Wednesday, 19 February 2014
Izzat dah berjaya potty training!
Beberapa kali terbabas, terkencing atas lantai, dalam seluar, atas karpet.
Bukan mudah tau nak mendidik anak 1 tahap ke hadapan, mereka sangat pandai dan cepat belajar. Jadi kenapa kita pulak yang cepat nak mengalah kan bila anak terbabas hehe..
Berkali-kali saya explain pada Izzat, "nak cing gtau ibu tau". "Ok", jawab Izzat. Sudahnya atas karpet tu jugak dia tersasar.
Berikut sedikit panduan untuk ibu-ibu muda untuk melatih anak ke tandas pada peringkat awal.
1) Semasa mandikan anak, ajar anak membuang air kecil dengan menyebut "syhhh syhhh". Ini permulaan untuk melatih mereka mengawal pundi kencing.
2) Latih anak beberapa jam sehari untuk permulaan. Contoh selepas mandi pagi dari jam 10 pagi hingga 2 petang. Kemudian boleh panjangkan masa latihan ke 6 petang.
3) Bila anak tidur, pakaikan diapers atau gunakan pengalas kalis air agar tak basah tilam.
4) Sebelum anak tidur, selepas selesai minum susu, bawa dia ke tandas untuk buang air kecil dulu. Jadi bila dia tidur kita dapati diapers kering selepas bangun dari tidur.
5) Permulaan membuka diapers, para ibu bapa mesti alert dengan jam. Bawa anak gi tandas setiap 30 minit hingga 45 minit untuk seminggi pertama sehingga dia pandai mengawal pundi kencing (pandai menahan kencing).
Macam saya, hari-hari pertama saya bawa gi tandas setiap 30 minit. Walaupun bila kita tanya dia kata tak nak kencing, bawak jugak. Karang naya nak kena mop 1 rumah pulak. Selepas beberapa hari dia dah pandai kontrol sket, setiap 45 minit- 1 jam. Bila dah 2 minggu setiap jam bawa gi tandas, dia dah pandai tahan kencing. Kekadang sampai 2-3 jam. Masuk jam yang ketiga mula laa dia terkinja-kinja terlompat-lompat tak tertahan dah. Hahaha...Izzat memang lawak bab nih.
Sekarang kalau dia nak buang air kecil, dia sendiri pergi tandas, cuci sendiri, bilas kaki dan basuh tangan sendiri. Memang saya ajar cenggitu. Bukan setakat basuh xxxx je tapi kaki kena bilas sama. Air kencing terpercik ke kan mana tau.
Ok makcik penat nak taip dah. Mesti korang yang ada anak sebaya 2-3 tahun nak tau kan bila masa yang sesuai untuk mem"potty training"kan anak.
Itu nanti makcik citer dalam entry lain pula ya.
Lupa nak habaq. Pengalas kalis air yang boleh menyerap air kencing tu kalau korang nak beli boleh calling je untuk dapatkan harga yang jauh lebih murah dari pasaran :)
Salam sayang,
Hasanah Ahmad
013-2896454
SMS/Whatsapp
Monday, 17 February 2014
Kelas Shaklee
Semalam selesai menganjurkan kelas Product Knowledge untuk anak didik bisnes.
Kami sama-sama berkongsi ilmu. Tetamu jemputan yang diundang khas untuk sesi sharing kali ini sungguh sangat dalam pengetahuannya, tidak lokek berkongsi ilmu bersama kami.
Walaupun telah setahun lebih menyertai Shaklee, tetapi saya sangat dahagakan pengetahuan, lebih banyak kelas yang saya hadiri, berasa bertambah tak tahu, dan saya perlu lebih banyak belajar untuk lebih banyak memberi dan berkongsi dengan ramai orang.
Inilah kami, walaupun berbisnes secara online, tapi mereka yang menjalankan secara offline tidak dilupakan.
Kelas bimbingan bukan sahaja diadakan dari dalam talian (online) tetapi juga wujud secara offline.
Insya Allah selepas ini misi membantu lebih ramai anak didik bisnes untuk maju ke hadapan.
Ingin sertai kami?
Hubungi saya di bawah jika berminat mendapatkan penerangan lanjut.
Salam sayang,
Hasanah Ahmad
023-2896464
SMS/Whatsapp
Saturday, 15 February 2014
Pengalaman Berharga Master Celebration
Alhamdulillah.
Hari ini menghadiri Master Celebration adik beradik saya, Master Farihah. Beliau ibarat seorang kakak, yang banyak mendidik dan membimbing kami dalam bisnes.
Saya suka hadir MASCEL ini kerana terlalu banyak input berguna juga cas-cas positif yang dikutip sepanjang program.
Bila berada bersama mereka yang berjaya, follow step mereka yang dah berjaya, maka nak ke tak nak, kita pun TERPAKSA berjaya sama.
