Showing posts with label penjagaan kulit muka. Show all posts
Showing posts with label penjagaan kulit muka. Show all posts

Thursday, 23 October 2014

Set Kecantikan yang Ohsem!

Kisah benar masalah kulit muka. 

Muka berjerawat, hilang jerawat, tinggal pula parut. Itu fenomena biasa yang melanda. 

Dengan set kecantikan Shaklee, kesan parut pun tak ketara. Kulit rasa sangat moist. Seriously tak menyesal cuba Collagen Powder! 

set kecantikan

Saya amalkan pengambilan Vivix, Collagen Powder, ESP dan Vitamin C.

Ada masa bila kurang titik beratkan kebersihan muka, jerawat naik juga setepek dua. Tapi cepat-cepat sapu dengan Herbal Blend, tak jadi jerawat tu nak membesar! Hihihi..Kulit muka memang kena cuci bersih sekurang-kurangnya 2x sehari, paling penting JANGAN CULAS membersihkan wajah anda sebelum tidur malam jika tak nak jerawat bertenggek di muka. Ahaha..Saya pilih Set Penjagaan Kulit ini yang sangat sesuai dengan saya. 

Seorang rakan yang saya temui berkata; 

" Akak ada masalah lopak-lopak pada pipi kesan jerawat batu zaman remaja. Akak sapu herbal blend setiap malam, alhamdulillah kulit sangat elok dan kesan macam "kawah" tu berkurang!"

Saya sangat setuju dengan akak ni. Sebab saya sendiri rasai kesannya. Nampak je jerawat segan-segan nak naik, sapu 1 malam jaa jerawat terus kecut! 

Antara 4 item di atas, saya sangat sukakan Collagen Powder. Nak tahu kenapa? Dulu saya pernah share keterujaan saya dengan Collagen Powder. Sangatlah awesome! Seawal 3 hari saya penggunaan saya dah rasa kulit mulai lembap. Kalau buat masker lagilah best! Dalam few seconds tepek di muka terus menegang. Rasa awet muda sangat okey! Hehee..


ESP pula jatuh no 2 selepas Collagen Powder! Paling suka bab masker ESP! Sangat sejuk dan kulit rasa sangat gebu selepas bermasker ESP tau. Sementara ESP masih lagi ada promosi, saya sangat syorkan jika ada yang nak mencuba. 

Jika anda nak mencuba produk Shaklee, boleh lihat di sini untuk manfaat produk. Kenalpasti jenis kulit muka anda untuk memastikan anda mencuba produk yang bersesuaian. 

Jika anda memerlukan konsultasi untuk produk Shaklee, boleh hubungi saya untuk info lanjut. 

Hasanah 
013-2896454

*Gambar tanpa camera 360, editting, apatah lagi camera AES. hehe


Thursday, 9 October 2014

Rehat dan Rawat diri di Spa

Saya gemar ke SPA untuk belai diri dan manjakan tubuh. Sesekali kita nak juga manjakan diri kan hahah..

Ini kali ketiga saya ke NANA D' RIAS untuk buat treatment. Pemilik SPA ni muda belia lagi. Beliau dan mamanya usahakan SPA ni. Memang tangan halus je boleh buat kerja gini! 

Kali pertama saya buat Hair Treatment. Masa tu baru saya tahu adanya "sauna" kepala. 

Saya buat hair treatment ni untuk kuatkan akar rambut, nak rambut yang lebih lembut dan wangi. Beza berbanding kita syampu sendiri. Saya selalu ke Salun Zuhayra di Petaling Jaya untuk hair treatment. Rambut kekal wangi hingga 3 hari! Lepas tu terus jatuh cinta nak cuci rambut di salun ahaha. melampau tak! Masa buat hair treatment tu, saya memang niat nak potong rambut je. Alang-alang tahu ada hair treatment yang sebegitu best, terus cuba! Oh ya. Muslimah sahaja ya..hihi . Mereka juga sediakan servis potong rambut untuk kanak-kanak perempuan. 

Gambar google jer. Saya sedang treatment mana nak amek gambar ahaha

Kali kedua ke SPA ni, saya buat facial. Time tu mama kak Nana (Auntie Jam) yang buat. Memang sangatlah best. Dari scrub muka, pakaikan mask, cuci. Tang pakai mask tu saya tak ingat berapa lama, tapi seriously memang kulit rasa nyaman, sejuk, dan memang LENA okey! Sedar-sedar masker dibuka. 

