Showing posts with label tips memulakan bisnes. Show all posts
Showing posts with label tips memulakan bisnes. Show all posts

Tuesday, 25 August 2015

MySG Gathering & Recharge 2015

Cerita tentang program kami je kan few days ni. Maaf ye heheheee... tengah excited kata orang kan. Gembira dapat jumpa downlines (anak bisnes) ada yang dari jauh sanggup datang. Ayu dari Kelantan, sedang sarat mengandung 35 minggu, malah lebih mengharukan, kak Hazla dari Sarawak naik flight semata-mata untuk event ni. Semangat yang mereka tunjukkan cukup mengagumkan saya! Mereka sangat hebat dan kuat semangat. 

Untuk event ini, ada perkongsian dari saya sendiri (opkos ler selaku organizer kena pegang mikrofon lebih kan. Perasan!), dari downline saya Mimi, dari upline yang saya hormati Master Iffah, Master Firdhaus dan Master Haji Roslan. Perkongsian dan ilmu yang sangat bermakna buat kami.  

Dalam Shaklee, support group seperti ini sangat penting untuk kelangsungan bisnes. Kita tak dapat bertahan lama kita keseorangan. Dengan adanya support yang tak putus-putus dari upline, tunjuk ajar dan bimbingan, ia memastikan kita sentiasa "keep on track". 

Jom layan gambar pula. Heheee saya sengaja pilih Bayou Lagoon Park Resort di Melaka, memandangkan majoriti kami dari KL. Tak jauh mana pun, perjalanan dari KL lebih kurang 1 jam 30 minit sahaja. Lagipun ada water theme park kan, memang syok la mak-anak-bapak main air hehehe 



Bersama Upline saya Master Iffah yang saya kasihi 
Untung ler siap dapat hadiah hahaha

Free vitamin, termasuk FREE Vivix FREE FLOW okey :)

Fenomena biasa di mana-mana program Shaklee, beri talk sambil dukung anak hehe


hehehe kejadian huru hara di belakang dewan seminar..pemandangan biasa, Shaklee kan bisnes family


                    
      Ya Allah, bantulah daku untuk menyentuh lebih ramai insan dan menambahbaik lebih banyak kehidupan

Doakan kami agar terus maju jaya dalam bisnes ini ya. 
Shaklee - Lifetime Bussiness.
The Best Home-Based Bussiness

Ingin sertai kami? Jom hubungi saya untuk perubahan dalam hidup yang tak pernah anda bayangkan :)

Your Trusted Shaklee Distributor
Hasanah Ahmad 
013-2896454 
(SMS/Whatsapp)

Bengkel Urus Akaun

Siang tadi ke Bandar Baru Bangi, menghadiri bengkel Urus Akaun, anjuran Technocount. 

Bengkel satu hari ni disampaikan oleh Coach Kuzai, saya panggil Kak Kuzai je. Untuk mereka yang ada company, seeloknya ada sistem akaun yang betul bagi memudahkan urusan seperti pengiraan cukai, pembelian property dan sebagainya. 

Kak Kuzai memang baik dan tak lokek untuk berkongsi ilmu. Saya pun sedang belajar manage company kecil kami agar lebih teratur. 

Esok-esok nak beli property senang sket. Hehehe

Sunday, 23 August 2015

7 SEBAB KENAPA ANDA MESTI MULAKAN BISNES INI

Sekarang zaman ekonomi tak menentu, ramai yang mula mencari pendapatan sampingan untuk tampung gaji yang tak mencukupi.

Saya sangat cadangkan korang untuk buat bisnes Shaklee.

Nak tahu kenapa?

Meh baca meh.

1) Shaklee adalah company MLM yang dah lama bertapak dan berkembang pesat di dunia. Dah lebih 50 tahun pun.

2) Shaklee punyai produk yang berkesan, selamat dan mesra alam. Shaklee ada berjuta testimoni mereka yang dah merasai keberkesanan produknya. Malah mereka yang buat bisnes Shaklee majoritinya yang sukakan kesan positif selepas mencuba produk Shaklee. Jatuh cinta pada kebaikan produk lalu mereka kongsikan kebaikan itu supaya lebih ramai orang dapat rasa.

