Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, 28 January 2015

Resepi Kerang Cambo yang Sedap

Wah wah.. Sapa penggemar kerang memang sure meleleh air liur!

Sedap bak hang. Resepi ni ayah saya yang ajarkan masa zaman sek menengah dulu. Ayah memang terer di dapur.

Mudah sangat-sangat tau. Sedap pulak tu. Anda pun mesti cuba. Sesekali tukar resepi baru.

Jom lihat apa bahannya.

1. Kerang
2. Serai
3. Bawang (merah, putih dan bawang besar)
4. Cili
5. Kicap masin
6. Gula
7. Limai nipis

Cara-caranya:

1. Rebuskan kerang dalam periuk. Serai dan bawang putih dititik dan masukkan bersama kerang tadi.

2. Sediakan "sos" kerang pula. Hiriskan nipis dan kecil bawang merah, bawang putih, bawang besar dan cili. Masukkan dalam mangkuk. Masukkan pula kicap masin. Perasakan dengan gula. Tambahkan sedikit air jika kicap masin tu terlalu masin. Perahkan sedikit limau nipis dalam mangkuk berisi bahan-bahan tadi.

3. Bila kerang dah masak, tumiskan bawang dalam kuali hingga naik bau. Kemudian masukkan kerang tadi dan gaulkan bersama bawang yang ditumis. Emmmmm sedapnya bau! Haha..

4. Masukkan sos kicap masin tadi ke dalam kuali. Gaulkan supaya rasa sos kicap masin yang sedap tu meresap dalam kerang. Oh sodap sungguh!

5. Sekejap je buat. Sedia untuk dimakan :)

Sunday, 24 August 2014

Resepi Fresh Strawberry Mealshakes

Semalam sampai rumah, sekembali dari trip ukhuwwah ke Cameron Highlands bersama anak-anak bisnes Shaklee dan keluarga. Haa part bercuti ni nak tulis len kali. Sekarang nak citer pasal Strawberry Milk Shake dulu. Hehehee..



Nyummmm..sedap kan. Tengok pun nampak sedap! Inilah Strawberry Milk Shake yang ada di Cameron Highlands (CH). Suami saya sukakannya. Maka gigihlah saya membuatnya demi yang tersayang hihiii

Nak dijadikan ceritanya, strawberry yang kami beli di CH sana rosak dalam perjalanan pulang. Bila sampai rumah dah berair teruk. Maka ada beberapa biji yang sempat diselamatkan. Yang tu saya decide nak buat smoothies. 

Bila sebut Milk shake, teringat pada Shaklee Mealshake. Belum pernah lagi buat menggunakan Mealshake. Boleh cuba ni. Heheee bereksperimen di dapur.

Jom lihat apa resepinya.

>> Strawberry 
>> Susu cair 
>> Mealshake Shaklee 
>> Gula 
>> Ais
>> Aiskrim Vanilla 



1. Saya guna dalam 7 biji Strawberry. Belah kecil dan masukkan dalam blender siap-siap. Ofkos gunakan blender yang LAIN, bukan blender yang buat kisar cili apatah lagi blender makanan bayi! 

Inilah Mealshakes Shaklee

2. Bancuh 1 sudu Mealshake dalam shaker. Dalam gambar nampak agak berketul sebab saya cuma kacau shaker tu biasa je, tak shake pun. 

3. Tambahkan susu cair dan gula (sesedap rasa) dalam shaker berisi bancuhan Mealshakes tadi. 




4. Campurkan semua dari shaker ke dalam blender. Letakkan ais. Kisar semuanya. 2 kali tekan jer dah setel. 

Taraaaa siap diblender



Sangat yumiiiiiiii okey.

Kalau nak best letaklah aiskrim Vanilla. 

Jika tiada strawberry, boleh gantikan dengan fresh milk perisa strawberry. 

Okey, nak post lagi gambar yang sangat menarik ini.

Yang ni kat restoran. Kami makan
di Steamboat n Snack Corner
Selamat mencuba! 
Jika dah cuba, share dengan saya ya tentang resepi yang anda buat tu. 

Tambah Mealshake untuk tambah yumiiiii kan Strawberry Milkshake anda! Itulah rahsia kenapa saya menggunakan Shaklee Mealshake.

Nak tahu apa kebaikan Mealshake yang lain? Klik SINI.

Hasanah 
013-2896454
SMS/Whatsapps

Thursday, 14 August 2014

Resepi Bayi: Puree Epal

Minggu lalu rasa nak buat puree epal, so saya minta suami tolong belikan epal merah untuk dibuat puree si kecil Irfan, 9 bulan. 

Wah, yang bestnya, memang manis, bukan setakat Irfan je suka, tapi kakak dan abangnya berebut nak makan sama heheheee..tak kurang juga si ibu. Suap anak 1 sudu, suap mulut sendiri 1 sudu kikiiii

Nak buat puree seperti ini senang je..dan teramatlah simple. Jom baca :)

1. Potong epal kecil-kecil seperti ini kemudian kukus sampai lembut, baru senang nak blend nanti. 


Epal sedang dikukus
2. Ini hasilnya epal yang dah siap dikukus tadi, dah lembut pun. 



3. Blend epal yang dah dikukus tadi. Saya blend tanpa air. Bila kisar nanti air buah tadi akan keluar. If kita tambah air, nanti jadik cair je, tak best la, takde rasa manis epal tu nantinya. 



4. Tara..Inilah hasilnya setelah epal tadi dikisar.


Nyum nyum...Sedapnya! Cubalah. Anak anda pasti sukakannya :)

Jadi ibu, kita kena kreatif dan inovatif gitew heheheee..

Selamat mencuba :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...