Masa urutan kulit muka, nak buang whitehead, awww! Agak sakit prosesnya. Auntie Jam kata, kulit bersih, takde masalah. Whitehead hampir takde. Jerawat memang langsung tak ada. Hasanah amalkan apa-apa ke? Ahaha..Inilah rahsia saya! Guna ini kasi kulit tegang awet muda dan bebas cela. Saya rajin amalkan Set Kecantikan Shaklee untuk penjagaan dalaman kulit. Bila sel sihat, kulit cantik dan bersih. 

Ini saya! 


Kali ketiga ke SPA ini, saya ambil pakej SPA BEAUTY 3 treatment RM100. Alamak maaf if gambar tak jelas. Saya amek dari hp jer. Okey untuk memudahkan anda kalau berkenan nak ke SPA ni, antara pakej treatment di bawah SPA BEAUTY:

Lulur
Mangir
Facial
Sauna
Jakuzzi
Mandi susu

Pilih 3 dari treatment di atas, bayar cuma RM100. Saya ambil Lulur (skrub tubuh), mangir (sapu mask pada tubuh) dan facial sekali lagi! 

Kali ni staff mereka yang layan saya. Muda comel adik ni hehe.. Menurutnya, lulur tu skrub yang disapu pada tubuh. Bantu licinkan kulit dan buang daki. Lepas lulur gunakan pula masker pada tubuh. Ia dipanggil mangir. Haa jakun mak tak tau nih. Belajar sikit-sikit dari staff di SPA. Bak kata orang, luaskan pergaulan, banyakkan berjalan, tambah pengalaman ahaksss! Mangir tu tak perlu sampai mask tu kering pun, separa kering dah cukup, dalam 20 minit. Dan masa meniarap nak tunggu mask di belakang badan kering, bisa daku lena setelah seharian di luar setelkan urusan besar! 



Nak tahu servis detail yang SPA ni sediakan, boleh rujuk flyers ni. Actually mereka juga ada buat khidmat Wedding Planner untuk bakal pengantin. Macam hias pelamin, mekap, catering, juga pakaian pengantin. 

Akan datang, saya nak buat temujanji untuk urutan badan pula. Wah! Bestnya diurut! Jika nak mengurut, mandi bunga, kena buat appointment dulu tau. Jangan main terjah aje. Haha..



Saya gunakan set penjagaan wajah ini untuk luaran. Dah setahun pakai. Alhamdulillah SANGAT okey. 1 pencuci je tahan 6-10 bulan. Saya yang share dengan suami pun tahan 4-5 bulan jugak. Berbaloi-baloi! Untuk set kecantikan kulit, saya amalkan ini juga. Lagipun sekarang tengah promosi. Wajib beli banyak untuk dapatkan kulit yang cantik (melampau tak?). Kelebihan lainnya PASTI lah ada. Bukan kulit je yang cantik semata-mata tau.



Kalau nak order Set Kecantikan Shaklee yang sedang PROMOSI hebat sekarang ni, boleh hubungi saya direct, penghantaran PERCUMA je tau untuk pembaca blog yang saya sayangi :)

Hasanah 
013-2896454
SMS/Whatsapp

Monday, 6 October 2014

PROMO OKTOBER: ESP BELI 6 DAPAT 7

Wow! Promo bulan ini kembali pada produk favourite yang dinanti ramai, ESP. Bulan pakat nak cantik jelita kan.

Promo ESP

Apa yang bestnya tentang ESP?

√ Parut semakin pudar dengan ESP
√ Kulit lebih putih, cerah dan gebu
√ Kuku dan rambut yang lebih sihat
√ Susu ibu bertambah dan lebih pekat
√ ESP bukan sahaja untuk kecantikan
√ ESP bantu cepat pulihkan luka selepas bersalin/menjalani pembedahan
√ ESP bantu tingkatkan kesihatan rahim
√ Sungguh mengenyangkan
√ Ia berikan tenaga segera dan berpanjangan

Oh! Banyak sangat manfaat ESP. Kalau nak list semua memang tak habis. Pada anda yang dah lama mengidam nak mencuba ESP, bulan ini adalah bulan TERBAIK untuk mencuba. Pasal apa? Sebab Shaklee ada PROMOSI.

Beli 6 tin ESP, anda boleh dapat 7 tin. Boleh share dengan kawan-kawan atau saudara-mara.

