Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Sunday, 4 October 2015

Pemergian Nenek ke Rahmatullah

Alhamdulillah nenek pergi dgn baik. Insya Allah husnul khatimah. Tak putus sebut "Allah" dihujung nyawanya. Malaikat tarik nyawa dgn kalimah Allah hingga ke sudah 😭
Nenek pegang tasbih dan tasbih tu jatuh bila tubuh dh lembik.

Pergi dgn bersih di petang Jumaat 2/10/2015. Walaupun masa tu baru lepas makan, siap berselera lg, tp masa mandikan jenazah mmg takde najis keluar.

Subhanallah. Allah pelihara sungguh. Masa kejadian, tgh borak2 ngn mak dan bapa saudara sy (anak2 nenek). Nenek kata mak ni serah hidup kt Allah je. Takde apa dah mak nak. Serah semua kt Allah
Betul2 hbis ayat tu, tiba2 ckp sakit dada yg sgt2 sakit. Tak sampai 10mnt kut dah tak bernafas.

Dlm 20mnt sblm collapse, mak sedara sepatutnya nk balik senggarang. Tp nenek larang, kata duk la ngn dia dulu sekejap. Sekejap je teman2 dia 😰

Allah aturkan sebaik2nya. Mujur masa tu ada mak n pak sedara. Depa pun buat CPR juga.

Hingga ke akhir hayat nenek, Allah kabulkan doanya utk tak nk menyusahkan anak cucu. 😭
Nenek selalu ckp moga2 tak sakit terbaring je, tak nak anak cucu susah jaga nenek.

Alhamdulillah nenek mmg sihat takde sakit apa. Sekadar mengadu sakit sendi biasa la dh tua kan. Nenek 80+ dah.

Rasa sedikit ralat sbb ayah sy tak sempat balik, masih di kemboja. Ayah anak sulung nenek. Sy sedih sgt2 sbb masa kecik sy tinggal dgn nenek, nenek selalu sebut sy cucu emasnya.

Sy hntr nenek pergi dan lihatnya hingga ke liang lahad sbg sbg bakti terakhir seorang cucu 😰😭

Kagum dgn nenek dpt pengakhiran begitu. Moga Allah juga kurniakan kita semua dgn hujung hayat yg husnul khatimah. Ameen.

Gambar ni adalah gambar terakhir nenek, diambil 1 jam sebelum menghembuskan nafas terakhir. Subhanallah! Nenek sangat ceria di hujung hayatnya.

Amalan nenek yg mmg sy tahu:
- tak pernah tinggal solat malam, seawal 4-5pg dh? bgn
- solat2 sunat qabliah/ba'diah (sblm dan selepas solat)
- puasa sunat
- mengaji al-Quran
- sblm tidur jgn tinggal al-mulk. Ni mmg nenek sentiasa pesan.

Teringat nenek yg selalu tanya sy "ayat ni baca mcm mana". Pd ayat2 al-Quran.

Rindu nenek 😭

Moga Allah cucuri rahmat ke atas nenek sy.

Terima kasih atas ucapan dan doa semua.

Wednesday, 9 September 2015

Tips Cari Jalan Keluar

Tadi tonton rancangan Tanyalah Ustaz.

Ust Elyas kata, ada 1 zikir, apabila dibaca, Allah akan menghilangkan kesusahan, berikan jalan keluar kepada kita.

Ini zikirnya.

Malah ibu-ibu yang sedang berjuang dalam proses bersalin pun sangat digalakkan membacanya.

Manusia tanpa zikir ibarat ikan tanpa air.

Zikir itu adalah makanan, ubat dan penawar bagi hati.

Jom sama-sama kita amalkannya. Moga Allah berkati hidup kita dan lancarkan urusan kita seharian.

Thursday, 28 May 2015

Pengurusan Jenazah - Apa yang Kita Perlu Lakukan?

