Thursday 14 August 2014

Resepi Bayi: Puree Epal

Minggu lalu rasa nak buat puree epal, so saya minta suami tolong belikan epal merah untuk dibuat puree si kecil Irfan, 9 bulan. 

Wah, yang bestnya, memang manis, bukan setakat Irfan je suka, tapi kakak dan abangnya berebut nak makan sama heheheee..tak kurang juga si ibu. Suap anak 1 sudu, suap mulut sendiri 1 sudu kikiiii

Nak buat puree seperti ini senang je..dan teramatlah simple. Jom baca :)

1. Potong epal kecil-kecil seperti ini kemudian kukus sampai lembut, baru senang nak blend nanti. 


Epal sedang dikukus
2. Ini hasilnya epal yang dah siap dikukus tadi, dah lembut pun. 



3. Blend epal yang dah dikukus tadi. Saya blend tanpa air. Bila kisar nanti air buah tadi akan keluar. If kita tambah air, nanti jadik cair je, tak best la, takde rasa manis epal tu nantinya. 



4. Tara..Inilah hasilnya setelah epal tadi dikisar.


Nyum nyum...Sedapnya! Cubalah. Anak anda pasti sukakannya :)

Jadi ibu, kita kena kreatif dan inovatif gitew heheheee..

Selamat mencuba :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...