Kebaikan jika anda membeli set promosi ini:

>>> Dapat FREE 1 tin ESP (untung RM150)
>>> Mendapat keahlian percuma (anda JIMAT RM232)
>>> CASHBACK RM30++
>>> Nikmati peluang tambah pendapatan dan percutian mewah bersama Shaklee
>>> Penyertaan PERCUMA ke group khas di bawah bimbingan saya

Menarik kan.

Dengan hanya beli 6 tin, anda kayak dapat semua kelebihan di atas!

Oh ya! 1 tin ESP tahan selama 2 bulan. So jangan risau. Anda sangat JIMAT bila beli set promosi ini.

Jika nak order, boleh hubungi saya atau WhatsApp je ke nombor ini 013-2896454. Saya sedia membantu anda :)

Hasanah
013-2896454

Thursday, 11 September 2014

Testimoni: Collagen Powder

Saya sangat teruja nak cuba Shaklee Collagen Powder (SCP) ni. Nak tahu kenapa? Jom lihat gambar di bawah. 

Sangat jelas perbezaan Pn Sy**** selepas mengambil SCP. Kulit nyata lebih bersih, putih dan berseri. 
 
Kulit tak kering, dan lingkarang bawah mata juga hilang. Percaya tak? Collagen bukan sahaja untuk kecantikan, tapi juga sangat bagus untuk sendi. 


Lihatlah! Cantikkan. Kulit glowing, berseri je.

Anda ibu menyusu? Jangan ragu-ragu untuk mencuba Collagen ini kerana telah ramai ibu-ibu menyusu di luar sana mencuba Collagen, dan hasilnya? Inilah yang para ibu menyusu telah rasakan!

Susu lebih pekat
Baby lebih kerap menyusu
Breast lebih cepat engorge
Alami let down reflex lebih kerap (LDR) ini sangat penting jika ibu-ibu mahu memperbanyakkan susu ya :)

Apa kata ibu menyusu semua? 


Lihatlah, tiada sebab kenapa anda mesti menolak SCP! Harganya berapa? 

Nak hasil yang puas hati, rawatan muka ala-ala pengantin baru, ofkos harganya juga cun kan. Harga asal SCP ini adalah RM298. Tapiiiii...anda boleh berjimat jauh lebih hebat pada bulan ini, dan tak perlu membayar RM298. Anda berjimat hampir RM100! Nakkkk? 



Sempena bulan Promosi ini, saya mahu berikan harga istimewa pada semua pembaca. Hubungi saya di SINI atau boleh Whatsapp saya di 013-2896454. Jangan lupa nyatakan anda adalah pembaca blog saya yer. Ada hadiah istimewa untuk pembeli dari blog. 

SMS/Whatsapp: 013-2896454

Thursday, 23 May 2013

Vivix Shaklee Terbaik di Pasaran

Wah..musim demam Vivix sekarang nih. Masing-masing pakat rembat Vivix, bukan semata-mata untuk kelihatan cantik, tapi Vivix yang kaya dengan resveratrol ni penting untuk memelihara kesihatan. 

Resveratrol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat. Ia penting untuk melawan pembentukan kanser dalam tubuh. 

Haa..sebab tu orang pakat-pakat rebut promosi Vivix ni, untuk jaga kesihatan. Jaga dari sekarang, esok-esok badan masih kuat walaupun dah berusia.

Jom intai apa lagi manfaat Vivix ni untuk kesihatan kita :)

• Membantu meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan
• Membantu peningkatan metabolisme
• Membantu mengekalkan kesihatan sistem kardiovaskular
• Membantu mengurangkan risiko pembekuan darah
• Boleh membantu mencegah masalah jantung dan strok
• Membantu badan mengekalkan sistem imun yang sihat
• Satu antioksidan yang kuat yang membantu melawan radikal bebas berbahaya
• Membantu menggalakkan panjang umur
• Dapat membantu dalam kehilangan berat badan (slimming)
• Membantu mengurangkan keradangan
• Membantu mengekalkan tahap kolesterol yang sihat
• Membantu menggalakkan paras gula darah yang sihat






Haa..memang Vivix berupaya melambatkan kesan penuaan, tapi bukan setakat itu sahaja tau!

Dengan rumusan 4 ramuan utama ini, Vivix sememangnya hebat dan menjadi supplement anti ageing terbaik di dunia!

Haa..kalau nak dapatkan harga promosi Vivix yang super dooper murah, lekas SMS/Whatsapp saya di 013-289 6454 untuk diskaun hebat!

