Wednesday 30 July 2014

Bila Saya Perlu Bawa Anak Saya Berjumpa Doktor?

Assalamualaikum momies yang saya hormati. Hari ini hati terpanggil nak share perihal kesihatan. Hikhik..semoga ada manfaat buat ibu bapa di luar sana. 

Bila anak tak sihat, MESTI RISAU, cuma tak perlu TERLALU RISAU 




Sebagai ibu, saya faham apa perasaan bila anak tidak sihat. Entri ini saya fokuskan pada common illness di kalangan kanak-kanak. 

Ramai ibu bapa yang bila anak sakit, seperti demam, batuk, selesema, cepat-cepat bawa ke klinik/hospital. Siapa tak susah hati kan. Tapi ada bagusnya sebagai ibu bapa kita tambah sedikit pengetahuan, bila masa perlu anak kita dibawa berjumpa doktor. Bukanlah bermaksud menjadi "doktor" sendiri di rumah, tapi bila kita tahu WAKTU yang tepat untuk bawa anak berjumpa doktor, tidaklah kita menghabiskan masa (terkadang masa menunggu yang lama di hospital), menghabiskan wang (caj berjumpa doktor terkadang melebihi RM50 termasuk ubat even ubat tu tak perlu ambil pun, doktor kat klinik swasta selalu bagi ubat yang tak perlu) malah tenaga terbuang sia-sia (ada yang memandu sebegitu jauh untuk datang jam 3,4 pagi) dan berjumpa doktor cuma 5 minit. 

Ada ibu bapa yang tak kisah tentang bayaran. Yalah, takkan nak berkira dengan bayaran perubatan anak demi mendapatkan kesihatan anak yang baik kan. Anak sihat hati senang...Tapi takkanlah anak demam baru 2 jam dah sepantas kilat datang berjumpa doktor dengan "sebab" mungkin denggi? So pentingnya kita as ibu bapa, top up sedikit knowledge tentang bab kesihatan ni. Takde la nanti gi hospital kena balik semula. Kan kan. Pasal gi emergency untuk kes yang bukan emergency hehe..

Tujuan entry kali ni saya nak share dengan semua, sedikit ilmu, juga pengalaman saya sebagai jururawat (PENGALAMAN- bukan dari buku), praktis kami di hospital. Saya bukan doktor, saya sekadar berkongsi ilmu dengan anda. Jika ada yang saya terkhilaf, boleh perbetulkan di ruangan komen, ya dialu-alukan :)

Demam 

Sebagai ibu bapa, perkara pertama ofkos kena ada termometer di rumah bila ada anak kecil. Saya suka nak suggest parents beli termometer untuk monitor suhu. Jika anak anda berusia bawah 30 hari (1 bulan) dan mengalami demam, YES anda kena pergi hospital kerana bayi perlu admit ward, bayi yang usia 1 bulan yang mengalami demam dikhuatiri jangkitan kuman, so perlu masuk wad untuk diberikan antibiotik. Jangan berikan Paracetamol (ubat demam) pada bayi anda (bayi bawah 30 hari)! Terus ke hospital ya. 

