Saturday 10 January 2015

12 Perkara Perlu Buat Sebelum Berpindah Ketika Banjir

Pengalaman sebagai mangsa banjir penangan BAH KUNING Disember 2014 di Kelantan, kebetulan masa tu saya pulang ke kampung bercuti sementara suami menunaikan umrah. 

Saya nak share beberapa info penting yang perlu dilakukan semasa banjir. 

SEBELUM BERPINDAH


1. Dapatkan maklumat tentang keadaan banjir di kawasan berdekatan. 
- Mesti ambil tahu, kawasan  berdekatan mana yang telah dinaiki air. 

2. Tahu di mana pusat pemindahan berdekatan 
- Sebab pada saat-saat cemas, kita akan menuju ke pusat pemindahan terdekat sekiranya perlu berpindah. 

3. Sediakan bekalan yang mencukupi, termasuk makanan, ubatan, alatan kecemasan seperti lampu suluh dan lilin. 
- semasa banjir, bekalan elektrik diputuskan. Kedai-kedai runcit malah pasaraya besar kehabisan lilin. Bagus jika dapat spare berkotak-kotak lilin. Jangan lupa pula sediakan lighter ya (atau mancis pun boleh la). Kang naya nak nyalakan. 

4. Tutup suis utama elektrik, cabut kepala gas (maaf tak tahu apa istilahnya hehe).

5. Pindahkan perabot, peti ais, mesin basuh, televisyen dan peralatan/dokumen penting lain ke tempat yang lebih tinggi dan selamat. Jika perlu, dokumen penting boleh bawa bersama kita semasa ke pusat pemindahan. Cara ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko kerugian akibat banjir. 

6. Pastikan telefon bimbit dicas sepenuhnya, sediakan power bank dan simcard pelbagai talian seperti (maxis, telco, Digi)
- Masa banjir haritu, Digi dan Telco yang bagus beroperasi. Yang lain takde line. Mesti cas hengpong full dan power bank juga. Masa ketiadaan elektrik, saya cas hengpong dalam kereta.

7. Sebaiknya berpindah semasa di siang hari. Lebih mudah nak lihat dan kenalpasti jalan. 
- Kami berpindah waktu malam. Terpaksa sediakan 1 kayu untuk cucuk kenalpasti di mana longkang dan lopak. Kang jatuh dalam longkang naya pulak. 

SEMASA BERPINDAH

Apa nak bawa ke pusat pemindahan?

Ni berdasarkan pengalaman saya masa berpindah ke pusat pemindahan. Jika ada tambahan boleh komen di ruangan di bawah ye :)

1. Makanan yang mencukupi - yang ni sangat penting. Sebab kita tak tahu berapa lama kita di pusat pemindahan, adakah makanan yang disediakan mencukupi. So baik siap-siap sediakan makanan yang tak perlu dimasak macam roti, biskut, minuman 3 in 1. Kami bawa gas memasak yang kecil semasa berpindah. Hehee..jadi dapatlah masak.  

Inilah rupa dapur gas kecil tu. Portable dan sangat membantu

Kami bawa: 
- air mineral beberapa botol - ni yang buat beg makin berat.
- Roti
- Jem 
- Biskut
- Sardin
- Telur
- Maggi
- Bihun segera

2. Peralatan kecemasan - lilin, lighter, lampu suluh dengan bateri extra, ubat-ubatan asas dan minyak panas (jika perlu)
Bila tiada elektrik, nak ke tandas mengharung air di pusat pemindahan pun kena guna lampu suluh. 

3. Pakaian - pakaian persalinan mesti bawa juga. Bawa dalam 2-3 pasang pun cukup. Jangan lupa juga pakaian dalam. Kalau stay lama di pusat pemindahan, basuh baju dengan air banjir je...sob sob (syahdu betul bila teringat kenangan berpindah semasa banjir) 
Ada yang saya jumpa, bawa baju 1 beg besar. Amboihhhh macam nak pi holiday pula gamaknya. Ahaha..Hadoinya. Dalam masa nak berpindah, nak gelak pun ada. Kami bantu kurangkan barangan yang dibawa. 

4. Bawa bersama sejumlah wang. Ini dapat membantu jika ada kedai yang buka semasa banjir. Kalau takde duit nak beli dengan apa? Dan memang masa banjir, ada kedai yang buka. So dapatlah saya beli sedikit bekalan untuk anak-anak.

5. Dokumen penting - sijil kelahiran, mykad, mykid, lesen memandu, kad ATM, kad kredit..banyaknya nak senarai. Boleh kata segala mak nenek isi dalam purse/wallet boleh bawa bersama kita. Jika dihanyutkan arus, lepas banjir boleh maklum pada polis dan buat baru di JPN, JPJ, bank. Untuk kad-kad ATM/kredit, call bank untuk pembatalan kad jika hilang semasa banjir. 

So far ini yang terlintas apa yang saya lakukan sebelum berpindah masa banjir baru-baru ini. 

Langkah lanjut untuk hadapi banjir ada juga disenaraikan di website ini. Ia dapat membantu kita bersedia lebih awal bila hadapi banjir yang tak terduga. 

Harap sedikit info yang saya kongsikan dapat membantu anda. Moga ktia semua dipelihara Allah dari bala bencana akhir zaman ini dan mengambil iktibar juga hikmah apa yang Allah mahu smapaikan sebenarnya. 

Hasanah 
Facebook: Hasanah Ahmad

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...