Showing posts with label Senaman. Show all posts
Showing posts with label Senaman. Show all posts

Monday, 10 August 2015

Senaman Khas Wanita Mesti Buat

Otot lantai pelvis, berapa ramai yang tak peduli.

Berapa ramai wanita terutama ibu hamil, isteri-isteri yang kurang menitik beratkan Kegel Exercise, padahal ia sangat penting dalam hubungan suami isteri, dan membantu ibu-ibu hamil sebagai persediaan awal sebelum bersalin.

Tidak kurang ada juga yang tidak tahu apa itu Kegel Exercise, atau juga dikenali sebagai senaman kemut.

Kenapa Kegel Exercise Penting?

Untuk wanita yang tak hamil pun penting untuk buat Kegel Exercise ni. Apatah lagi jika hamil kerana:

1. Membantu menguatkan otot lantai pelvis (pelvic floor muscle). Bila otot lantai pelvis kuat, ia membina  sedikit rintangan untuk kepala bayi menembusinya, jadi bayi akan menundukkan kepala dan ini akan mengecilkan diameter (lebih mudah bayi nak keluar), berbanding mereka yang memiliki otot lantai pelvis yang lemah(kepala bayi sedikit mendongak dan ini menyebabkan diameter kepala lebih besar, jadi lebih bukaan diperlukan). Bila diameter kecil lebih senanglah bayi nak keluar.

2. Bagus untuk para isteri kerana boleh bantu menguatkan kemutan dalam hubungan keintiman. Rajin-rajinkan diri untuk amalkan senaman Kegel ni untuk penambahbaikan dalam hubungan suami isteri. Banyak produk di luar sana yang boleh membantu, tapi lagi bagus jika buat senaman sendiri yang tanpa kos ini. Free jer hehe

3. Mengatasi masalah kencing tak lawas/incontinence urine ataupun pundi kencing lemah. Kejap-kejap nak terkucil. Tambah-tambah time nak solat. Was-was je kan. Jadi bagus amalkan senaman ni.

4. Mengelakkan masalah vaginal prolapse kemudian hari. Masa bekerja dulu saya pernah tengok seorang pesakit dengan masalah ni time nak masukkan tiub kencing padanya. Kasihan. Jadi bagus amalkan untuk elak masalah begini esok-esok. Kuatkan otot lantai pelvis kita.  

Haaa takut kan. Jadi sebagai wanita mesti berjaga-jaga dan rajin buat Kegel Exercise ni tau.

Bagaimana Caranya?

Caranya mudah aje. Tarik nafas dalam-dalam, sambil ketatkan bahagian alat sulit, dalam kiraan 10 (10 saat). Senaman ini boleh dilakukan setiap hari, beratus kali pun takpa ikut kerajinan hehe

Nak mudah, buat begini. Amalkan 1 sesi Kegel Exercise setiap kali sebelum dan selepas solat. Setiap sesi buat 5x exercise ni. Jadi dah boleh dapat 50 kali dalam 10 sesi (5 waktu). Ok laa kan dari tak buat langsung. Kalau dapat konsisten dah cukup bagus 👍👍

Selamat mencuba!

Thursday, 25 September 2014

Cara Mudah Kurus Dengan Pantas

Tahu tak kenapa program kuruskan badan yang anda lalui tak memberikan hasil? Jom follow TIPS yang saya berikan dan jauhi kesilapan yang tak sepatutnya anda buat untuk dapatkan berat badan idaman.

Jika anda pernah baca tips pengurusan berat badan yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ini adalah tambahan tips untuk itu.

Panduan Kurus Pantas

Haa..ni saya berikan tips, panduan dan juga saya terangkan kesilapan yang anda biasa lakukan. 

Bersenam sebelum makan

Menurut kajian yang dilakukan, bersenam awal pagi semasa perut kosong akan lebih banyak membakar kalori anda. 