Tuesday, 22 January 2013

Rangkaian Penjagaan Wajah bersama NutriWhite

Inilah "kegilaan" saya sekarang..selepas mencuba skincare Nutriwhite dari Shaklee ni, memang terbaeekkk la kesannya!

Apa kata mereka yang telah mencubanya?


Best kannnn..tak sabar pula nak try semua sekali nih..nanti saya dah try kesemuanya saya beri testi sendiri pula ya. Setakat ni saya baru guna 3 produk. Memang sangat berpuas hati. Kesan yang setanding jenama lain yang berharga jauh lebih mahal.





Sunday, 20 January 2013

Pencuci baru saya!

Assalamualaikum...

Rindu mahu mencoret di blog sendiri..ahahaha..

Saya sebenarnya baru beberapa hari menggunakan pencuci muka Nutriwhite dari Shaklee ini. Nyata, hasilnya sangat memuaskan. 1 tiub Gentle Deep Foaming Cleanser tahan berbulan-bulan, daripada testimoni yang saya temui, kebanyakannya tahan 10-12 bulan. Wow!! 1 pencuci tahan setahun.
Selain menggunakan cleanser, saya juga menggunakan Soothing Radiance Whitening Softener. Ini merupakan toner yang sangat menyegarkan. Saya sukeee :)

Alhamdulillah, setakat yang saya cuba ini, kesannya memang terbaik. Yang cleanser tu, picit sikit je kat tapak tangan, tapi buihnya, memang power la. Kecil-kecil cili padi pulak..hahaha :)

Satu lagi produk yang bakal saya beli dalam tempoh terdekat ini adalah Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15. Tak sabar pula nak tambah rangkaian penjagaan kulit muka dengan Nutriwhite ni.

3 produk ini adalah produk asas jika anda mahu menggunakan Nutriwhite secara berdikit-dikit, jika tak nak cuba pelbagai lagi produk Nutriwhite, gunalah yang 3 ini, pasti memadai :)

Nak dapat hasil ayng mengagumkan! Jom cuba Nutriwhite.

Wednesday, 12 December 2012

Kulit Lebih Licin Dengan Shaklee

Nak tengok hasil pengguna produk Shaklee?

Ini dia! Beliau mengambil Alfalfa, ESP dan vit C selama sebulan, dan baru-baru ini mula menggunakan vit E untuk kesihatan dan kecantikannya. Alfalfa diambil kerana beliau mengalami masalah IBS-keradangan usus.


Lihatlah kesannya!

Kulit nyata lebih tegang, lembut dan lebih BERSIH setelah mengamalkan Shaklee. BESTnyerrrr..

Inginkan hasil macam ni atau lebih BEST dan lebih POWER?

Hubungi saya! Mari saya tunjukkan.

******************************

Hasanah Ahmad
SMS: 013-492 6468
Email: hasanah3006@gmail.com

Friday, 19 October 2012

Evening Primrose Oil Shaklee

Bila sebut tentang EPO, pasti ramai yang tahu kebaikannya untuk mengawalatur kitaran haid, melegakan simptom pre menstrual (PMS), menggalakkan kulit yang sihat dan cantik.

Di Shaklee, kami menawarkan yang lebih baik dari EPO, iaitu GLA Complex. 

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 



Jom intai kelebihan GLA untuk tubuh kita.

  • Imuniti Tubuh

Jangkitan kuman menyebabkan tubuh tidak dapat menukar linolenik acid kepada GLA. Kekurangan GLA sebenarnya menyebabkan sistem imuniti terganggu. Apabila sistem imuniti tubuh terjejas, badan akan kerap menjadi tidak sihat/mudah diserang penyakit.

  • Masalah Kolesterol

Pengambilan GLA (bersama EPA) terbukti mempengaruhi profil lipid yang mana menurunkan kadar kolesterol. GLA dan EPA ditukarkan kepada PGE-1 (prostaglandin) yang mana kadar kolesterol tak dapat dikawal dalam sel yang tidak dapat menjalankan sintesis terhadap PGE-1 ni. Mengambil GLA setiap hari selama 3 bulan memulihkan pengekalan PGE-1 dalam tubuh sekaligus mengawal kolesterol.

  • Artritis

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh University of Massachussetts terhadap pesakit2 artritis, GLA dari minyak borage didapati membantu mengawal bengkak sendi dan kesakitan yang dialami oleh pesakit artritis.