Jika anak anda demam, follow tips di bawah.
  1. Periksa suhu badan anak. Ikut la nak guna termometer yang tembak dahi ke, yang letak bawah ketiak ke, yang chek di telinga ke. Chek dari mulut tak sesuai untuk kanak-kanak sebab depa tak pandai kepit termometer celah bibir hehee
  2. Bacaan 37.5 darjah celcius menunjukkan anak anda demam (low grade fever). Bacaan 38 darjah celcius menunjukkan demam panas. 
  3. Lakukan mandi lap menggunakan air paip. AWAS! Jangan guna ais. Ais menyebabkan penurunan suhu mendadak (hypothermia) yang membahayakan. Lap seluruh tubuh termasuk di celah ketiak, celah kelangkang dan belakang lutut kerana kawasan pelipat tu laa yang banyak kumpul haba. Kepala kasi basah betul-betul ya momies. 
  4. Berikan ubat demam (syrup Paracetamol). Jika ubat tiada, lakukan lap berterusan sehingga suhu badan menurun. Jika lap yang kita lakukan betul, dalam masa 10 minit pun dah nampak kesan penurunan pada suhu badan. Jika ada ibu yang "memusuhi" ubat, atau memilih rawatan alternatif untuk anak anda, terpulang kerana itu pilihan masing-masing. *peace*
  5. Jika demam lebih 3 hari atau keadaan anak yang lesu, bawa anak ke hospital untuk berjumpa doktor. Emm kalau bawak pi klinik pun selalunya doktor bagi surat referral suruh datang hospital juga. Uppss, pastikan anda beri ubat demam pada anak sebelum ke hospital. Ada yang tak nyempat bagi (katanya emergency sangat sampai tak sempat nak bagi ubat), kang kalau sawn dalam kereta, haa canna tu? Diri sendiri jugak yang susah hati kemudian hari. So beter kasi ubat siap-siap dari rumah.
Jika demam di bawah 3 hari, selalunya doktor JARANG ambil darah, apatah lagi untuk kes demam denggi. Hari ke-3 baru ambil darah, kerana bacaan komponen darah (platlet) menunjukkan kesan penurunan seawal hari ke-3. Ada parents yang request blood test even demam baru start sejam dua, nak chek takut kena denggi. Sebenarnya tak dapat baca pun trend denggi. Dan doktor pun tak boleh nak diagnose denggi. Jika demam bawah 3 hari, keadaan anak okey, masih boleh bermain, bergurau senda, makan dan minum ok, kencing juga seperti biasa, tak perlu risau. Monitor anak anda di rumah. Berikan ubat padanya. Jika anak kurang bermain kerana demam, itu normal. Kita yang dewasa ni pun bila demam melepek aje kan. Anak pun sama la. MELAINKAN keadaan fizikal anak yang lembik, lemah lesu, silalah bawa berjumpa doktor even demam baru start hari ini. Jika keadaan anak yang lesu memang doktor perlu lakukan penyiasatan lanjut. 

Batuk

Soalan saya selalu dapat; Anak saya batuk. Kemudian muntah. Normal tak?

Itu bagus, dia berusaha mengeluarkan kahaknya. Muntah tu bagusla. Kasi keluar lendir-lendir tu. 

TIADA ubat batuk/selesema untuk bayi dan kanak-kanak di bawah 2 tahun. Harap maklum. So kalau anak batuk/selesema dan anda pergi klinik swasta, lalu doktor berikan ubat batuk, JANGAN AMBIL. 

Apa yang perlu parents risaukan bila anak batuk? 

Jika batuk adalah batuk biasa, (cemana nak tau??) Haa ni mak nak terangkan nih. hehee

  • Tiada tanda kesukaran bernafas (chek dada, nafas tak laju, tak mengah)
  • Tiada tanda lekuk pada dada/tulang rusuknya dan bawah leher 
  • Nafas tidak berbunyi (wheezing)
  • Batuk bukan berbunyi seperti "anjing menyalak" - ni istilah perubatan ya, bukan saya yang bagi istilah ni heheee, ayat betulnya barking cough. 
Haa jika tanda di atas, so tak perlu risau. Kalau anda dengar batuknya berkahak-kahak, boleh jumpa doktor, jika doktor dengar (auscaltate pakai steteskop) paru-paru ada bunyi kahak, mungkin anak anda perlu sedut gas (nebulizer). Pemberian nebulizer perlu untuk melonggarkan kahak. 

Ada parents yang sukarela anaknya disedut kahak (suctioning) tanpa pemberian nebulizer. Oh Tuhan. Azabnya! Tahukah anda itu amat menyakitkan? Grrrr *ketip bibir* Bayangkan cecair yang pekat likat melekat nak ditarik dengan tekanan angin melalui laluan kerongkong? Errkk!

