Wednesday, 28 January 2015

Resepi Kerang Cambo yang Sedap

Wah wah.. Sapa penggemar kerang memang sure meleleh air liur!

Sedap bak hang. Resepi ni ayah saya yang ajarkan masa zaman sek menengah dulu. Ayah memang terer di dapur.

Mudah sangat-sangat tau. Sedap pulak tu. Anda pun mesti cuba. Sesekali tukar resepi baru.

Jom lihat apa bahannya.

1. Kerang
2. Serai
3. Bawang (merah, putih dan bawang besar)
4. Cili
5. Kicap masin
6. Gula
7. Limai nipis

Cara-caranya:

1. Rebuskan kerang dalam periuk. Serai dan bawang putih dititik dan masukkan bersama kerang tadi.

2. Sediakan "sos" kerang pula. Hiriskan nipis dan kecil bawang merah, bawang putih, bawang besar dan cili. Masukkan dalam mangkuk. Masukkan pula kicap masin. Perasakan dengan gula. Tambahkan sedikit air jika kicap masin tu terlalu masin. Perahkan sedikit limau nipis dalam mangkuk berisi bahan-bahan tadi.

3. Bila kerang dah masak, tumiskan bawang dalam kuali hingga naik bau. Kemudian masukkan kerang tadi dan gaulkan bersama bawang yang ditumis. Emmmmm sedapnya bau! Haha..

4. Masukkan sos kicap masin tadi ke dalam kuali. Gaulkan supaya rasa sos kicap masin yang sedap tu meresap dalam kerang. Oh sodap sungguh!

5. Sekejap je buat. Sedia untuk dimakan :)

Wednesday, 21 January 2015

Ruginya Beli Alfalfa Complex!

"Kak, apa produk untuk hilangkan masalah keputihan ye?"
"Shaklee ada produk untuk atasi masalah sembelit tak?"

Soalan itu datang dari seorang pelanggan saya yang membeli. Bila saya cadangkan Alfalfa Compleks, lihat apa jawapannya:


"Alfalfa Compleks boleh ke untuk sembelit kak?"
"Oh, untuk keputihan pun boleh ye?"

Ya, boleh sayang.  Malah banyak lagi kelebihan Alfalfa Compleks ni. Anda TAK RUGI beli Alfalfa Complex ni sebab ia bantu menyelesaikan banyak masalah yang ada pada anda. Anda tak perlu beli 2,3 jenis produk. Ya, 1 botol Alfalfa Complex ini, bersamanya ada manfaat tersembunyi.




Anda beli Alfalfa Complex tapi tak tahu kelebihan lain yang terdapat dalam botol yang anda beli?

Anda RUGI jika membeli Alfalfa Compleks sebelum baca ayat di bawah ini. 

Jom saya kongsikan 15 kelebihan Alfalfa Complex. Anda pasti teruja kerana ia membantu mengatasi banyak masalah anda yang lain :)

1. Meningkatkan penghasilan susu badan
2. Mengawal kandungan gula dalam tubuh agar berada di paras normal
3. Mengawal kandungan kolesterol dalam tubuh
4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5. Menyahkan toksik dari tubuh
6. Mencegah masalah edema (pengumpulan air dalam tubuh)
7. Mengurangkan simptom menopous
8. Mengurangkan keputihan
9. Mengatasi masalah sembelit
10. Membantu dalam masalah gastrik
11. Mengetatkan faraj wanita (bertindak seperti kacip fatimah)
12. Melegakan masalah alergi dan asthma
13. Mengatasi masalah kegatalan
14. Menghilangkan jerawat dan melicinkan kulit
15. Membantu mengawal masalah jangkitan (bakteria/fungus/virus)

Jika anda masih belum memiliki Alfalfa Complex, ayuh rembat segera sementara promosi masih ada. Hubungi saya untuk pembelian BERDISKAUN yang hebat untuk anda.

Hasanah Ahmad
013-2896454

Saturday, 10 January 2015

12 Perkara Perlu Buat Sebelum Berpindah Ketika Banjir

Pengalaman sebagai mangsa banjir penangan BAH KUNING Disember 2014 di Kelantan, kebetulan masa tu saya pulang ke kampung bercuti sementara suami menunaikan umrah. 

Saya nak share beberapa info penting yang perlu dilakukan semasa banjir. 

SEBELUM BERPINDAH


1. Dapatkan maklumat tentang keadaan banjir di kawasan berdekatan. 
- Mesti ambil tahu, kawasan  berdekatan mana yang telah dinaiki air. 

2. Tahu di mana pusat pemindahan berdekatan 
- Sebab pada saat-saat cemas, kita akan menuju ke pusat pemindahan terdekat sekiranya perlu berpindah. 

3. Sediakan bekalan yang mencukupi, termasuk makanan, ubatan, alatan kecemasan seperti lampu suluh dan lilin. 
- semasa banjir, bekalan elektrik diputuskan. Kedai-kedai runcit malah pasaraya besar kehabisan lilin. Bagus jika dapat spare berkotak-kotak lilin. Jangan lupa pula sediakan lighter ya (atau mancis pun boleh la). Kang naya nak nyalakan. 

