Showing posts with label belajar di rumah. Show all posts
Showing posts with label belajar di rumah. Show all posts

Wednesday, 16 September 2015

9 Teknik Ajar Anak Membaca Iqra'

Saya nak kongsikan teknik yang saya gunakan untuk mengajar anak-anak membaca, khususnya Iqra' bagi anak-anak pra sekolah (2-5 tahun). Mungkin ada yang boleh dimanfaatkan dari entry ini, boleh kongsikannya, jika ada pandangan/teguran mahu disampaikan, boleh tulis di ruangan komen untuk saya perbaiki ya. Yalah, teknik saya tak semestinya betul, mungkin ada silapnya kan. 

Ajar anak mengenal Quran seawal usia mereka
  1. Pada saya its okey anak tak diperkenalkan dengan satu persatu huruf hijaiyyah (alif, baa, taa, dal, nun dll) tapi terus fokus pada baris (baris atas - fathah, baris bawah - kasroh, baris depan - dommah). Sebab bila baca Quran, berapa ayat je yang ada Alif, Lam, Mim, (sebut satu-satu huruf). Malah dalam Muqaddam sendiri terus teknik membaca. Bukan tak ajar langsung, tapi tu dalam sesi lain. If nak ajar pun boleh, tak salah. Cuma saya perhatikan teknik di sekolah-sekolah, mereka kebanyakannya terus terapkan style "baca", bukan style kenal huruf satu persatu. 
  2. Normal untuk anak-anak sebut tak tepat. Usah lekas melenting ya mak ayah. Dulu saya jenuh jugak duk perbetulkan sebutan anak, nakkkk jugak baca betul ikut makhraj (sebutan yang betul bagi huruf), contohnya macam dzal (dal, dzal, ro), dzal tu kan sebetulnya lidah berada di belakang gigi. Anak baru 4 tahun masa tu tapi ibu sibuk nak baiki makhraj. Then saya notice kesilapan saya. Its okey biarkan anak-anak dengan minor mistake, lagipun ia kan satu proses pembelajaran. Kesilapan boleh diperbetulkan, tapi tak perlu terlalu menekan anak-anak. Mereka kan masih kecil. Later each huruf yang dia pelajari adalah satu pelajaran. Kalau nak tunggu sebut dengan betul makhraj semua huruf alamatnya masuk darjah 1 nanti muqaddam pun tak start lagi hehehe
  3. Bila anak dah mahir baris fathah, kasroh, dommah, perkenalkan pula dengan tanda tanwin. 
  4. Kemudian ajarkan baca huruf bersambung pula, contohnya baca fa a' la.  Seeloknya biar dia mahir fathah, kasroh, dommah, sukun (tanda mati) dan tasydid (tanda sabdu). Biasakan anak-anak kenal huruf yang bersambung, sebab nanti dia akan hadap yang itu bila baca Quran esok-esok. 
  5. Sekurang-kurangnya bila anak dah kuasai teknik ini, ibu bapa sudah boleh mulakan dengan muqaddam, kerana dia dah kenal baris, huruf bersambung dan cara bacaan. Kemudian perlahan-lahan perbetulkan hukum tajwid, makhraj. 
  6. Untuk anak-anak pra sekolah, sebelum mulakan muqaddam, saya pelbagaikan teknik mengajar di rumah. Ada waktu formal anak-anak duk mengadap baca Iqra' (seperti dalam gambar kat atas), selalunya waktu mengaji ialah lepas solat Maghrib, jika suami ada, beliau yang ajarkan, jika beliau ke masjid, saya ajarkan di rumah, jika anak-anak ikut sama ke masjid, Iqra' bawa ke masjid juga. No ngelat hihiii..Kadang malam kami keluar, jadi anak-anak akan baca di siang hari. 
  7. Ada waktunya pembelajaran Iqra' berlaku secara santai, selalunya saya jadikan aktiviti petang anak-anak, saya buatkan kad, buat teka teki kat anak-anak. Anak-anak pun suka aktiviti sebegini, berbanding duduk mengadap "guru mengaji" (kami je pun hehehe) yang kadangkala lebih tegas berbanding aktiviti santai suka suki. 
  8. Secara peribadinya saya berpendapat, sebagai ibu bapa, kita perlu tetapkan bila anak perlu start baca muqaddam, habiskan muqaddam, bila perlu khatam Quran 30 juzuk. Saya belajar dari mak saya, beliau ada target sendiri. Anak-anak perlu khatam Quran (termasuk betul tajwid semua) sebelum masuk tingkatan 1. Sebab bila dah sekolah menengah, anak-anak mula tinggal di asrama, jauh dari ibu bapa. Anak-anak yang belum mahir membaca Quran dengan tajwid yang betul tak sewajarnya dibiarkan membaca Quran sendiri tanpa berguru (guru kat depan, bukan guru elektronik, supaya guru boleh menegur dan memperbetulkan kesilapan). 
  9. Jika ibu bapa kurang ilmu untuk mengajar anak-anak mengaji Quran, bagus untuk mereka hantar pada guru mengaji. Dan dalam masa yang sama, ibu bapa itu sendiri perlu memperbaiki bacaan mereka. Bila kita nak anak pandai mengaji Quran dengan betul, kita sebagai ibu bapa pun mesti tunjukkan contoh yang baik dan betul pada anak-anak. 
Gambar-gambar di bawah antara aktiviti santai kami anak beranak. 
 