Okey itu bab batuk berkahak yang takde gangguan pada masalah pernafasan.  Sebaliknya jika ada tanda-tanda kesukaran bernafas, bersegeralah ke hospital untuk rawatan lanjut. Ada parents yang berani bagi nebulizer sendiri di rumah tanpa arahan doktor. Kalau guna air je takpa. Ada yang guna ubat. Uish bahayanya. Jika anda dari medical line, pandai auscaltate dengar bunyi dari paru-paru then boleh decide apa perlu bagi, takpa gak. Jika tak pandai, referlah pada yang expert. Bukan yang buat-buat expert. Each ubat untuk bagi nebulizer tak semua sama fungsinya. 

Di sini saya bagi contoh keadaan anak yang mengalami masalah pernafasan.




Nampak tak dalam video tu bayi tu nafasnya laju. Ada lekuk pada dadanya. Tanda kesukaran bernafas adalah yaang paling asas yang kita risau bila parents kata "anak saya batuk". So bila anda bawa anak ke hospital, apa yang jururawat di kaunter akan periksa, pernafasan anak laju ke tidak. 

Nak tahu bagaimana bunyi "barking cough" seperti yang saya perkatakan tadi? Taraaa...




Dengar  tak di awal video, kanak-kanak ini batuk tak henti. Bunyi batuknya yang sebegitu yang kita risaukan, kita panggil "Croup", jangkitan virus pada bahagian pernafasannya. Jika Croup pun kami berikan nebulizer, tetapi dengan ubat khas (Budesonide). Tak sama macam ubat untuk legakan kahak. 

Jika anda terlebih risau, anak batuk berbunyi tapi tak pasti sama maca dalam video ke tak, tidak mengapa. Tak salah bawa pada doktor untuk rawatan lanjut dan untuk kepastian. Itu lebih baik dari membahayakan nyawa anak. 

Selesema/Kahak

Selesema adalah masalah biasa di kalangan kanak-kanak mahupun bayi. Ia akan baik sendiri, tak peerlu ubat. Tapi yalah, jika anak merengek kerana hidung tersumbat, hingus asyik meleleh, ibu mana yang tahan kan? Uppsss, berhati-hati dengan ubat batuk/selesema dari klinik swasta. Batuk/selesema akan pulih cuma ia mengambil masa. 

Ofkos bayi dan kanak-kanak kecil tak pandai nak keluarkan sendiri kahaknya kan. Sebagai parents, kita boleh bantu anak dengan menepuk pada dada dan belakang badannya. Nak belajar cara tepukan? Percussion namanya. Nanti saya buat entri khas untuk itu ya. 

Untuk bayi yang masih kecil, bila selesema, hidung tersumbat, jika anda ibu menyusu, pastikan anda tidak tertutup hidung yang tidak bermasalah. 

Ada cara tradisional yang berhasil yang momies lakukan, jika nak cuba silakan. Ada yang letak kunyit, minyak yu yee, terpulang asalkan tak memudaratkan anak anda. Yang tak boleh, beri ubat batuk/selesema pada kanak-kanak bawah 2 tahun. 

Ada ubat yang boleh mencairkan kahak, mengeringkan selesema yang selamat (ubat titis hidung) juga boleh membantu. Okfos dengan preskripsi dari doktor. 

Lepas titiskan beberapa minit, anda boleh sedut sendiri kahak heheee.. Alat ini banyak membantu. Maaf saya tak promote brand. Cari yang gini senang kot berbanding yang lain. Ni review dari momies dan doktor yang pernah guna. Saya tak pernah guna untuk anak-anak saya. 


Uppsss..

Terpanjang pula rupanya entri ni. Banyak lagi yang mahu saya kongsikan bersama momies di luar sana. Stay tune, insya Allah lain kali saya share lagi pelbagai info untuk perkongsian bersama. 

Sekian sahaja entri kali ini untuk kesihatan bayi/kanak-kanak. Jika ada pandangan mahupun perkongsian, sila tinggalkan komen anda ya. Saya juga manusia biasa yang tak lekang dari kesilapan. Semoga entri ini bermanfaat buat semua yang membacanya. 