3) Shaklee ada saintis tersendiri yang mengkaji sedalamnya tentang produk. Setiap produk ada kajian saintifik dan melalui ujian kualiti tersendiri. Shaklee laburkan berbillion dollar untuk R&D :)

4) Shaklee tak pernah gagal membayar bonus kepada pengedarnya selama bertapak di Malaysia sejak 1995. Malah Shaklee dah gunakan berbillion dollar setahun membayar bonus pada pengedarnya (mungkin lebih lagi sekarang sebab makin ramai mereka yang berjaya cipta pendapatan bersama Shaklee).

5) Sistem dan marketing plan yang jelas dan patuh syariah, terbukti berjaya membantu ramai orang memperoleh income bulanan 4-5-6 angka. Nak dapat 4 angka dalam Shaklee mudah dan senang caranya. Dalam Malaysia je tak tahu berapa ribu orang yang dah pun capai 4 figures income dalam Shaklee. Yang 5 angka, 6 angka pun ramaiii sangat tau.

6) Produk Shaklee sentiasa mendapat permintaan yang tinggi di pasaran kerana orang makin sedar kepentingan supplement untuk melengkapkan nutrisi harian, kerana dalam arus kemodenan sekarang, semua serba nak cepat, kita tak mampu nak makan makanan seimbang mengikut piramid makanan ikut portion yang dicadangkan. Selalunya makan nasi, lauk, sayur dan buah 2x sehari pun mujur. Apatah lagi nak makan sampai 5-6 hidangan seperti yang dicadangkan.

7) Support group dalam Shaklee sangat supportive dan membantu anda untuk kembangkan bisnes anda. Support group ini akan membimbing anda untuk berjaya dalam Shaklee menggunakan sistem yang ada.

Sebenarnya ada banyak lagi point kenapa anda mesti mulakan bisnes Shaklee. Tak terkata benefitnya.

Jika minat nak tahu lebih lanjut tentang peluang yang Shaklee tawarkan, anda bolweh hubungi saya untuk info lanjut. Saya sedia membantu.

Hasanah
013-2896454
SMS/Whatsapp

Friday, 21 August 2015

Review Bayou Lagoon Park Resort Melaka


Yeayy kami dah sampai Bayou Lagoon Park Resort, Melaka.

Errr program start esok tapi biasa la organiser mesti sampai awal kununnya untuk preparation hihiii...

Alhamdulillah..memang sengaja pilih hotel yang ada waterpark utk event group bisnes kali ni, sebab nak meraikan family. Bisnes Shaklee adalah bisnes keluarga. Husband yang banyak support isteri untuk terus berbisnes, anak-anak yang "izinkan" masa bersama mereka kadangkala digunakan untuk urusan bisnes. Jadi saat ini peluang meraikan kegembiraan bersama keluarga. Eh bukan anak je suka main waterpark tau.

Cer tengok gambar tu. Bapak budak pun nak main sama!



Time ni kitorang dah nak balik ke bilik hotel, boleh pulak incik suami kata, tunggu kejap abang nak naik se round. Errrkkkkk! Hahahaha tengok bapak pun teruja nak berseronok sama kan hehehe..Masa saya snap pic ni suami baru lepas keluar dari gelongsor biru tu laa *ampunnnn ku tak tau apa namanya hehehe*

Jom layan gambar-gambar sekitar hotel ni.

Mujur jugak view bilik tak menghadap waterpark. Urmmm kalau tak mungkin setiap 2 minit
anak-anak mintak nak turun main air kuttttt


Bilik saya ni jenis studio room. Luas dan selesa. Ada yang jenis 2 bedroom dalam 1 apartment, ada yang 3 bedroom. Ada yang jenis penthouse. Macam-macam la. Harga? Untuk 1 malam harga RM371 termasuk breakfast untuk 2 dewasa dan 2 ticket waterpark. Untuk kanak-kanak ofkos kena beli asing yer. Hehehe..Tu rate hari ni punya. Esok start event jadi caj pakej program la. Siap makan ngan sewa dewan skali. 