4. Tutup suis utama elektrik, cabut kepala gas (maaf tak tahu apa istilahnya hehe).

5. Pindahkan perabot, peti ais, mesin basuh, televisyen dan peralatan/dokumen penting lain ke tempat yang lebih tinggi dan selamat. Jika perlu, dokumen penting boleh bawa bersama kita semasa ke pusat pemindahan. Cara ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko kerugian akibat banjir. 

6. Pastikan telefon bimbit dicas sepenuhnya, sediakan power bank dan simcard pelbagai talian seperti (maxis, telco, Digi)
- Masa banjir haritu, Digi dan Telco yang bagus beroperasi. Yang lain takde line. Mesti cas hengpong full dan power bank juga. Masa ketiadaan elektrik, saya cas hengpong dalam kereta.

7. Sebaiknya berpindah semasa di siang hari. Lebih mudah nak lihat dan kenalpasti jalan. 
- Kami berpindah waktu malam. Terpaksa sediakan 1 kayu untuk cucuk kenalpasti di mana longkang dan lopak. Kang jatuh dalam longkang naya pulak. 

SEMASA BERPINDAH

Apa nak bawa ke pusat pemindahan?

Ni berdasarkan pengalaman saya masa berpindah ke pusat pemindahan. Jika ada tambahan boleh komen di ruangan di bawah ye :)

1. Makanan yang mencukupi - yang ni sangat penting. Sebab kita tak tahu berapa lama kita di pusat pemindahan, adakah makanan yang disediakan mencukupi. So baik siap-siap sediakan makanan yang tak perlu dimasak macam roti, biskut, minuman 3 in 1. Kami bawa gas memasak yang kecil semasa berpindah. Hehee..jadi dapatlah masak.  

Inilah rupa dapur gas kecil tu. Portable dan sangat membantu

Kami bawa: 
- air mineral beberapa botol - ni yang buat beg makin berat.
- Roti
- Jem 
- Biskut
- Sardin
- Telur
- Maggi
- Bihun segera

2. Peralatan kecemasan - lilin, lighter, lampu suluh dengan bateri extra, ubat-ubatan asas dan minyak panas (jika perlu)
Bila tiada elektrik, nak ke tandas mengharung air di pusat pemindahan pun kena guna lampu suluh. 

3. Pakaian - pakaian persalinan mesti bawa juga. Bawa dalam 2-3 pasang pun cukup. Jangan lupa juga pakaian dalam. Kalau stay lama di pusat pemindahan, basuh baju dengan air banjir je...sob sob (syahdu betul bila teringat kenangan berpindah semasa banjir) 
Ada yang saya jumpa, bawa baju 1 beg besar. Amboihhhh macam nak pi holiday pula gamaknya. Ahaha..Hadoinya. Dalam masa nak berpindah, nak gelak pun ada. Kami bantu kurangkan barangan yang dibawa. 

4. Bawa bersama sejumlah wang. Ini dapat membantu jika ada kedai yang buka semasa banjir. Kalau takde duit nak beli dengan apa? Dan memang masa banjir, ada kedai yang buka. So dapatlah saya beli sedikit bekalan untuk anak-anak.

5. Dokumen penting - sijil kelahiran, mykad, mykid, lesen memandu, kad ATM, kad kredit..banyaknya nak senarai. Boleh kata segala mak nenek isi dalam purse/wallet boleh bawa bersama kita. Jika dihanyutkan arus, lepas banjir boleh maklum pada polis dan buat baru di JPN, JPJ, bank. Untuk kad-kad ATM/kredit, call bank untuk pembatalan kad jika hilang semasa banjir. 

So far ini yang terlintas apa yang saya lakukan sebelum berpindah masa banjir baru-baru ini. 

Langkah lanjut untuk hadapi banjir ada juga disenaraikan di website ini. Ia dapat membantu kita bersedia lebih awal bila hadapi banjir yang tak terduga. 

Harap sedikit info yang saya kongsikan dapat membantu anda. Moga ktia semua dipelihara Allah dari bala bencana akhir zaman ini dan mengambil iktibar juga hikmah apa yang Allah mahu smapaikan sebenarnya. 

Hasanah 
Facebook: Hasanah Ahmad

Tuesday, 16 December 2014

5 Sebab Utama Wanita Mesti Miliki SCP!

Hai!

Nak tahu?  SCP ni adalah produk idaman setiap wanita. Nak tahu kenapa?


