Minggu lalu, saya berpeluang hadir ke 1 program anjuran Master Zura, special guest ialah Kak Suraya Ali (Cik Sue pengasas Lunatots). Sebelum ni saya dah pernah beberapa kali dalam program yang sama dengan Cik Sue, senang sangat bila bersama Cik Sue yang comel hihii
Banyak yang saya nak share tentang program ni, tapi dalam entry yang ni dan kesempatan waktu menulis yang terbatas, saya nak cerita tentang Paradox of Value. Paradox of Value ni macam pertembungan nilai. Bila dalam 1 masa, kita ada pertembungan nilai, nilai mana 1 kita nak pegang.
Contoh air dan berlian. Semua orang pun tahu berlian tu mahal. Harganya ribuan ringgit. Air tu harganya RM1 jika di botol. Tapi dalam waktu yang lain, ada masa mungkin air lebih mahal dari berlian, contohnya masa bencana, keputusan bekalan air bersih. Betul kan?
Cik Sue beri kami tonton video iklan Petronas ni.
Mula-mula tengok, dalam hati saya ada juga judge, "Allah..tunggu lah kejap. Kesian pakcik tu, terkejar-kejar dalam hujan". "Haa tu la balasan tak nak tunggu, kan dah accident".
Tapi lepas belajar tentang Paradox of Value ni, barulah saya faham, penting untuk kita tahu bahawa setiap orang ada value mereka tersendiri.
Mungkin lelaki berkereta tu tengah rushing, ada isteri yang sarat hamil yang sedang menanti untuk berbuka bersama? Atau dia ada anak-anak yang menanti kepulangannya dari jauh untuk ifthar bersama?
Siapa tahu kan. Jadi janganlah cepat menghukum seseorang. Dari sini, saya belajar menukar sudut pandang saya terhadap sesuatu.
Setiap orang ada nilai yang dia pegang. Kita hormati nilai itu, walau pada pandangan mata kita terasa salah.
Showing posts with label support group Shaklee. Show all posts
Showing posts with label support group Shaklee. Show all posts
Friday, 11 September 2015
Tuesday, 25 August 2015
MySG Gathering & Recharge 2015
Cerita tentang program kami je kan few days ni. Maaf ye heheheee... tengah excited kata orang kan. Gembira dapat jumpa downlines (anak bisnes) ada yang dari jauh sanggup datang. Ayu dari Kelantan, sedang sarat mengandung 35 minggu, malah lebih mengharukan, kak Hazla dari Sarawak naik flight semata-mata untuk event ni. Semangat yang mereka tunjukkan cukup mengagumkan saya! Mereka sangat hebat dan kuat semangat.
Untuk event ini, ada perkongsian dari saya sendiri (opkos ler selaku organizer kena pegang mikrofon lebih kan. Perasan!), dari downline saya Mimi, dari upline yang saya hormati Master Iffah, Master Firdhaus dan Master Haji Roslan. Perkongsian dan ilmu yang sangat bermakna buat kami.
Dalam Shaklee, support group seperti ini sangat penting untuk kelangsungan bisnes. Kita tak dapat bertahan lama kita keseorangan. Dengan adanya support yang tak putus-putus dari upline, tunjuk ajar dan bimbingan, ia memastikan kita sentiasa "keep on track".
Jom layan gambar pula. Heheee saya sengaja pilih Bayou Lagoon Park Resort di Melaka, memandangkan majoriti kami dari KL. Tak jauh mana pun, perjalanan dari KL lebih kurang 1 jam 30 minit sahaja. Lagipun ada water theme park kan, memang syok la mak-anak-bapak main air hehehe
![]() |
| Bersama Upline saya Master Iffah yang saya kasihi |
![]() |
| Untung ler siap dapat hadiah hahaha |
![]() |
| Free vitamin, termasuk FREE Vivix FREE FLOW okey :) |
![]() |
| Fenomena biasa di mana-mana program Shaklee, beri talk sambil dukung anak hehe |
![]() |
| hehehe kejadian huru hara di belakang dewan seminar..pemandangan biasa, Shaklee kan bisnes family |
Doakan kami agar terus maju jaya dalam bisnes ini ya.
Shaklee - Lifetime Bussiness.