 

Okey..Dah puas ngintai dalam bilik? Jom kita jengah waterpark dia pulak hihiii *ini iklan tak berbayar untuk Bayou Lagoon Park Resort*


Ini swimming pool, ada kat luar waterpark. Tapi anak-anak kalau dah jumpa waterpark, kolam renang depa tak pandang sebelah mata daaaaa..hehehe 


Taraaaa....Ini kawasan anak-anak kita punya. Hihiii tapi ayahnya bawa gak Izzat ngan Insyirah yang baru 3 & 5 tahun pi main kat dewasa. Errk..Kat area ni ofkos air tak dalam pun. Esok boleh la ibu teman anak-anak kat sini. Ayahnya ofkosssss lerr nak main kat tempat dewasa, lagi adventure katanya.. Sapa kata bapak-bapak tak suka main waterpark oii..Rasa macam lagi hoverrr dari anak ada la hihiii (sesedap je mengata kat laki, mementanglah si dia takde blog dan tak baca blog khannnnn)*ampunnn abang hahahha*



Haa ini dewasa punya wilayah. Nak adventure sangat kannn.



Ada bola/belon ni juga (tak tau apa namanya). Esok nak mintak suami dan anak laa masuk dalam tu. Ibu nak snap pic hehehe

Nak gambar lagi?? Uppsss udah-udah ler tu ya. Sekian sahaja jamuan mata malam ini. Anak-anak dah tertidur kepenatan lepas main waterpark petang tadi. Now masa nak touch up slide presentation untuk event esok pula. 

Best kan buat bisnes Shaklee. Sesekali boleh rewards ahli-ahli group yang aktif. MySG Gathering diadakan setiap tahun, bermula tahun lepas. Tahun lepas kami ke Cameron Highlands. Tahun depan? Jeng jeng jeng..

Jom sertai kami jika nak rasa percutian percuma begini hehee 





Wednesday, 29 October 2014

Tips Memulakan Bisnes

Saya percaya ramai sangat orang yang sedang mencari pendapatan kedua sebagai pendapatan sampingan, selain dari kerja hakiki sekarang. 

shaklee bisnes pilihan

Itulah hakikatnya. Kita terbeban dengan hutang yang banyak, dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Lihatlah pada kenaikan harga minyak, rasanya semua pun terasa kan tempiasnya. Nyatanya, hutang makin banyak, simpanan hampir tiada. 

Bukan sahaja untuk anda yang bekerja, tapi surirumah sekarang pun ramai yang sedang mengintai peluang menambahkan kewangan keluarga. Yalah. Bina ada duit sendiri, dah tak perlu lagi nak minta dari suami kan. Hehee..

Apa Nak Buat Bila Ada Duit Lebih?

Apa yang anda boleh buat dengan duit poket? 
  • Boleh buat simpanan EXTRA, contoh biasanya setiap bulan simpanan wajib RM300. Bila ada duit tambahan, boleh simpan lebih RM50-100. So setiap bulan kurang-kurang pun dah menyimpan RM400!
  • Boleh lebih memberi, berzakat, infaq, jangan lupa ya. Berazamlah setiap minggu berinfaq. Percayalah, lebih banyak kita memberi, lagi luas rezeki kita
  • Kegunaan ketika sangat diperlukan, mesti asingkan dari duit simpanan tau! 
  • Buat pelaburan/investment dalam amanah saham yang PATUH SYARIAH
  • Buat belanja keperluan rumah. Duit extra boleh bantu untuk belanja dapur/anak-anak
  • Simpanan KHUSUS untuk melancong/bercuti atau untuk beli sesuatu
Cara saya, jika saya teringin nakkan sesuatu, saya akan menabung untuk itu. Contoh saya nak gi bercuti, even saya ada duit yang cukup untuk percutian, katakan menelan belanja RM1000 untuk 3 hari 2 malam, saya takkan guna duit sedia ada. Mesti menyimpan 2-3 bulan. Haaa duit yang EXTRA tu datang dari side income. So tak lari laa simpanan kita setiap bulan. Dan tak gunakan wang simpanan untuk bercuti mahupun untuk beli keperluan. 