Klik untuk gambar penuh


Anda ada masalah kulit kusam dan tak menarik?
Shaklee Collagen Powder ialah penyelesaian pada masalah anda. Ia melembapkan kulit, melicinkan kulit, menghilangkan kesan parut dan mengembalikan seri wajah anda. Shaklee Collagen Powder adalah kolagen TERBAIK untuk menaikkan seri wajah anda :)

Bila keluar rumah, dah tak perlu bermekap bagai. Cuma sapu bedak nipis sahaja, wajah kelihatan seperti memakai foundation.


wajah berseri dengan collagen powder
Tampil yakin dengan wajah yang berseri
Rasa tak yakin berdepan dengan suami kerana miliki payudara yang lembik dan tidak mantap? 
Anda mesti cuba Shaklee Collagen Powder ini untuk dapatkan hasilnya. Ia sangat membantu untuk menegangkan dan menganjalkan payudara. Rugi jika tak cuba, ramai yang dah cuba Shaklee Collagen Powder dan dah pun merasai kesan yang menakjubkan ini. Payudara adalah aset wanita. Cuba Shaklee Collagen Powder dan tampil yakin dan menarik di hadapan suami :)


Shaklee Collagen tegang dan anjalkan keseluruhan kulit
Shaklee Collagen Powder berkesan untuk menegang dan menganjalkan payudara
Klik untuk gambar penuh

Nak kulit tegang dan anjal seperti baby? 
Penggunaan konsisten selama 8 minggu, anda akan dapat rasai kesan yang luar biasa. Kerana Shaklee Collagen Powder berkesan untuk menyubur dan mengembalikan keanjalan kulit.

Anda ada masalah kulit berjerawat, berparut dan berjeragat? 
Penggunaan Shaklee Collagen Powder terbukti dapat mengatasi masalah kulit yang melanda ramai wanita di luar sana.


Klik untuk gambar penuh

Lihat kulit seorang pengguna setia Shaklee Collagen Powder yang semakin cantik dan bebas jeragat ini! Cantik, tulus, mulus, halus, gebu gitu! Percayalah. Anda takkan menyesal menggunakan Shaklee Collagen Powder, malah akan berasa hebat dan tampil lebih yakin dengan diri sendiri.

Malu Ada Celah-celah Yang Gelap
Keyakinan diri pasti menurun bila bersama suami jika miliki kekurangan seperti celah ketiak mahupun celah kelangkang yang gelap. Percaya tak, Shaklee Collagen Powder BOLEH menghilangkan masalah itu? Ya, ia terbukti!


Klik untuk gambar penuh


Ya, anda PERLUKAN Shaklee Collagen Powder untuk keluar dari masalah anda ini. Rasai kehebatan Collagen Powder seawal 3 hari! Shaklee Collagen Powder telah mencuba ramai wanita untuk dapatkan hasil yang mereka ingini. Takkan anda masih nak menunggu? Rebut peluang ini sementara OFFER masih ada. Nikmati penjimatan lebih 40% untuk pembelian Disember 2014!

Mari saya bantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, berseri, bebas jerawat.

Hubungi saya (SMS/Whatsapp/PM) "OFFER COLLAGEN" untuk dapatkan HARGA RUNTUH dari saya.

Hasanah Ahmad 
013-2896454

Tuesday, 9 December 2014

Tips Elak Ditipu Semasa Pembelian Online

Anda gemar membeli secara online?

Few days saya terbaca berita penipuan online.

Ada seller yang menipu.
Ada juga buyer yang tak jujur.

Inilah risiko buat pembelian online. 

Sedikit tips dari saya untuk mengelakkan penipuan online terutama dari facebook:

1. Beli dengan orang yang diyakini. Lagi bagus bila yang dikenali.
2. Bila nak beli dengan seller yang tak dikenali, skodeng dulu wallnya. Kalau last update seminggu lepas atau 2,3 hari lepas, lupakan je. Berapa friend seller tu ada. Takut itu fake account. Bila dah pm, seller terlalu mendesak suh bank in duit cepat-cepat atas alasan stok tak banyak, promosi hampir tamat, berhati-hatilah. Tak semua yang menipu sebab ayat-ayat tu mungkin betul, mungkin juga teknik lariskan jualan, sekadar berjaga-jaga. If nampak terlalu mendesak untuk duit dimasukkan segera, be extra careful 
3. Bila skodeng wall seller, tengok bagaimana komunikasi seller dengan buyer lain/ruangan komen. Adakah itu seller yang direkemen? Atau seller tu syok sendiri di wall tak kawan dengan orang lain?
4. Sebagai pembeli, jangan terlalu ghairah mengejar harga yang murah. Jangan mudah terpedaya bila harga terlalu murah dari pasaran. Perlu bertanya lebih banyak soalan dan lakukan sedikit kaji selidik. Kadangkala harga yang ditawarkan adalah mengikut harga pasaran tapi after sales service nya tip top, lagi bagus berbanding seller yang jual murah giler tapi mungkin cincai kerjanya. Apapun tak semua seller begini. Ada yang memang bagus. Harga murah, layanan bagus, servis hebat. Thumbs up!
5. Untuk seller pula, minta slip/bukti pembelian dari buyer. Once buyer dah bagi, pastikan anda CEK account betul ke duit masuk pada tarikh dan masa dengan amaun yang betul. Adabjuga kes buyer yang menipu berikan notifikasi melalui emel seller tapi duit dimasukkan ke account orang lain.
6. Bila barang tak dapat diposkan pada hari yang dijanjikan, maklumkan pada buyer untuk mengelakkan salah faham.

