Showing posts with label Penjagaan Rambut. Show all posts
Showing posts with label Penjagaan Rambut. Show all posts

Thursday, 9 October 2014

Rehat dan Rawat diri di Spa

Saya gemar ke SPA untuk belai diri dan manjakan tubuh. Sesekali kita nak juga manjakan diri kan hahah..

Ini kali ketiga saya ke NANA D' RIAS untuk buat treatment. Pemilik SPA ni muda belia lagi. Beliau dan mamanya usahakan SPA ni. Memang tangan halus je boleh buat kerja gini! 

Kali pertama saya buat Hair Treatment. Masa tu baru saya tahu adanya "sauna" kepala. 

Saya buat hair treatment ni untuk kuatkan akar rambut, nak rambut yang lebih lembut dan wangi. Beza berbanding kita syampu sendiri. Saya selalu ke Salun Zuhayra di Petaling Jaya untuk hair treatment. Rambut kekal wangi hingga 3 hari! Lepas tu terus jatuh cinta nak cuci rambut di salun ahaha. melampau tak! Masa buat hair treatment tu, saya memang niat nak potong rambut je. Alang-alang tahu ada hair treatment yang sebegitu best, terus cuba! Oh ya. Muslimah sahaja ya..hihi . Mereka juga sediakan servis potong rambut untuk kanak-kanak perempuan. 

Gambar google jer. Saya sedang treatment mana nak amek gambar ahaha

Kali kedua ke SPA ni, saya buat facial. Time tu mama kak Nana (Auntie Jam) yang buat. Memang sangatlah best. Dari scrub muka, pakaikan mask, cuci. Tang pakai mask tu saya tak ingat berapa lama, tapi seriously memang kulit rasa nyaman, sejuk, dan memang LENA okey! Sedar-sedar masker dibuka. 

Masa urutan kulit muka, nak buang whitehead, awww! Agak sakit prosesnya. Auntie Jam kata, kulit bersih, takde masalah. Whitehead hampir takde. Jerawat memang langsung tak ada. Hasanah amalkan apa-apa ke? Ahaha..Inilah rahsia saya! Guna ini kasi kulit tegang awet muda dan bebas cela. Saya rajin amalkan Set Kecantikan Shaklee untuk penjagaan dalaman kulit. Bila sel sihat, kulit cantik dan bersih. 

Ini saya! 


Kali ketiga ke SPA ini, saya ambil pakej SPA BEAUTY 3 treatment RM100. Alamak maaf if gambar tak jelas. Saya amek dari hp jer. Okey untuk memudahkan anda kalau berkenan nak ke SPA ni, antara pakej treatment di bawah SPA BEAUTY:

Lulur
Mangir
Facial
Sauna
Jakuzzi
Mandi susu

Pilih 3 dari treatment di atas, bayar cuma RM100. Saya ambil Lulur (skrub tubuh), mangir (sapu mask pada tubuh) dan facial sekali lagi! 

Kali ni staff mereka yang layan saya. Muda comel adik ni hehe.. Menurutnya, lulur tu skrub yang disapu pada tubuh. Bantu licinkan kulit dan buang daki. Lepas lulur gunakan pula masker pada tubuh. Ia dipanggil mangir. Haa jakun mak tak tau nih. Belajar sikit-sikit dari staff di SPA. Bak kata orang, luaskan pergaulan, banyakkan berjalan, tambah pengalaman ahaksss! Mangir tu tak perlu sampai mask tu kering pun, separa kering dah cukup, dalam 20 minit. Dan masa meniarap nak tunggu mask di belakang badan kering, bisa daku lena setelah seharian di luar setelkan urusan besar! 



Nak tahu servis detail yang SPA ni sediakan, boleh rujuk flyers ni. Actually mereka juga ada buat khidmat Wedding Planner untuk bakal pengantin. Macam hias pelamin, mekap, catering, juga pakaian pengantin. 

Akan datang, saya nak buat temujanji untuk urutan badan pula. Wah! Bestnya diurut! Jika nak mengurut, mandi bunga, kena buat appointment dulu tau. Jangan main terjah aje. Haha..