  • PMS

Masalah PMS didapati dapat diatasi dengan pengambilan GLA yang konsisten. Masalah PMS berpunca dari penurunan kadar asid lemak dalam tubuh wanita ketidak kedatangan haid. Kekurangan asid lemak ini menjadikan simptom PMS yang jelas.

  • Diabetes

Kajian terhadap 111 pesakit diabetes mendapati GLA membantu mengurangkan simptom kerosakan saraf terhadap pesakit diabetes. Dalam kajian lain, GLA didapati menghalang kemerosotan saraf dari berlaku. Pesakit diabetes dikaitkan dengan masalah kekurangan PGE-1, menjadikan mereka memerlukan GLA. PGE-1 membantu dalam penghasilan insulin untuk pesakit diabetes.

  • Kulit Yang Sihat

GLA telah digunakan sejak berzaman untuk kesihatan kulit, dan juga membantu dalam masalah kuku rapuh. 9 kajian ke atas GLA mendapati ia mampu merawat ekzema. Walaupun kesannya agak lambat (6-9 bulan) namun ia penantian yang berbaloi.

GLA dari minyak borage adalah pilihan yang paling praktikal. Setiap kapsul mengandungi 4 kali GLA lebih dari EPO.

Kerana itulah kami berbangga memperkenalkan GLA kami sebagai EPO yang TERBAIK!

Credit to MommyLyna
 http://vitaminsemulajadi.com/kelebihan-gla/

Sunday, 23 September 2012

Kulit lebih licin!

Assalamualaikum..

Izinkan saya berceloteh sikit tentang produk yang menjadi igauan ramai wanita (lelaki pun ada ya)..COLLAGEN POWDER.

Memang sangat hebat! Belum pun habis sekotak, encik suami mula tegur kulit semakin licin dan lembut, wajah juga semakin cerah..katanya memang terasa kelainannya..hahaaa..sape tak cuba lagi memang rugi.

Jangan lambat-lambat..cantiklah untuk yang tersayang, pasti tak rugi ;)

Benarlah kata mertua saya, kita ni orang perempuan, kena ambil supplemen kesihatan ni, bukan untuk diri sendiri sahaja, tapi untuk suami juga. Sekarang saya yakin, dan bertambah keyakinan saya tentang itu..terima kasih ma!

Semakin saya terasa jatuh cinta pada produk yang satu ini..dan insya Allah mahu terus menggunakannya, bukan untuk diri sendiri semata-mata, tetapi supaya suami saya juga mendapat manfaat daripadanya :)

Insya Allah..



Saturday, 25 August 2012

Cantik Berseri Dengan Vitamin


Ingin kelihatan cantik berseri bersama Shaklee?

Cadangan produk berikut dapat membantu mengatasi masalah kulit muka anda!



- VITAMIN B: Membantu memberi tenaga dan kesegaran kepada tubuh, dan kumpulan Vit B ini membantu mengekalkan tona kulit yang sihat dan mengawal stress (Jangan lupa, stress dan tubuh yang letih lesu menyebabkan wajah kelihatan kusam!) B for Beuty. Semestinya saya MEMILIH Vitamin B Complex dari Shaklee kerana mengandungi 8 kumpulan lengkap termasuk Biotin~ Nutrien penting yang membentuk sel kuku, kulit dan rambut. Kekurangannya boleh menyebabkan dermatitis (masalah kegatalan kulit, kulit kering dan bersisik) dan keguguran rambut.

- VITAMIN C: Membantu dalam penghasilan kolagen, bertindak sebagai antioksidan yang melindungi kulit daripada tindakan radikal bebas dan melambatkan kesan penuaan. Ia dapat meremajakan kulit dan menjadikannya kelihatan muda. Sudah tentu Sustain Released Vita-C 500mg Shaklee adalah PILIHAN SAYA, kerana mengandungi bioflvonoid complex yang membantu Vitamin C meningkantkan penyerapannya dan menjalankan tugas dengan lebih baik.

- VITAMIN E: Sebagai antioksidan yang membantu mecegah kerosakan sel akibat dari tindakan radikal bebas, Bahan radikal bebas ini banyak menyebabkan kerosakan seperti pencemaran. Pengambilan vitamin ini berterusan dapat mengelakkan sunburn akibat dari sinaran ultra violet. PASTI saya MEMILIH Vita-E Shaklee kerana mempunyai selenium untuk melengkapkan fungsinya, dan selenium ini penting untuk pembentukan enzim glutasi peroksidase yang melindungi tubuh kita daripada radikal bebas.

