Pressure cooker ni periuk bertekanan tinggi. Yang saya guna ni brand Philips. Jenis elektrik, bukan yang atas dapur macam mak saya guna. Bagi saya, yang ini lebih mudah dan senang diuruskan.
Jika cara manual, nak rebus tulang tu ambil masa 4-5 jam, tapi bila gunakan pressure cooker ni, campak je semua bahan dalam periuk dan setkan TENDON, cukup 30 minit dah siap. Boleh hidang dah. Pantas kan.
Memang mudah digunakan dan dikendalikan, mengurangkan sepahan di dapur.
Bila beli, ada buku resepi disediakan juga. Rakan saya, Wardah ada tubuhkan support group resepi memasak menggunakan Philips Pressure Cooker (PPC), untuk discover lebih banyak resepi. Ada group di fb, ada juga di telegram. Masing-masing tak lokek berkongsi resepi.
Yang saya pernah cuba dalam PPC ni:
1. Sup tulang
2. Bubur nasi
3. Bubur kacang hijau
4. Bihun goreng
5. Ayam bakar
6. Kek Coklat
Ada banyakkkk lagi resepi dikongsikan yang belum saya cuba.
Sup tulang dalam list no 1, sebab incik husband suka sangatlah sup tulang yang saya buat hehehe
Lepas Aidiladha, SETIAP MINGGU masak sup tulang okey. Risau juga saya, jadi sebelum makan memang saya akan berikan Phytocol ST 2 biji untuk suami telan. Phytocol ni fungsinya halang penyerapan lelemak. Risau la sebab husband ada strong family history heart prob sebelah abah. Jadi saya bantu siap-siap dengan cara ni, dah nak makan sangat kan sup tulang.
Lagi satu saya perasan, sup tulang yang masak guna PPC ni kurang berlemak sket berbanding biasa. Ada yang perasan juga tak?
Lepas bersalin nanti nak try lebih banyak resepi menggunakan PPC.
salam puan... saya tengah survey tentang pressure cooker ni... harap puan dapat berkongsi kemudahan periuk ni.. sebb saya pernh masuk kelas memasak mnggunakan periuk noxa... tapi harganya agak mahal... terima kasih
ReplyDeleteBoleh kongsi resepi guna pc philips
ReplyDeleteBoleh kongsi resepi guna pc philips
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteboleh add saya dlm group fb ppc?
ReplyDeleteboleh add saya dlm group fb ppc?
ReplyDeleteGroup telegram guna periuk ni apa.? Nk join jgak
ReplyDeleteGroup telegram guna periuk ni apa.? Nk join jgak
ReplyDeleteMaafkan saya lama tak masuk blog.
ReplyDeleteGroup di FB pengguna Philip Pressure Cooker. Boleh add sy di fb Hasanah Ahmad. Sy add masuk group.