Saya sangat mengalu-alukan jika ada ibu bapa yang ingin kongsikan cara anda mendidik anak-anak pula. Saya juga nak belajar dan perbaiki mana yang perlu. Kongsikan pandangan anda di ruangan komen ya :)

Terima kasih kerana sudi membaca dan kongsikan entry ini untuk manfaat ibu bapa lain :)

Tuesday, 3 March 2015

Tips Ajar Anak Cepat Membaca

Saya dapat tips ini semasa hadir ke seminar cepat membaca anjuran tadika Little Caliph Sabtu lepas. Bagus juga tadika anjurkan seminar seperti ini, boleh kita ibu bapa muda ni tambah ilmu dan ajar anak teknik yang betul dan berkesan.

Jom ibu bapa kita apply tips ini:

1. Ajar anak membaca sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari

2. Ajar anak dengan sebutan "a" sebagai "are"  (bunyi macam baca "a" untuk ayam). Sebaiknya ajar a, ba, ca, da.

3. Ajar kanak-kanak menulis dengan huruf kecil, bukan huruf besar (tulis a, bukan A. Tulis b, bukan B). Supaya kanak-kanak lebih cepat pandai membaca bila tulisan sama seperti dalam buku & surat khabar (sebab dalam surat khabar bukan semua tulis huruf besar kan).

4. Amalkan aktiviti pembelajan yang menarik. Contohnya buat flashcard/buat kad bertulis a, ba, ca dll then suruh dia tunjuk yang mana satu ba, mana satu ca. Buat style pancing ikan pun boleh, buat style dadu pun boleh. Menarik kan. Anak-anak pun suka nak belajar.

5. Alat bantu mengajar anak-anak di rumah sebaiknya berwarna-warni untuk bantu meransang perkembangan otak kanak-kanak. Bila sel-sel otak cepat berhubung, lagi cepat proses pembelajaran diterima.

6. Ibu bapa yang sebaiknya ajarlah anak-anak menggunakan bahasa baku. Walaupun ibu bapa sendiri menggunakan loghat klate, tganung mahupun nogori dan yang seangkatan dengannya, tapi waktu belajar bersama anak-anak, ajarkan bahasa melayu baku. Makan, bukan makē atau makang hihii

7. Pembelajaran seringkali menggunakan otak kiri. Ransang perkembangan otak kanan anak-anak dengan aktiviti yang memerlukan mereka menggunakan otak kanan (kreatif). Antaranya bila mengecam huruf menggunakan bunyi. Kaedah ini diajarkan di Little Caliph. Dan alhamdulillah anak-anak senang mengenal huruf.

8. Gunakan waktu anak-anak dalam keadaan tenang untuk ajar dia membaca.

9. Boleh gunakan sistem reward/bintang/stiker sebagai galakan pada anak-anak apabila mereka berjaya dalam sesuatu tugasan. Contoh bila anak pandai mengenal a, ba dan ca.

10. Perhatian! Ibu bapa JANGAN SEKALI-KALI buat perbandingan antara anak-anak atau anak orang lain. Untuk membina self-esteem anak-anak, ia mengambil masa yang lama tapi untuk meruntuhkannya hanyalah dalam masa sekelip mata sahaja. Dan perbuatan ibu bapa yang suka membuat perbandingan antara anak ini menyebabkan self-esteem anak tadi jatuh.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua ibu bapa dalam mendidik anak anda.

Jika anda mempunyai anak prasekolah (4-6 tahun), share info ini di wall facebook anda jika ia berguna pada anda. Ia mungkin dapat membantu rakan-rakan anda yang lain untuk pendidikan anak-anak mereka di rumah.

Hasanah Ahmad
013-2896454

Saturday, 11 October 2014

Pendaftaran Persekolahan Sesi 2015

Dari tahun lepas sebenarnya nak hantar anak sulung kami, Izzat ke The Little Caliph (TLC), masa 4 tahun. Tapi time tu tak buat study yang mencukupi, bila tengok website The Little Caliph rupanya dah tutup pendaftarannya. Oh! Sangatlah cepat penuh. Then kami iap-siap tanya bila buka pendaftaran untuk 5 tahun. Okey, dah dapat info, bulan 10. 

Open Day The Little Caliph Sungai Besi pada 11 Oktober 2014, pastinya kami tak lepaskan peluang. Seawal pagi lagi dah get ready, mandikan Izzat untuk "ke sekolah". Bawa anak bersama untuk biasakan dia dengan kawasan sekolahnya, biasakan diri bergaul dengan kanak-kanak lain. 