Ada rakan pembaca saya nak tambah bagaimana cara nak elakkan terjerat dengan penipuan online?

Saya seorang peniaga online, saya juga seorang pembeli online. Pembelian online banyak memudahkan urusan bagi ibu yang mempunyai anak kecil dan ada kekangan masa untuk keluar shopping.

Saya menjemput anda untuk berkongsi tips ini.

**Tips ini bukan muktamad bahawa anda tidak akan tertipu. Ini sekadar langkah berjaga-jaga. Kita bermohon perlindungan dari Allah agat ditemukan dengan seller dan buyer yang jujur belaka dan mempermudahkan urusan pembelian 

Hasanah 
Trusted Seller :)


Sunday, 7 December 2014

Collagen Mask

Ini adalah masker yang mahal dan berbaloi.

Faedah bila apply Collagen masker ini:
- kulit lebih anjal dan tegang
- kulit semakin lembut
- parut semakin pudar
- bagus untuk kulit wajah lebih awet muda

Bahan yang diperlukan:

1. Shaklee Collagen Powder (SCP) - secubit dua sahaja, bakinya boleh diminum
2. Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Softener
3. Bekas yang bersih

Cara-cara melakukannya:

1. Cuci muka dengan bersih terlebih dahulu. Seeloknya lakukan scrub dahulu untuk membuang sel kulit mati.
2.Tuang sedikit Shaklee Collagen Powder dalam bekas yang bersih.
3. Tuang beberapa titis Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Softener untuk melarutkan Collagen ini. Jika tiada toner Nutriwhite ini, anda boleh gantikan dengan air. Gaulkan hingga Collagen sepenuhnya diserap.
4. Sapu pada keseluruhan muka dan leher.
5. Biarkan selama 20 minit kemudian bilas wajah dengan air sehingga bersih.

Semasa mula menyapu wajah dengan Collagen mask ini, anda akan dapati beberapa saat sahaja kulit wajah akan menegang.

Best sangat bila buat masker ini. Anda ada Collagen Powder? Boleh cuba amalkan 2x seminggu. Sambil minum boleh buat masker juga :)

Hasanah

Thursday, 27 November 2014

Pengalaman Bersalin

Hari ni nak kongsikan pengalaman saya bersalinkan ketiga-tiga anak. Pengalaman setiap anak tak sama, dan setiap kali kontraksi datang, memang perasaan "takut" tu ada. Sampaikan pernah 3 jam sebelum melahirkan anak ketiga, saya ditempelak oleh adik sendiri kerana masih belum mahu ke hospital atas alasan "takut nak bersalin", katanya,"Hai, yang dah 2 kali beranak sebelum ni tak takut ke?"

Hahahaha!

Jemput baca pengalaman saya bersalin 3 orang anak dalam tempoh 5 tahun perkahwinan :)

Anak pertama - Izzat

Mengandungkan Izzat selepas 3 bulan berkahwin. Izzat lahir bulan 14/12/2010. Masa tu seingat saya due 18/12/2010. Seawal 10/12/2010, saya keluar tanda darah bercampur lendir. Saya dah agak tanda kelahiran tak lama dah, asalnya belum mahu ke hospital kerana belum merasai kontraksi, tapi sebab anak sulung,masa tu di rumah mertua dan mereka pun risau, so saya ke hospital juga. Semasa diperiksa di labor room, bukaan baru 1 cm. Dan memang standard bila keluar tanda awal macam tu bukaan 1 cm. Hehee..So kena la admit 1 hari, bila diperiksa esoknya bukaan masih sama dan tiada tanda-tanda kelahiran lagi, saya dibenarkan pulang :)

Selepas 3 hari disharge, suami pun dah habis cuti (suami ambil cuti untuk hantar saya ke kampung, saya ambil cuti awal 1 minggu untuk bersalin di kampung), hari Ahad masih tiada tanda bayi mahu keluar, suami terpaksa pulang ke Lumut untuk bekerja. Dan Isnin saya ada follow up di KKIA (klinik Kesihatan Ibu dan Anak), alhamdulillah everything ok. Isnin tu dah start rasa pinggang makin "berat", rasa serba tak kena. Saya diamkan aje, masa tu dah kembali ke rumah mak sendiri. Tengah malam, lebih kurang jam 11 malam gitu, waktu tu tengah baca novel sambil berbalas sms dengan biras saya, masa tu mula terasa sakit yang amat sangat. Sekejap je. Then release. Bila hilang sakit tu, rasa lega sangat. Saya terkejut sebab sakit tu tiba-tiba. Adik tengah study sebab musim dia tengah exam STPM masa tu, saya menjerit kecil panggil nama dia. "Aku rasa macam nak beranak dah ni", saya beritahu adik. Dia pun teruja sama hahaha..Dia tanya, nak panggil ayah tak? Saya kata tak perlu, biarlah dulu. Kemudian datang rasa nak terkencing, dan nak buang air besar. Kejap-kejap rasa nak kencing, kejap-kejap rasa nak buang air besar. Bila ke tandas takde membuang pun, air kecil ada laa. Dan air kencing bercampur dengan sedikit darah. Darah tak mewarnakan air kencing (bukan hematuria), tapi darah tu nampak macam bebenang je. Masa tu saya dah rasa saat kelahiran semakin dekat.