- GLA: Formulasi khas Shaklee ini daripada minyak borage yang mengandungi gamma linolenik, asid linolenik, minyak bunga matahari dan vitamin E ini menjadikannya lebih efektif daripada penggunaan EPO. Ia bertindak menstabilkan hormon (Jerawat yang banyak juga punca daripada ketidakseimbangan hormon dalam badan tau). Testimoni pengguna membuktikan kulit menjadi lebih lembap dan masalah jeragat berkurangan dengan pengambilan GLA ini. Penggunaan yang konsisten memberikan kesan "glowing" pada wajah anda.

- ESP: Protein adalah nutrien penting yang membentuk sel tubuh. Ia menghasilkan sel yang sihat, menggantikan sel kulit yang sudah mati serta membaiki struktur kulit semula. . ESP membantu penyerapan vitamin dengan lebih cepat, berbanding dengan mereka yang mengambil vitamin tanpa ESP. SAYA DAPATKAN protein soya berkualiti semestinya dari Shaklee kerana diperbuat daripada non-GMO (genetically modified organism~ Tidak diubahsuai secara genetik) soya yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.


Friday, 24 August 2012

Rahsia Awet Muda

     Bila bicara tentang soal kecantikan, ramai wanita teruja. Yalah..siapa yang tak nak kelihatan cantik dan muda selalu kan? Tambah-tambah bila dah berkahwin dan beranak pinak, soal ini tak boleh dipandang sepi. Tittle isteri atau ibu jangan dipersalahkan bila anda nampak selekeh atau tak sempat berdandan.. Menjadi wanita yang sedap mata memandang tu pastinya diimpikan oleh para suami. Tak aci tau bila keluar rumah bersolek bukan main, tapi kat rumah bedak pun tak pakai...hahaaa.

     Kaum adam/bapa pun tak terlepas dari soal ini tau.. Jika wajah berjerawat sana sini, kusam dan lesu, apa salahnya berusaha untuk merawat dan mencari penyelesaian agar tampil menawan dan sejuk mata isteri melihatnya.. Suami isteri itu kan saling melengkapi antara satu sama lain.

     Hari ini saya nak berkongsi sedikit info tentang kecantikan...bukan sekadar cantik dari luaran, tetapi cantik itu lebih bermakna apabila disuburkan dari dalam diri.

     Hohooo..udah-udah..takmo berceloteh panjang lebar. Nak nampak cantik dan menawan?? Jom intai sharing saya di bawah.



Ana Solehah,
Mahu jadi ayu macam kamooo :)

Mahu tampak cantik dan menarik?? Jom intai sharing saya di bawah!


  1. Banyakkan minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari. Hidrasi yang bagus membantu kelembapan kulit, kerana kulit mengandungi kira-kira 20% air. Kelembapan penting untuk kulit yang sihat. Ia membantu mengekalkan permukaan kulit supaya lembut, anjal dan tampak muda.
  2. Dapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti untuk mendapatkan kulit yang segar.
  3. Senyuman mampu membuatkan anda kelihatan muda beberapa tahun..Nak nampak sentiasa? Jom senyum!
  4. Makan makanan yang seimbang dan tinggi kandungan vitamin A, C, E untuk bertindak menentang radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan, serta bertindak terhadap kesan sinaran ultra violet.
  5. Mencuci muka 2x sehari, gunakan toner dan pelembap muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda- kenalpsti jenis kulit anda: Normal, kering, berminyak.
  6. Manjakan wajah anda dengan masker muka. Saya buat masker dari ESP Shaklee..Lepas buat masker, wajah terasa gebu semacam aje..hehe..cubalah, pasti nak buat lagi.
  7. Jaga solat fardhu- Jangan tinggal 5 waktu sehari-Soalt itu memberikan ketenangan dan akan terbias pada wajah. Pasti anda ingin dilihat cool sentiasa kan??
  8. Selalulah membaca Al-Quran dan melakukan amalan sunat seperti solat sunat, berzikir serta bersedekah. Amalan-amalan ini membersihkan hati dan menyucikan jiwa, kesannya akan membuatkan anda sentiasa ceria walaupun dilanda kegelisahan.
Ayuh serikan jiwa denga namalan rohani, agar wajah lebih ceria hasil biasannya.

Jom jadi cantik untuk suami dan isteri yang tersayang :))))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...