013-289.6454
Thursday, 10 September 2015
Set Bersalin Tanamera
013-289.6454
Monday, 17 August 2015
7 Peranan Suami Semasa Isteri Berpantang
Para isteri yang melalui proses berpantang semestinya inginkan suami sama-sama membantu anda dalam pantang kan. Saya percaya kebanyakan suami nak sangat bantu isteri yang sedang berpantang, tapi mungkin mereka tak tahu apa yang boleh dilakukan, yalah kadangkala isteri harapkan suami buat itu ini, tapi tak beritahu jadi suami tak tahu. Hehehe..
Jom baca perkongsian saya tentang bagaimana suami boleh bantu isteri semasa berpantang :)
1. Bangun awal pagi dan sediakan mandian untuk isteri. Panaskan air jika tiada hot shower di rumah. Wanita selepas bersalin digalakkan mandi air dedaun seperti daun serai wangi, daun lengkuas, daun mengkudu, daun inai dan sebagainya, untuk pulihkan tenaga dan beri kesegaran pada tubuh. Jika kat bandar susah sikit nak cari kan. Kebanyakan set bersalin ada sediakan pek mandian herba ni. Lagi mudah, cuma rendam pek tu dalam cerek/baldi berisi air panas.
2. Sediakan breakfast untuk isteri walaupun simple seperti biskut tawar cicah air panas untuk alas perut. Ibu berpantang mesti cukup makan untuk tenaga. Nanti nak menyusukan bayi kan.
3. Siapkan tempat baringan isteri untuk berurut. Selalunya tukang urut akan datang ke rumah pada waktu pagi. Sediakan juga minyak untuk mengurut (jika perlu), panaskan batu tungku untuk isteri bertungku nanti.
4. Siapkan keperluan anak-anak yang lain seperti mandikan anak, pakaian dan makanan mereka. Bantu isteri dengan alihkan perhatian anak-anak lain dari membuat bising di kawasan bayi sedang tidur. Selalunya waktu bayi tidur inilah ibu berpantang punyai masa untuk berehat.
5. Bantu isteri semasa menyusukan bayi. Isteri mungkin lenguh dan sakit belakang semasa bayi sedang menyusu, anda boleh bantu dengan melakukn urutan di belakang badan untuk melegakan lenguh/sakit. Caranya dengan meletakkan ibu jari kedua-dua belah jari kanan dan kiri di bahagian tengah pinggang dan diurut menegak ke atas hingga bawah leher menuju ke bahu.
6. Suami boleh buatkan air semasa isteri menyusukan bayi. Air suam/milkbooster seperti minuman coklat, ataupun ESP Shaklee merupakan penggalak susu yang dapat memperbanyakkan susu ibu. Pasti isteri rasa terharu dengan layanan suami sebegini kan :)
7. Ambil alih urusan rumahtangga dalam seminggu pertama isteri bersalin, atau sehingga luka (koyak/episiotomi) sembuh. Seminggu yang pertama, LARANGLAH isteri dari membuat kerja rumah. Berilah masa untuk dirinya pulih selepas mengerah seluruh tenaga dan menggunakan otot-otot penting semasa melahirkan. Isteri dalam berpantang terutama tempoh seminggu pertama ini, berikan si dia peluang untuk pulihkan diri, emosi dan fizikal. Lepas seminggu atau sekurang-kurangnya apabila luka sembuh (bersalin normal sekitar 2 minggu), isteri sudah boleh mula membantu sera sedikit kerja ringan seperti jemur kain (bukan angkat bakul berisi kain ke jemuran ya). Mengangkat berat sangat tidak digalakkan bagi ibu berpantang kerana dikhuatiri jatuh peranakan ibu yang lepas melahirkan.
Mungkin kelihatan sedikit terbeban pada suami untuk menguruskan semua ini. Tapi jika setiap hari suami di rumah meringankan tulang, bantu isteri dalam urusan rumahtangga dan tidak bebankan urusan ini pada isteri seorang, tugas-tugas ini mudah sahaja dilakukan. Yalah, isteri pun melahirkan anak bersama kan. Apa salahnya at least seminggu pertama cuti isteri bersalin dimanfaatkan sepenuhnya untuk betul-betul menjaga isteri yang masih lemah selepas melahirkan. Pasti isteri rasa sangat terharu dan berterima kasih pada suami yang begini. Ia dapat lebih mengeratkan kasih sayang antara suami isteri. Selain ucapan romantis yang mengambil hati isteri, suami yang hebat adalah suami yang boleh melakukan kerja-kerja rumah, itulah hero rumahtangga :)
Suami juga boleh dapatkan bantuan ahli keluarga/ibu bapa atau jika berkemampuan, boleh dapatkan servis penjagaan ibu dalam pantang yang menawarkan khidmat memasak untuk ibu selepas bersalin turut disediakan.
Semoga entry ini bermanfaat untuk bakal ibu/bapa, suami/isteri dan para ibu yang berpantang nanti :)
Monday, 9 December 2013
Bagaimana Saya Bermula Dengan Shaklee
Salam sayang,
Hasanah
~ Hidup Luar Biasa!
******************************************
Thursday, 14 November 2013
Menyusukan Irfan!
Itu bukan halangan.
![]() |
Selepas bersalin, saya terus memerah untuk ransang pengeluaran susu. Di samping menyusukam si comel, saya juga memerah sekadar untuk stimulate supaya susu lebih cepat keluar.
Alhamdulillah, semasa mula memerah hari kedua bersalin, susu hanyalah sedikit. Saya teruskan memerah tanpa hiraukan amaun yang dapat. Lama kelamaan, alhamdulillah susu semakin banyak bila saya kerapkan penyusuan dan memerah. Saya mengamalkan Set Penyusuan Shaklee selepas sahaja bersalin, bersama dengan Set Berpantang Shaklee.
Set penyusuan ini membantu memperbanyakkan susu dan membuatkan susu ibu lebih pekat. Hasilnya, bayi lebih kenyang dan tidur lebih lama. Maka semasa bayi tidur, saya boleh memerah untuk membuat stok semasa bekerja.
Sekarang saya hanya memerah 1-2x sahaja sehari. Belum start dengan jadual mengepam exclusive lagi.
Jadual ini EXCLUSIVE saya berikan kepada semua customers yang membeli Set Penyusuan dari saya.
_____________________
Hasanah Ahmad
Your breastfeedimg partner
013-2896454
Thursday, 6 December 2012
Testimoni berpantang/Confinement
- Tak sembelit langsung
- Jahitan tak rasa sakit sangat dan cepat sembuh luka
- Susu lancar
- Lebih bertenaga
Berpantang Style Masakini
Ada..hehee..Bukan set bersalin/berpantang dengan jamu/herba yang dimaksudkan di sini...tetapi kami punyai kombinasi vitamin yang amat sesuai untuk wanita yang mengalami proses kelahiran.
Berpantang dengan vitamin semulajadi kini muda mendapat pilihan ramai para ibu yang melahirkan kerana ia tanpa jamu, nyata lebih selamat dan boleh diambil seawal hari pertama selepas melahirkan anak.
Vitamin yang dicadangkan untuk ibu berpantang ialah:
Jika anda ada lebihan bajet, saya juga mencadangkan anda menambah ESP dan Ostematrix sebagai pelengkap kepada "Set Berpantang" anda.
Tujuan pengambilan vitamin ini adalah untuk:
- Memulihkan tenaga ibu selepas bersalin
- Membantu mempercepatkan proses pemulihan luka
- Mengelakkan sembelit
- Membantu dalam penyusuan susu ibu