Lihat jam semasa sakit kontraksi. Ini sangat penting untuk membantu kita kenalpasti kontraksi yang betul. Semasa sakit kontraksi, saya lihat kekerapan ia sama, setiap 15 minit sakit tu datang, kemudian ia semakin kerap, Hinggalah setiap 10 minit ia datang. Mak saya kata, bila kaki makin sejuk macam ais, iya lah tu, tanda semakin hampir.

Jam 12 tengah malam saya dibawa ke hospital oleh mak ayah, terus ke Labor Room, bila diperiksa bukaan 4cm. Staff nurse pasang CTG. Kemudian dipindahkan ke labor room. Bila bukaan dah 8cm pada jam 1 pagi, mak saya dijemput masuk untuk menemani, kerana suami jauh di Lumut masa tu. Masa bukaan 8 cm, sakitnya hanya Allah yang tahu. Bacaan Lailaha Illa Anta Subhanakainni Kuntu Minazzolimin (doa Nabi Yunus) tak putus-putus. Makin kuat kontraksi, makin kuat saya menyebut. 

Alhamdulillah nurse pun baik-baik belaka. 

Saya request nak doktor perempuan. Saya tanyakan pada nurse, ada doktor perempuan, cuma HO (houseman) la. Saya kata takpa. Tak kisah la HO pun. Janji perempuan. Dan rupanya HO tersebut merupakan kenalan saya semasa sekolah rendah! Hihii..

Alhamdulillah jam 1.25 pagi, selamat lahir anak sulung kami. Bila os fully open, bayi dah bersedia untuk keluar, pada masa kontraksi datang, tarik nafas, baca bismillah dan teran sekuat hati. Jangan lepaskan nafas masa meneran. Meneran di punggung, bukan meneran di muka. Ada bezanya tu. Saya akan ceritakan perbezaannya kemudian ye :)

Lupa nak beritahu, bila kontraksi datang (sebelum bukaan penuh), jangan menggenggam apa-apa. Kang tenaga anda habis di situ sahaja!

*****************

Even sekarang dah anak tiga, suami tak pernah berkesempatan masuk. Anak kedua dan ketiga lebih cepat prosesnya. Malah hampir terberanak dalam kereta pun ada! 

Tunggu cerita saya untuk anak kedua dan ketiga ye. Hehee..

Wednesday, 26 November 2014

Rahsia Perut Kempis Seawal 4 hari!

Kami ada rahsia bagaimana mahu mengempiskan perut yang semakin ke depan hanya dalam 4 hari!
Ya. Ini testimoni yang berjaya.

Customer anak didik Shaklee saya membuktikannya. Bukan beliau seorang sahaja. Puluhan lagi telah berjaya dengan Set Slimming Shaklee ini.

Gabungan Herblax dan Lecithin sangat membantu untuk:

- mengempiskan perut
- mengatasi masalah sembelit
- menurunkan berat badan
- mengurangkan inci tubuh

Nak tahu? Rata-rata customer yang mencuba set ini memberi komen:

- peha tak lagi bergesel bila berjalan. Pedih tau! Set ini banyak membantu.
- seluar semakin longgar selepas amalkan set ini
- sekarang tiada lagi masalah lama di toilet kerana sukar membuang. Lawasss je rasanya!


Hubungi ratu Slimming Set Shaklee ini untuk order :)

Beliau boleh dihubungi melalui facebook atau whatsapp di 012-228 5798.



Setiap pembelian melalui adik Dilla yang comel ini, saya pasti anda akan mendapat konsultasi sebaik mungkin, dan dapat TIPS-TIPS SPECIAL untuk melangsingkan badan. 

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan rahsia istimewa ini :)






Monday, 24 November 2014

Pengajaran kisah Mah: Kerana Aku Juga Seorang Mah!

Selepas tersebar kisah pengakuan suami Mah yang curang, pelbagai kontroversi datang menyinggah. Saya tak pernah ulas di facebook saya sebelum ni semasa kisah tu tengah hot. Hari ni, saya terpanggil nak menyuarakan pandangan saya sebagai seorang isteri.

Anda tak tahu kisah ini? Saya pernah kongsikan kisah glamor ini. Jemput baca ye :)

Bila baca kisah tersebut, memang nampak terang jelas malah bersuluh, salahnya suami Mah kerana berzina. Dan banyak persoalan dilontarkan, kenapa baru berterus terang selepas 6 tahun?