Lepas tidur semalaman tanpa mengambil makanan, bersenam terlebih dahulu sebelum bersarapan mampu untuk membakar 20% lemak dalam tubuh kita. 

Senaman sebelum makan menyebabkan kita menggunakan tenaga yang berpunca dari sisa-sisa lemak yang ada dalam tubuh. Hasilnya, kadar penurunan lemak yang lebih pantas akan berlaku! 

Kawal Nafsu Makan 

Part ni ramai yang mengeluh kan. Sebab apa? Sebab agak sukar nak kontrol pemakanan. Bak kata orang, makan ikut suka je kan. 

Anda boleh ikut tips ini untuk bantu anda dalam berdiet. 

cara kurus pantas

Makan sebelum lapar

Ia bantu anda dengan makan bersederhana. Berbanding dengan makan ketika perut berkeroncong, kita cenderung untuk makan dengan lebih banyak dari biasa, kan?

Minum air masak 3L sehari

Pastikan anda minum air masak lebih ye. Kerana air kosong tanpa kalori ini membuatkan perut rasa penuh. Tak percaya? Cuba minum segelas air 200ml lebih kerap. Bila perut penuh, automatik kita pun takde rasa nak makan macam-macam kan. 

Minum Protein Shake

Minuman protein sangat membantu untuk memberi rasa kenyang, bagi anda yang tak dapat nak kontrol selera makan. Jadi bila minum "protein shakes", perut rasa kenyang je. Secara tak langsung kita tak terliur dengan makanan lain. Saya cadangkan minum protein shake terbaik untuk diet yang telah banyak membantu mengurangkan berat badan.

Bakar lemak anda!

Ada banyak cara nak bakar lemak yang ada dalam tubuh. Semuanya sangat mudah untuk dilakukan. Jom lihat caranya. 

Makanan

Ada banyak makanan yang bantu meningkatkan kadar metabolisme kita. Bila kadar metabolisme meningkat, senanglah lemak-lemak kita dibakar. 

Contoh makanan ialah Oat, lemon, limau (boleh juga buat air). Kebanyakan sayur-sayuran hijau yang membantu meningkatkan kadar metabolisme seperti brokoli, bayam, bawang putih juga berries. 

Jikaa anda sukakan makanan pedas, ini adalah berita baik! Kandungan capsaicin dalam cili bantu bakar kalori sehingga 30 minit selepas kita memakannya. 

Minumlah teh hijau sekurang-kurangnya 2x sehari. Teh hijau sangat bagus untuk kesihatan, dan ia bantu tingkatkan kadar metabolisme. Teh hijau pilihan saya adalah Cinch Tea dari Shaklee. Selain dari kebaikan di atas, ia bantu berikan tenaga EXTRA di saat tubuh kelesuan. 

Senaman

Ada banyak senaman ringan yang anda boleh lakukan sendiri di rumah.  Antaranya senaman ringan dan kelebihannya: 

Skipping
Ia bantu kuatkan otot lengan, perut, peha dan bantu membakar lemak dalam tubuh. Anda cuma perlukan tali skipping sahaja. Heee mudah kan. Pastinya masa kecik dulu ramai yang selalu buat. Haa lompat. Lompat lagi!

Berlari/Jogging Setempat
Bagus untuk jantung kita. Awal-awal pagi, malah di dapur pun takde masalah nak jogging setempat ni. Tak perlukan kawasan yang luas pun.

Sit up
Lakukan sit up di rumah. Ia sangatlah bagus untuk kempiskan perut. Caranya pun mudah sahaja. Jika anda wanita, lagi bagus buat senaman kegel sekali. Tambah nilai gitu haa..Uppss jangan terlebih gelak okey.

Dalam sebuah program diet, yang paling penting adalah DISIPLIN. Disiplin diri jika anda betul-betul nak kuruskan badan.

Selamat Mencuba!

Hasanah Ahmad
013-2896454











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...