Terima kasih kerana membaca hingga ke penghujung :)

Salam kasih sayang,
Hasanah

15 comments:

  1. Salam..
    Sanah..entry gini yg akk suka!!
    Tq2 4 info..sgt membantu!
    (baru bagi hariz 1y11m ubat batuk + selsema..uhukuhukkk)

    Jemput blogwalking kt blog daku

    http://eymanayuney.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. As salam..
    Info sgt brguna utk sy.kbetulan ank2 mmg ada asma.sy sllu monitor dada anak.tgk brlekuk ke x.

    ReplyDelete
  3. Terima ksh. wp anak kedua, first time anak kena ambik neb. Memang taktau nak kesan. Dah la anak demam panas+ cirit+ muntah+ batuk selesema.

    ReplyDelete
  4. Terima ksh. wp anak kedua, first time anak kena ambik neb. Memang taktau nak kesan. Dah la anak demam panas+ cirit+ muntah+ batuk selesema.

    ReplyDelete
  5. Thnks info... anak saya memang tengah batuk, dah dekat 2 minggu..sebelum ni dah g klinik swasta tp xbaik juga...arini nak g klinik kerajaan pulak.. kesian dia tido xlena sebab batuk..bila xtido okey ler plak aktifnye xde batuk.. tang nafas xperasan pulak, nnt nak tengok...huhuuuu..

    ReplyDelete
  6. Thnks info... anak saya memang tengah batuk, dah dekat 2 minggu..sebelum ni dah g klinik swasta tp xbaik juga...arini nak g klinik kerajaan pulak.. kesian dia tido xlena sebab batuk..bila xtido okey ler plak aktifnye xde batuk.. tang nafas xperasan pulak, nnt nak tengok...huhuuuu..

    ReplyDelete
  7. ank sya baru 2 bln tp simptom sma mcm dlm vidoe..tdi dh kena neb ngan paed.dia kata kahak byk..tkut infection...tp dia bekalkan ubat batuk,kahak n antibitotik..mslhnye injection 2 bln xamik lagi ni..cmne ye..akan ade mslh x???

    ReplyDelete
  8. anak saya kena virus croup last week....bermalam juga di wad untuk pantau perkembangan...

    ReplyDelete
  9. Tq 4 info,bguna sgt2 tuk sy yg 1st bby ni..

    ReplyDelete
  10. Salam kak..anak sy baru 2 bulan lebih. Dr die saru bulan mcm tu ada dgr bunyi mcm kahak.. tp org kata die akn hilang sendiri. Tp bb still ada bunyi kahak ni kdg2 nmpk die mcm nk muntah. Apa patut sy buat ye.. die xde batuk or selsema.

    ReplyDelete
  11. Tq...good info...thumbs up...

    ReplyDelete
  12. Baby baru 13 hari doc bagi ubat batuk selesema dgn ubt titis hdung

    ReplyDelete
  13. Terbaikk...sy br nk g klinik.ni..baby batuk belah mlm.jerk..risau gak..sbb dh 3 4 hr jugak.ni...pg ni bs gtau baby selsema.plak....

    ReplyDelete
  14. Sya nak tanya baby saya .. Baru usia dalam lingkungan 21hari .. Ada kahak tanpa batuk dan selsema .. Sampai menangis malam takboleh tidur , saya rasa mungkin sukar nak nafas atau tak selesa dengan adanya kahak .. So saya pergi farmasi utk cari solution(sebab dah malam) , pakar farmasi bagi ubat cairkan kahak , dengan menanyakan berat baby .. Selepas tolak bahagi .. Dapat dos ubat .. So saya pon bagi pada anak .. Alhamdulillah so far okay sikit dari sblum dia consume ubat tu .. Muntah kahak pon ada .. So pertanyaan saya .. Tak jadi salah kaa utk baby seawal 21hari minum ubat cair kahak tu .. Saya jadi was2 jugak ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...