Sebagai seorang isteri, saya agak terguris dengan kisah ini. Minta dijauhkan kita semua dari kisah seperti ini yang sangat menghiris hati.

Memang suami Mah bersalah, malah melakukan dosa besar. Ya, zina merupakan dosa besar. Suami Mah ada banyak yang perlu diperbaiki.

Lupakan sebentar dosa dan salah suami Mah, kerana di sini saya mahu terangkan tentang pengajaran di sebalik kisah yang penuh iktibar.

Seperti saya katakan tadi, bukan saya tak terkesan, tidak terasa hati, saya sangat berkecil hati dengan kisah ini, tapi sebagai wanita, bila cerita seperti ini sampai ke pendengaran, tak mahukah kita ambil iktibar darinya?

Kisah ini saya lihat penuh dengan 1001 pengajaran untuk kita kutip. Jom kita semak apakah iktibar itu:

1. Komunikasi antara suami isteri sangat penting.
Bukan komunikasi biasa, tapi "bicara dari hati ke hati". Kita boleh hidup 10 tahun sebagai suami isteri, tapi adakah kita bahagia? Tepuk dada tanya diri sendiri. Jom periksa dalam rumahtangga masing-masing. Suami nak ke tempat kerja, kita sediakan sarapan, jemput suami makan, bersalam sebelum ke tempat kerja, suami pulang kita hidangkan air, malam layan suami makan dan tonton TV. Pasti ada perbualan. Tapi perbualan itu tak sama dengan bicara dari hati ke hati ini. Sungguh saya jadi takut bila masa bersama suami banyak di"langha"kan dengan handphone masing-masing. Ambil waktu untuk berjauhan dengan handphone semasa bersama suami. Buat mereka yang jalankan bisnes online yang hampir 24jam dengan telefon seperti saya, moga kita semua istiqamah. Waktu bersama suami (suami tengah makan, kita makan bersama, if perlu jaga anak, temankan anak, jauhkan telefon). sama juga masa suami tengah tengok TV. Bila berbincang dari hati, kita tanyakan suami jika ada kekurangan kita yang perlu kita perbaiki. Silapnya ramai isteri malu nak mengaku dan malu bila suami beritahu kekurangan itu. Contoh suami tegur perut makin berisi, janganlah buat-buat tak faham pula. Rajin-rajin amalkan senaman, nak lagi bagus amalkan produk untuk kempiskan perut. Jika nak produk Shaklee untuk kempiskan perut, boleh tanya saya ye :)

2. Kerapkan solat berjemaah bersama suami.
Saya sangat memahami kekangan masa kerana bekerja, kita tak dapat berjemaah bersama suami. Solat berjemaah antara suami isteri, akhiri dengan zikir dan istighfar bersama, insya Allah saya sangat yakin Allah akan memelihara sebuah rumahtangga yang menjaga agamaNYA.

3. Perbaiki diri dari semasa ke semasa
Selain dari bicara dari hati ke hati dengan suami di atas tadi, bagus sangat kalau kita isteri koreksi semula diri kita. Apa yang tak kena? Apa yang kurang? Janganlah ego dan sombong tak kena tempat untuk selamatkan sebuah rumahtangga. Tak salah, malah banyak untungnya jika kita sanggup turunkan ego kita, kecilkan diri kita dan lihat suami "BESAR". Dulu saya pernah dengar ustaz ustazah kata, hadis Nabi ada menyebut (saya tak pasti yang mana sanadnya), jika seorang manusia boleh bersujud pada manusia lain, akan aku perintahkan seorang isteri bersujud pada suaminya. Lebih kurang gitu laa hadisnya. Dari sini, ambil pengajaran untuk perbaiki diri kita dan menjadikan kita special di mata suami. Jangan selalu syok sendiri berasa disayangi, dicintai suami kerana hakikatnya mungkin tak sama. Jika sebelum ni 4 tahun berkahwin setiap hari makan di luar kerana tak pandai masak, apa salahnya belajar memasak untuk memenangi hati suami. Jika sedar diri muka berjerawat penuh di muka, apa salahnya baiki diri dengan rawat muka. Nak bagus, boleh guna set kecantikan yang meletup hebat ini. Kulit takde jerawat? Apa kata haluskan lagi tekstur kulit dengan Collagen terbaik. Jika rasa hubungan kelamin agak hambar, cubalah Alfalfa untuk bantu hangatkan lagi hubungan bersama suami. Ia mungkin nampak remeh pada sesetengah orang, tapi jangan lupa, banyak kes perceraian yang berlaku kerana tiada kepuasan semasa hubungan kelamin. Alfalfa Shaklee sangat membantu untuk ini.