The Best Home-Based Bussiness
Ingin sertai kami? Jom hubungi saya untuk perubahan dalam hidup yang tak pernah anda bayangkan :)
Your Trusted Shaklee Distributor
Hasanah Ahmad
013-2896454
(SMS/Whatsapp)
Friday, 21 August 2015
Review Bayou Lagoon Park Resort Melaka
Yeayy kami dah sampai Bayou Lagoon Park Resort, Melaka.
Errr program start esok tapi biasa la organiser mesti sampai awal kununnya untuk preparation hihiii...
Alhamdulillah..memang sengaja pilih hotel yang ada waterpark utk event group bisnes kali ni, sebab nak meraikan family. Bisnes Shaklee adalah bisnes keluarga. Husband yang banyak support isteri untuk terus berbisnes, anak-anak yang "izinkan" masa bersama mereka kadangkala digunakan untuk urusan bisnes. Jadi saat ini peluang meraikan kegembiraan bersama keluarga. Eh bukan anak je suka main waterpark tau.
Cer tengok gambar tu. Bapak budak pun nak main sama!
Time ni kitorang dah nak balik ke bilik hotel, boleh pulak incik suami kata, tunggu kejap abang nak naik se round. Errrkkkkk! Hahahaha tengok bapak pun teruja nak berseronok sama kan hehehe..Masa saya snap pic ni suami baru lepas keluar dari gelongsor biru tu laa *ampunnnn ku tak tau apa namanya hehehe*
Jom layan gambar-gambar sekitar hotel ni.
![]() |
| Mujur jugak view bilik tak menghadap waterpark. Urmmm kalau tak mungkin setiap 2 minit anak-anak mintak nak turun main air kuttttt |
Bilik saya ni jenis studio room. Luas dan selesa. Ada yang jenis 2 bedroom dalam 1 apartment, ada yang 3 bedroom. Ada yang jenis penthouse. Macam-macam la. Harga? Untuk 1 malam harga RM371 termasuk breakfast untuk 2 dewasa dan 2 ticket waterpark. Untuk kanak-kanak ofkos kena beli asing yer. Hehehe..Tu rate hari ni punya. Esok start event jadi caj pakej program la. Siap makan ngan sewa dewan skali.
Okey..Dah puas ngintai dalam bilik? Jom kita jengah waterpark dia pulak hihiii *ini iklan tak berbayar untuk Bayou Lagoon Park Resort*
Ini swimming pool, ada kat luar waterpark. Tapi anak-anak kalau dah jumpa waterpark, kolam renang depa tak pandang sebelah mata daaaaa..hehehe
Taraaaa....Ini kawasan anak-anak kita punya. Hihiii tapi ayahnya bawa gak Izzat ngan Insyirah yang baru 3 & 5 tahun pi main kat dewasa. Errk..Kat area ni ofkos air tak dalam pun. Esok boleh la ibu teman anak-anak kat sini. Ayahnya ofkosssss lerr nak main kat tempat dewasa, lagi adventure katanya.. Sapa kata bapak-bapak tak suka main waterpark oii..Rasa macam lagi hoverrr dari anak ada la hihiii (sesedap je mengata kat laki, mementanglah si dia takde blog dan tak baca blog khannnnn)*ampunnn abang hahahha*
Haa ini dewasa punya wilayah. Nak adventure sangat kannn.
Ada bola/belon ni juga (tak tau apa namanya). Esok nak mintak suami dan anak laa masuk dalam tu. Ibu nak snap pic hehehe
Nak gambar lagi?? Uppsss udah-udah ler tu ya. Sekian sahaja jamuan mata malam ini. Anak-anak dah tertidur kepenatan lepas main waterpark petang tadi. Now masa nak touch up slide presentation untuk event esok pula.
Best kan buat bisnes Shaklee. Sesekali boleh rewards ahli-ahli group yang aktif. MySG Gathering diadakan setiap tahun, bermula tahun lepas. Tahun lepas kami ke Cameron Highlands. Tahun depan? Jeng jeng jeng..
Jom sertai kami jika nak rasa percutian percuma begini hehee
Subscribe to:
Posts (Atom)



