Panduan ini dikongsikan oleh rakan saya (Ila namanya) apabila berlaku kematian di kawasan kejiranan beliau. Saya simpan di sini untuk panduan kita semua, boleh jadi pedoman jika berlaku kematian di kawasan kita. 


*****************************


1- Pastikan rumah sentiasa kemas dan bersih. Seeloknya sebelum keluar rumah, pastikan rumah kemas & bersih supaya jika terjadi apa-apa pada kita di luar, at least kita tak susahkan orang yang bawa balik jenazah kita untuk kemas rumah kita.


2- Sebaiknya ruangan carporch atau depan rumah mudah untuk kereta jenazah masuk dan turunkan jenazah.


3- Pastikan kita join Khairat Kematian. Ini sangat penting jika berlaku kematian, biasanya kita blur apa nak buat sebab terkejut atau sedih. Lebih-lebih lagi kalau keluarga jauh. Simpanan tak mencukupi. Sekurang-kurangnya ada tabungan ini yang boleh membantu. 


4- Berkenal-kenallah dengan jiran tetangga, jangan sekadar hai hai bye bye atau buat tak tau. Hadir jika dijemput ke majlis-majlis kejiranan.


5- Rajin2 ke surau atau masjid dan hadiri majlis agama. ðŸ˜‚6- Persediaan duit cash, kain batik lepas, cadar/sarung bantal putih & kain putih jarang untuk tutup muka. Tali putih panjang untuk ikat muka agar mulut tak terbuka. Sebaiknya sediakan 1 set alatan untuk menguruskan jenazah di rumah.  Nak kena cari ni untuk standby. Cerita dengan Mak Tok. Dia dah pesan 'ma dah letak kat bilik abg ngah tau. Siap 1set'


6- Sewaktu mandi, solat & kebumi jenazah, sebaiknya ahli keluarga lakukan bersama-sama. Jika tak tau, boleh bertanya apa perlu dilakukan. Selalunya ada orang yang mahir dalam selok belok pengurusan jenazah (ahli surau/mereka yang belajar) untuk membantu. Itu pentingnya kita belajar cara untuk menguruskan jenazah, agar bila terjadi pada ahli keluarga terdekat, kita tahu bagaimana nak mandikan/kafankan. 

7- Jiran-jiran hulurkanlah bantuan dengan sediakan makan minum untuk ahli keluarga. Jangan bebankan keluarga tersebut yang ditimpa musibah. Begitu juga dgn tahlil, jiran-jiran boleh buat collection dan ringankan beban keluarga tersebut.

8- Amalkan bacakan Yasin/ayat Al-Quran sepanjang masa di rumah si mati.

9- Seeloknya semasa hayat ni kita sediakan set lengkap pengurusan jenazah untuk memudahkan urusan apabila kita tiada. 


Menurut sahabat saya, Ila, di kawasan kejiranan beliau, semasa berlaku kematian dua hari yang lalu, sebelum sampai jenazah ke rumah, ahli surau dah pun siap pasang khemah, saudara mara bantu sediakan tempat pembaringan untuk jenazah, jiran tetangga terus sediakan makanan untuk keluarga & sanak saudara jenazah. Mereka jemput tetamu makan di rumah jiran sebelah. Untuk elakkan dari mengganggu rumah keluarga si mati yang sedang bersedih.


Untuk set pengurusan jenazah pula, boleh juga dibeli secara online. Di kawasan saya, mak saya ada sediakan set sebegini (cuma takde lah dipakejkan macam kit ni. Mak letak dalam plastik biasa je). Jadi bila berlaku kematian, orang sekampung beli dari mak :)



Kit Pengurusan Jenazah

Semoga entry ini dapat membantu tambah nilai jika berlaku kematian di kawasan kita. Upsss..bukan siap sedia untuk orang yang akan meninggal je, mari tambahkan amalan kita kerana kita pun tak tahu bila kita akan dijemput pulang olehNYA. 


Peace...


Salam sayang,

Hasanah

Supermom yang Chumil :)

Saya Shaklee Distributor | Sungai Besi 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...