Janganlah bila ada duit extra, asyik berjoli je kan hehee..menyimpan dan melabur tu penting untuk masa depan kita. Dah "buat duit", kena pandai urus duit juga tau :)

Best kan bila ada duit lebih. Persoalannya, bisnes macam mana yang saya nak buat? 

Bagaimana Nak Pilih Bisnes Yang Sesuai?

Bisnes ada macam-macam, ada yang jelas ada produk, ada juga bisnes jenis perkhidmatan, iaitu kita memberikan servis. Apapun, boleh ambil tips ini untuk mulakan bisnes anda.
  1. Pilih bisnes yang tiada modal, atau modal yang minimum, yang tak membebankan. Yang tak perlu sampai perlu bergolok gadai, yang tak perlu nak buat loan bagai. Ia sangat penting terutama untuk anda yang baru nak berjinak untuk berniaga, ia mengurangkan risiko kerugian. 
  2. Jika anda memilih untuk bisnes kecantikan/kesihatan, seeloknya anda menggunakan produk tersebut. Jadi anda boleh sebarkan manfaat produk. 
  3. Bisnes yang ingin dibuat, boleh dijalankan secara online. Jadi ia tak menyusahkan anda untuk mengambil stock barang jualan ke sana kemari. Dan ia tak memerlukan anda membuka kedai untuk jual barang. Buat online, mudah kan. 
  4. Mulakan dengan apa yang kita ada. Contoh jika anda berbakat membuat kek, mahupun ada seni menjahit, sangat bagus jika anda kembangkan bakat yang anda ada. Cuma beberapa perkara perlu anda fikirkan sebelum mulakannya, dari sudut pro dan kontranya. 

Bisnes Dropship Lebih Disukai

Ya! 

Sangat tak dinafikan. Bisnes dropship lebih disukai dalam dunia bisnes sekarang. Kerana ia tanpa modal. Kalau ada pun modalnya sangatlah minima. 

Jenis perniagaan dropship, memerlukan pelanggan masukkan duit terlebih dahulu, baru anda buat order pada supplier/company. Anda tak perlu simpan stok barang. Dan anda tak perlu dahulukan wang anda. Tiada risiko kerugian kan bila berbisnes macam ni. Tak timbul isu stok tak laris. Menarik kan bisnes seperti ini.

Shaklee Amalkan Sistem Dropship


Bisnes Shaklee amalkan sistem dropship seperti ini juga. 

Dengan yuran keahlian yang minima, cuma RM75 sahaja, anda dah boleh menjadi ahli dan memasarkan produk Shaklee. Ada juga cara menjadi ahli tanpa membayar yuran penyertaan. Kami panggil FREE MEMBERSHIP. 

Pelanggan berikan duit pada anda, dan anda order dari Shaklee. Shaklee akan poskan produk tersebut pada alamat yang anda berikan. Mudah kan bisnes sebegini. 

Bisnes seperti ini, anda akan ada bimbingan untuk membantu anda maju dalam bisnes. 

Dengan yuran hanya RM75 seumur hidup, ia sangat menguntungkan dan meminimakan risiko kerugian. 

Jika anda ingin menyertai bisnes Shaklee, boleh hubungi saya untuk pendaftaran. Ramai yang telah berjaya dalam bisnes ini, mereka memperoleh duit sampingan sebanyak 3-4-5 angka. Malah 6 angka pun ramai! Bimbingan dan support group akan diberikan pada anda yang menyertai kami. 



Anda takkan berjaya mencapai impian anda. Jika anda hanya melihat kejayaan orang lain. Ibarat memandang pada tangga, anda takkan sampai ke atas. Takkan dapat petik hasilnya dengan hanya melihat. Anda mesti bertindak. Hubungi saya hari ini untuk saya bantu anda mencapai impian anda. 

Saya komited mahu membantu anda yang inginkan bimbingan untuk berjaya! 

Hasanah 
013-2896454



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...