pembelian produk Shaklee pada harga PROMOSI. 

Jika anda berminat menjana pendapatan bersama Shaklee, saya mengalu-alukan penyertaan anda ke Support Group kami untuk saya bimbing. 

Saya boleh dihubungi melalui:

Hasanah Ahmad 
SMS/Whatsapp: 013-2896454 

Thursday, 11 September 2014

PROMOSI SEPTEMBER 2014

Bulan ni julung kalinya dalam sejarah, Shaklee membuat DOUBLE PROMOTION. Ada 2 promosi dalam 1 bulan. 

Apakah ia? 


Wow! Menarik kan. 

Promosi 1:  Mealshake : Beli 3 DAPAT 4
Promosi 2: Collagen Powder: Beli 6 DAPAT 7

Kali ni nak bercerita tentang Promosi Mealshake yang hebat ni. 

Belum pernah ada dalam sejarah. Pertama kalinya Shaklee buat offer best ini, cuma beli 3 tin Mealshake, anda boleh dapat 4 tin! 

Manfaat Mealshake: 
  1. Meningkatkan imuniti kanak-kanak 
  2. Menambah selera makan
  3. Bertindak sebagai pelawas melembutkan najis
  4. Menambah berat badan
  5. Sesuai sebagai sarapan pantas dan berkhasiat
  6. Membantu mengurangkan masalah eczema/penyakit kulit
Nak lihat testimoni Mealshake? Klik SINI

Nak dapatkan harga istimewanya? 

Mari saya ajarkan cara mudah anda membeli sambil berjimat.

Grab offer Beli 3 tin, anda dapat 4 tin. Jika tak nak beli 4 tin, anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan. Offer ini jauh lebih menguntungkan berbanding Beli 6 FREE 1 yang sebelum ini dibuat. Selalunya beli 6 dapat 7 kan. Kali ni beli 6 DAPAT 8! Memang tak patut ditolak. 

Tahukah anda? 

Setiap pembelian 1 set (Beli 3 DAPAT 4 Mealshake), anda telah menyumbang sebanyak 10% kepada MyKasih Foundation. Sambil membeli, anda boleh menyumbang pada 2000 rumah kebajikan kanak-kanak yang memerlukan. 



Nak harga SUPER SPECIAL? Hubungi saya terus untuk dapatkan harga teristimewa, kerana saya ada sesuatu yang sangat menarik untuk mereka yang membeli dari saya ;)

Hubungi saya di SINI atau boleh juga SMS/Whatsapp saya di nombor HP 013-2896454. 

Insya Allah pasti saya akan reply pertanyaan anda. Oppsss..jangan lupa mention anda adalah pembaca blog saya ya. Kerana ada SOMETHING SPECIAL untuk pembaca blog yang saya kasihi. 

Salam sayang, 
Hasanah Ahmad
013-2896454

Monday, 9 December 2013

Bagaimana Saya Bermula Dengan Shaklee

Saya mengenali Shaklee selepas bersalin anak kedua kami, Insyirah. Dari anak pertama, memang saya memerah dan membuat stok semasa dalam pantang.



Satu hari, semasa saya memerah susu, rajin la pula tangan saya menaip di google, mencari tips menambahkan susu ibu. Wah, sekali taip keyword, memang berlambak keluar tentang set penyusuan Shaklee.

Ish, dari satu blog ke satu blog, tergoda juga baca tentang keberkesanan set penyusuan itu. Cari nahas orang kata. Padahal saya takde masalah penyusuan pun. Susu pun banyak. Saje je nak test power sebab baca testimoni punya la best. 

Saya pun orderlah Set Penyusuan pek percubaan (Trial pack).

Masya Allah. Sunguh bagai dikata. 


Dari 5 oz, saya boleh dapat 7 oz, malah 10 oz. 

Dari 10 oz, saya boleh dapat hingga 15 ke 20 oz susu! Amazing!

Shaklee memang menakjubkan. 

Malah selepas mencuba produk Shaklee barulah saya sedar bahawa prinsip penyusuan yang utama mesti dipatuhi, iaitu DEMAND vs SUPPLY. Dan supplement hanyalah membantu. Bukan sekadar meningkatkan susu dan menambah kualiti susu ibu, supplement juga rupanya bertujuan meningkatkan kesihatan ibu. 

Yalah. Menjadi ibu bekerja, mengepam dan menguruskan rumah tangga memang memenatkan. 

Selepas mencuba vitamin Shaklee, alhamdulillah badan saya lebih segar dan kurang letih, walaupun pada banyak hari saya kurang tidur dan rehat. Bak kata orang, jadi ibu mana nak cukup tidur 8 jam sehari kan. Dapat 5 jam waktu tidur pun dah banyak syukur.

Dari situ saya mula tertarik pada produk Shaklee. Saya juga order Mealshake dari pengedar Shaklee masa tu, iaitu mak bisnes saya sekarang. 

Dengarnya produk Shaklee ini boleh membantu menambah selera makan anak dan mengatasi masalah sembelit.

Anak sulung saya, masa tu 1 tahun setengah, memang kuat sembelitnya. Air masak memang dia tak mahu. Sayur tak makan. Harapkan buah aje la. 

Lepas berusaha dengan Mealshake, memang bagus sebab bukan saje Izzat tak sembelit, selera makan bertambah-tambah, dan dia juga kini automatik lebih suka minum air masak tanpa dipaksa lagi!

Ibu mana tak suka kan :)

Okey, eksperimen kedua saya berjaya membuktikan bahawa produk Shaklee sememangnya bukan calang-calang produk dan memang berkesan.

Saya memang otak bisnes hehe :)

Lahir dari keluarga yang kuat latar belakang perniagaan, malah saya sendiri pernah berbisnes sebelum ini. 

Lalu timbullah idea di kepala, "Produk ni bagus ni. Rugi kalau tak jual".

Haa apa tunggu lagi. Saya terus PM (guna facebook je) bertanyakan mak bisnes saya, Iffah, bagaimana saya nak buat bisnes seperti yang beliau lakukan, dan saya nak berjaya seperti beliau juga. 

Jawapan yang saya terima, dahsyat.

Dan saya pula yang ragu-ragu untuk menyertai bisnes Shaklee. 

Takut pula. 

Kenapa begitu?

Nanti saya kongsikan dalam entri saya yang lain pula ya.

Salam sayang,
Hasanah
~ Hidup Luar Biasa!

******************************************
Bagaimana mahu menghubungi saya?

- PM Facebook saya : Hasanah Ahmad
- SMS/Call saya di talian 013-2896454 

Saya sedia membantu anda :)

Wednesday, 26 December 2012

Eczema dan Produk Shaklee

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak share sedikit info tentang ekzema. Ekzema ni juga salah satu penyakit auto immune, sama seperti resdung, alergik, asthma.

Bila pembeli menyatakan nak set untuk merawat masalah ekzema, saya suka mensyorkan Mealshake dan Herbal blend krim ini, bukan sahaja sejuk dan nyaman, ia tidak menyebabkan kulit merekah dan kering.

Lihat apa kata rakan saya yang menggunakan Mealshake dan Herbal Blend Krim ini, katanya:
"Parut merah semakin kurang dah.....dah makin bersih kulit dia"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...