4. Tingkatkan ketrampilan diri
Saya pernah terbaca dalam satu majalah rumahtangga lama dahulu, semasa di rumah, elakkan memakai t shirt dan berkain batik kerap sangat. Dan jangan sesekali memakai baju tidur kaftan (orang panggil baju tidur "kelawar" tu). Kenapa ek? Cuba kita berfikri logik, jika seorang suami boleh tergoda dengan perempuan lain di luar yang berpakaian ketat, seksi, kenapa tidak kita begitu semasa di rumah? Mungkinkah suami boring dengan "pemandangan" yang sama sahaja selama 5 tahun berkahwin? Cuba ubah penampilan diri kita. Pakai baju tidur seksi ke, pakai baju ketat semasa di rumah ke. Yang penting dalam rumah tu tiada yang bukan muhrim la, dan if tinggal bersama mertua, jangan la pulak berpakaian macam tu kan. Pepandai laa adjust.  Rajinkan diri ke spa, belai diri dengan masker, dan scrub tubuh, buang bauan yang tak enak pada tubuh. Suami mungkin tak beritahu kita (atau tak mengaku even ditanya), tapi sebagai isteri kita kena kreatif dalam hidup berumahtangga.

5. Banyakkan senyuman
Perasan tak, semasa bekerja, kita mudah lemparkan senyuman pada sesiapa sahaja, pada rakan sekerja, pada bos, pada klien. Tapi di rumah, dengan suami yang dimuliakan Allah ini, kita tunjukkan wajah keletihan, muka masam. Tak adil untuk suami kan. Saya pun sedang perbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Banyakkan senyuman dalam rumahtangga, dan elakkan bercakap tentang kekurangan, perbezaan, dan seumpamanya kerana ia menatijahkan sakit hati, dendam dan benci. Banyakkan berterima kasih dan senyum biarpun apa yang dilakukan "kecil" pada mata kita, contoh suami tolong belikan barang dapur, tak salah ucapkan "Terima kasih, abang" tanda kita sangat menghargai usahanya. Terkadang benda-benda kecil seperti ini ramai yang terlepas pandang, malah kita sendiri pun suka dihargai kan. Hargai pasangan dahulu, baru kita akan dihargai :)

6. Amalkan memeluk suami setiap hari
Saya pernah mendengar DMFK dalam TV berkata, suami yang memeluk isteri selama 10 saat akan bertambah usia selama 5 tahun. Maksudnya bila berpelukan, kita dapat rasa ketenangan. Amalkan memeluk suami setiap hari. Bila berpelukan dengan suami, kita rasa lebih yakin dan lebih disayangi kan. Kasih sayang kita pun mengalir pada suami. Kang sepanjang ke tempat kerja teringat-ingat pada isteri di rumah. Tak rugi sesen pun bila peluk suami sendiri. Cubalah amalkan!

Semoga tips-tips yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada semua :)

Bab lelaki/suami, mereka perlu belajar perbaiki diri dengan cara lain. Tentang peranan kita? Itulah yang kita kena ubah atau pertingkatkan. Dan entry ini membicarakan sebahagiannya.

Kenapa saya kisah?
Kerana saya juga seorang -MAH, surirumah bekerjaya!
Saya mahu sentiasa wangi, terurus, bijak dan sempurna di mata suami :)

Semoga semua yang membaca ini dapat menjadi isteri yang solehah dan kesayangan suami masing-masing. Semoga Allah memelihara rumahtangga kita semua dari ujian yang tidak kita ingini. Ameen.

Jika anda ada pengalaman/pandangan boleh kongsikan di ruangan komen untuk pengajaran kita bersama :)

Terima kasih atas kesudian membaca entry ini :)

Hasanah Ahmad
Your Parenting Partner

Sunday, 23 November 2014

Pengakuan Suami Yang Curang

Saya kongsikan di sini cerita yang pernah dimuatkan di berita Sinar Harian. Kisah ini mendapat puluh ribuan like, malah dikongsikan berkali-kali. Yalah, sebagai wanita, saya sangat memahami perasaan seorang isteri bila hadapi situasi sebegini. 

Pada anda yang belum pernah membaca kisah Mah yang popular ini, jemput baca..

***********************************************

Pagi ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga.Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami.


Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar...

Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria... malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak.

Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan...

Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.

“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”

Ya ALLAH... saya terduduk dengan pengakuan itu... kenapa janda? kenapa bukan anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya... apa salah saya? air mata mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas menepis.

Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA.

Ya... Saya ingin mengadu... air mata saya mengalir laju walaupun sedang solat dan mengaji. Usai solat dan berdoa suami merebahkan kepalanya di ribaan saya. Dia merangkul pinggang saya dan mencium telapak tangan saya berkali-kali.

Dia minta saya ampunkannya kerana menengking saya sebentar tadi. Dia akui terlalu marah kerana saya mendesak dan menjerit kepadanya.

Ya ALLAH, sesungguhnya lebih pada jerit ingin saya lakukan... S-aya ingin menetak suami dengan parang! Tapi saya tiada kekuatan. Hati saya hancur luluh. Saya kuatkan hati untuk bertanya...

“Berapa kali?”

“Banyak...”

“Sejak bila?”

“Sejak Mah mengandung Adan...”

Ya ALLAH... enam tahun lalu... kini Adan dah ada dua adik...

“Tak kahwin?”

“Tidak... abang sayangkan Mah...”