Saya gunakan set penjagaan wajah ini untuk luaran. Dah setahun pakai. Alhamdulillah SANGAT okey. 1 pencuci je tahan 6-10 bulan. Saya yang share dengan suami pun tahan 4-5 bulan jugak. Berbaloi-baloi! Untuk set kecantikan kulit, saya amalkan ini juga. Lagipun sekarang tengah promosi. Wajib beli banyak untuk dapatkan kulit yang cantik (melampau tak?). Kelebihan lainnya PASTI lah ada. Bukan kulit je yang cantik semata-mata tau.



Kalau nak order Set Kecantikan Shaklee yang sedang PROMOSI hebat sekarang ni, boleh hubungi saya direct, penghantaran PERCUMA je tau untuk pembaca blog yang saya sayangi :)

Hasanah 
013-2896454
SMS/Whatsapp

Monday, 6 October 2014

PROMO OKTOBER: ESP BELI 6 DAPAT 7

Wow! Promo bulan ini kembali pada produk favourite yang dinanti ramai, ESP. Bulan pakat nak cantik jelita kan.

Promo ESP

Apa yang bestnya tentang ESP?

√ Parut semakin pudar dengan ESP
√ Kulit lebih putih, cerah dan gebu
√ Kuku dan rambut yang lebih sihat
√ Susu ibu bertambah dan lebih pekat
√ ESP bukan sahaja untuk kecantikan
√ ESP bantu cepat pulihkan luka selepas bersalin/menjalani pembedahan
√ ESP bantu tingkatkan kesihatan rahim
√ Sungguh mengenyangkan
√ Ia berikan tenaga segera dan berpanjangan

Oh! Banyak sangat manfaat ESP. Kalau nak list semua memang tak habis. Pada anda yang dah lama mengidam nak mencuba ESP, bulan ini adalah bulan TERBAIK untuk mencuba. Pasal apa? Sebab Shaklee ada PROMOSI.

Beli 6 tin ESP, anda boleh dapat 7 tin. Boleh share dengan kawan-kawan atau saudara-mara.

Kebaikan jika anda membeli set promosi ini:

>>> Dapat FREE 1 tin ESP (untung RM150)
>>> Mendapat keahlian percuma (anda JIMAT RM232)
>>> CASHBACK RM30++
>>> Nikmati peluang tambah pendapatan dan percutian mewah bersama Shaklee
>>> Penyertaan PERCUMA ke group khas di bawah bimbingan saya

Menarik kan.

Dengan hanya beli 6 tin, anda kayak dapat semua kelebihan di atas!

Oh ya! 1 tin ESP tahan selama 2 bulan. So jangan risau. Anda sangat JIMAT bila beli set promosi ini.

Jika nak order, boleh hubungi saya atau WhatsApp je ke nombor ini 013-2896454. Saya sedia membantu anda :)

Hasanah
013-2896454

Wednesday, 16 January 2013

Uruskan rambut bersama Shaklee

Hari ini adalah hari pertama saya menggunakan Revitalizing Shampoo dari Shaklee ni. Sebelum ni saya cuba Nourishing Scalp Treatment sahaja. Nyata, saya amat berpuas hati..padahal baru first time cuba. Balik rumah jam 10 malam, seharian di luar pun, rambut masih lagi lembut dan tidak kusut.

Saya saja cuba sebab memang ada rambut gugur..Bila guna Nourishing Scalp Treatment tu memang saya salute la. Sebab tu saya nak add syampu ni. Memang power laa kesannya. Nanti saya update ya bagaimana tahap keguguran rambut saya yang dulu amat kritikal.

Inilah Revitalizing Shampoo yang saya maksudkan.

Bagusnya syampu ini;

  • Ia mengandungi humektan yang bertindak melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Memiliki sistem pembersih yang lembut dan berpaten (emmm,..patut laa rambut jadi lembut semacam nih)
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu mengeringkan atau melembapkannya.
Wah! Best kan...saya makin suka guna syampu ini. Tak menyesal langsung beli..memang berbaloi-baloi.

Wednesday, 7 November 2012

Rambut gugur? 9 Perkara Patut Tahu..

Rambut gugur? Saya juga mengalaminya. Biasa ibu selepas beralin akan mengalami fasa ini..Orang sering kaitkan dengan wakti bayi pandai menyembur kan..hehe..sebenarnya tiada kaitan pun.. Jom baca info yang saya jumpa dari majalah Pa&Ma ini.


9 Perkara Perlu Anda Tahu :

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...