Sampai di Little Caliph sebelum jam 8 pagi. Awal tuuu..Rupanya ada lagi yang lebih awal! Hehe..Kami sampai ke meja pendaftaran, dapat turn no 5 untuk daftar. 


Sesi dimulakan oleh Pn Alwiyah selaku Principal di TLC Sungai Besi. Cantik manis orangnya hihii..Beliau berikan penerangan tentang Tadika The Little Caliph, aktiviti, jgua silibus pembelajaran anak-anak semasa di Tadika. 


Ramai yang hadir. Memang penuh. Tak campur lagi dengan parents yang menemani anak-anak di bilik aktiviti. 


Semasa ibu bapa mendengar taklimat dari pihak tadika, anak-anak digalakkan menyertai aktiviti yang disediakan. 

 Inilah aktiviti anak-anak! Haha..masa Izzat jejakkan kaki di bilik ni, ekspresi wajahnya teruja, gembira! Sebab ada mini playground, dan deko yang sangatlah cantik! 

Di bilik tu, kanak-kanak tunjukkan kretiviti mereka dengan bantuan teacher yang sedia membimbing. 



Nampak Izzat di sana? Hehe..Gigih dia buat kerja. Khusyuk gitu haa..Lepas habis aktiviti ni, ada lagi yang lain. Masa aktiviti kedua tu, saya dah tinggalkan dia bersama teacher untuk dengar taklimat. 



Disebabkan sambutan yang menggalakkan dari pihak ibu bapa yang nak mendaftarkan anak mereka di The Little Caliph, mereka berikan "nombor giliran" untuk memudahkan sesi pendaftaran. Dimulakan dengan no 1 untuk pendaftaran 4 tahun dan 5 tahun. Saya no 5, so tak la lama sangat menunggu. Hehee mujur datang awal kan kan.

Yuran? Pasti anda yang teringin nak hantar anak ke TLC nak tahu berapa yurannya kan. Yuran tahunan TLC terbahagi pada 2 iaitu kelas sahaja (separuh hari dari 8 pagi hingga 12 tengah hari) atau DayCare (kelas hingga petang 8 pagi hingga 6.30 petang). Bagi ibu bapa bekerja mereka kebanyakkannya memilih Daycare, habis kerja petang baru ambil anak. Bagi saya, saya rasa kasihan, tak nak beratkan kepala kanak-kanak yang baru 5 tahun. Kelas separuh hari memadai bagi mereka. Saya pun boleh ajar sendiri mengaji Quran di rumah. 

Yuran tahunan: 
Kelas (separuh hari) : RM1409
Daycare (Kelas 1 hari) : RM1550

Yuran bulanan:
Kelas: RM250
Daycare: RM400 (tambahan RM150 dari Kelas)

Even yurannya agak mahal berbanding tadika lain, tapi kami memilih The Little Caliph kerana melihatkan kualiti pendidikan di sana dan mahu Izzat belajar dengan lebih selesa. Tak nak kelas yang hanya banyak bermain, atau hanya banyak belajar. Kami mahu seimbangkan kedua-duanya. Dunia dan akhirat. 

Di TLC juga diajar Tahfiz (mengaji al-Quran, hafazan) iaitu semasa sesi petang bagi mereka yang ambil pakej Daycare. Ada juga kelas taekwando untuk kanak-kanak, tapi saya tak ambil. 

Apa yang menariknya, di TLC mereka ada sesi 1 to 1 iaitu teacher akan berikan bimbingan secara individu pada anak-anak semasa sesi pagi (jam 8 pagi- 9 pagi). Kelas bermula jam 9 pagi. Jadi jika ibu bapa yang terlambat menghantar anak mereka ke kelas, maka terlepaslah peluang sesi pembelajaran 1 to 1 ini. Bagi saya ini sangat bagus untuk bantu perkembangan kanak-kanak. 

Ibu bapa tak boleh harapkan cikgu di sekolah untuk bimbing anak kita, sebaliknya kita sendiri sebagai ibu bapa, perlu mulakan sesi pembelajaran di rumah. Cuma 5 minit sahaja setiap hari untuk sesi pembelajaran di rumah dah memadai, pesan Pn Alwiyah semasa taklimat ini. 

Di TLC, mereka aim kanak-kanak di usia 4 tahun dah pandai membaca dan bersolat. Alhamdulillah. TLC menekankan program Islamic, English dan Kreatif. Bila lihatkan silibus pembelajaran TLC, saya pun turut teruja sama.

Saya berikan Izzat supplement ini untuk bantu dia kekal cergas dan aktif. Alhamdulillah Izzat jarang sakit. Masalah sembelitnya dan kurang selera makan pun dah tiada.  

Moga kekal aktif, sihat dan bijak anakku sayang. Hiduplah sebagai anak yang soleh, hamba Allah yang taat akan perintahNYA, dan memberi manfaat untuk insan lain.  Ameen. 

013-2896454



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...