“Sayang?”

“Ya...”

“Ini tanda sayang?”

Soalan saya terbiar tanpa jawapan...

Saya tidak memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti kebiasaan dia bermanja dengan saya. Mata ini tidak berkedip. Saya melempar pandangan kosong ke dinding. Hati saya bungkam. Air mata tak mahu berhenti...

Minta terus terang

Saya minta suami terus terang kekurangan saya. Jika masih sayangkan perkahwinan kami dan mahu saya terus di sisinya, saya mahu tahu, apa kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan saya. Suami menggelengkan kepala sesungguh hati. Mengongoi macam budak kecil. Dia seakan tahu yang saya mahu keluar dari rumahnya.

“Sepuluh tahun abang... sepuluh tahun Mah tertipu dengan permainan abang. Mah sangka rumah tangga kita aman dan bahagia. Rupanya Mah yang berangan-angan di rumah sendiri... abang tak bahagia dengan Mah... Abang cari lain-

“Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik... tak ada kurang satu pun... Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang Mah. Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang...”

Saya mengangguk. Saya tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai ke bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu saya menangis di sisi anak-anak yang enak tidur. Entah bila saya terlelap langsung tak pasti.

Subuh lagi saya sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak. Saya kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan anak-anak kami cuba berlagak biasa.

Menjadi rutin, sebelum dia keluar menghantar anak ke sekolah saya bersalaman dan dia mengucup dahi saya; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, saya palingkan muka. Saya tak mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi saya yang setia. Air mata melurut lagi.

Surat jadi penyebab

Saya tutup pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang bertindih gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya.

Dan isi surat suami, betul-betul buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya. Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.

Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik... yang baik... dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa...

Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat... abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan.

Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf...

Mah...

Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.

Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.

Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang.

Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung... kaki Mah bengkak dengan lemak... badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya.

Abang lemah tengok Mah lemah... Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?

Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah.

Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu?

Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan... dan Mah terimalah dengan lapang hati.

Mah... Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit.

Abang minta ampun. Abang menyesal... Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang... abang tidak mampu menghalang.

Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang... abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman.

Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam... abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam... abang merayu...

****************************************************


Saya akan kongsikan pula pandangan dari luar kotak untuk kisah ini. Jeng jeng jeng...


Hasanah 

Senyummmmm je baca :)

*Entry asal dari Sinar Harian.

Sunday, 16 November 2014

Sabarlah, ibu!

Tengok pada gambar ni, kadangkala datang rasa sedih.

Saya kadangkala ada la juga begini. Yang ni bergaduh, yang ni menangis. Memang agak stress juga dibuatnya kan.

Bila fikir dengan logik, kesian anak-anak bila dimarah, diherdik, ditengking. Saya bukanlah tak pernah marah anak, ada juga tapi under control la. Saya sangat kasihan melihat anak kecil yang penuh kesan lebam sana sini pada anggota badan dicubit ibu/bapa.

Bila marah anak, berusahalah untuk kontrol diri kita. Jangan turutkan sangat nafsu. Kadang-kadang kita marah bukan sebab nak beri pengajaran atau didikan, sebaliknya untuk puaskan hati kita je kan. Dapat lepaskan geram kita atas kenakalan anak-anak. Saya akui ini.

Alaa..kita kecik-kecik dulu pun nakal jugak kan. Entah-entah lebih teruk lagi kan hehee.. Sekarang alhamdulillah saya belajar untuk kontrol diri agar tak keterlaluan marahkan anak.

Nak tahu apa yang saya amalkan sekarang?

Tips saya dalam mendidik anak:
- Jangan biarkan anak menangis hingga tertidur
- Mesti peluk anak selepas dimarahi/ditegur
- Jelaskan kepadanya kenapa dia kena marah dan apa yang dia sepatutnya buat
- Bila si adik tidur, beri perhatian pada yang sulung sepenuhnya. Main susun kereta sama-sama, main kuda-kuda, menulis/mewarna, mengaji Quran dan lain-lain. Dengan ini dia rasa kita sayang dia sungguh-sungguh.

Sebab anak-anak dia kadangkala nakkan perhatian, maka dia express kan perasaannya dengan mengganggu adik yang masih bayi, menumpahkan air, pecahkan pinggan nasi dan macam-macam lagi. Dia cuma nak kita belai dia seperti yang kita buat pada adik yang masih kecil. Yalah, nak cakap tentang kasih sayang, dia tak tahu nak sebut tapi itulah yang dia mahukan.

Saya bukanlah tak marah anak langsung. Secara peribadi, bagi saya marah sikit-sikit takpa, cuma jangan sampai pukul anak kecil. Kang jadi kes dera pula. Dan jangan dibiasakan sangat marah-marah anak kecil, nanti mereka membesar dengan kurang keyakinan diri sebab dari kecil didikan dari keluarga "buat apa pun salah".

"Marah bukan kebencian, tapi tanda sayang"

Hasanah
Ibu pada 3 anak yang riang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...