Untuk berjaya, mesti ada TARGET. Buatlah apa pun, kalau takde target tak kemana akhirnya.
Banyak lagi info berguna yang diperoleh, saya kongsikannya di group tertutup bisnes kami.
Anda ingin menyertai kami menjana pendapatan bersama Shaklee?
Mari saya ajarkan.
Hanya dengan pendaftaran RM75 sahaja seumur hidup, anda boleh mendapat pendapatan yang tak pernah anda sangkakan!
Sertai kami hari ini dan temui insan hebat di sini!
Salam sayang,
Hasanah Ahmad
013-2896454
Friday, 14 February 2014
Ibu menyusu? Jangan Ambil Alfalfa!
****************************
Baru-baru ini agak kecoh juga, memandangkan Januari adalah bulan promosi Alfalfa. Maka Alfalfa harganya MENJUNAM, amat murah sekali.
Apa yang kecoh tu?
Alfalfa ada fungsi detoks, iaitu proses menyingkirkan toksin. Toksin ini perlu disingkirkan dari badan. Dan dikatakan jika seorang ibu menyusu mengambil alfalfa untuk membantu dalam penyusuan mahupun untuk kesihatannya, toksin itu akan mengalir dalam susu lalu disalurkan pada bayi.
Agak lawak juga sebenarnya kenyataan ini.
Maka kerana itu anda takut mengambil alfalfa?
Jom baca di bawah.
Perkumuhan ialah proses di mana organ perkumuhan menyingkirkan bahan buangan (bahan toksik) dari tubuh.
Organ perkumuhan manusia yang terlibat untuk membuang bahan kumuh ini ialah:
1) Ginjal - menyingkirkan air, garam mineral dan urea melalui pembuangan air kencing.
2) Kulit - menyingkirkan air, garam mineral dan urea melalui perpeluhan
3) Peparu - menyingkirkan karbon dioksida dan wap air melalui hembusan nafas
Kenapa perlunya perkumuhan ini?
- Penyingkiran urea dapat mengelakkan kita jatuh sakit kerana urea yang tinggi boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan.
- Penyingkiran garam mineral berlebihan dapat mengekalkan kandungan garam secara normal dalam badan.
- Peyingkiran air yang berlebihan dapat mengekalkan suhu badan yang normal.
- Penyingkiran karbon dioksida dapat mengawal pH darah (keasidan darah).
Saturday, 21 December 2013
Anak rapat dengan pemberi kasih sayang, bukan pemberi makan!
Tuesday, 17 December 2013
Join Bisnes? Istikharah paling tepat!
Sebenarnya ada 2 cara bagaimana mahu memulakan bisnes ini.
1. Membayar yuran keahlian seumur hidup sebanyak RM75, atau
2. Menyertai dengan pakej bisnes dengan pembelian barangan lebih kurang RM650 (bersamaan 200 uv/point) dan mendapat free membership.
Wah..sungguh saya tak sangka bahawa nak join Shaklee ni tak perlu modal yang besar!
Sebab banyak yang saya dengar dari rakan-rakan, nak buat bisnes kena buat loan bank bagai..oh no!
Lain sungguh bagai dikata.
Saya tertarik dengan pilihan kedua kerana saya jimat RM75, hanya beli produk, dapat point dan dapat bonus. Terus boleh mulakan bisnes dengan mudahnya :)
Sebulan saya lakukan solat sunat Istikharah. Mohon petunjuk Allah untuk lorongkan saya ke jalan yang dia redhai. Jika bisnes ini adalah yang terbaik untuk saya, untuk keluarga saya, untuk kerjaya saya, untuk agama saya, izinkan saya bermula dan berjaya dengannya.
Setelah sebulan saya berfikir dan menimbang baik buruk menjalankan bisnes ini, akhirnya saya membuat keputusan.
Shaklee adalah syarikat nutrisi yang gah dan no 1 di US. Malah telah 50 tahun bertapak. Membaca profile syarikat sangat meyakinkan dan tidak goyah.
Ya, saya mahu sign up. Dengan pakej bisnes untuk mendapatkan penjimatan RM75!
Anda mahu membaca dari awal bagaimana saya bermula?
Sila klik link di bawah:
http://imnah03.blogspot.com/2013/12/bagaimana-saya-bermula-dengan-shaklee.html
Terima kasih kerana membaca :)
Monday, 9 December 2013
Bagaimana Saya Bermula Dengan Shaklee
Salam sayang,
Hasanah
~ Hidup Luar Biasa!
******************************************
Thursday, 14 November 2013
Menyusukan Irfan!
Itu bukan halangan.
![]() |
Selepas bersalin, saya terus memerah untuk ransang pengeluaran susu. Di samping menyusukam si comel, saya juga memerah sekadar untuk stimulate supaya susu lebih cepat keluar.
Alhamdulillah, semasa mula memerah hari kedua bersalin, susu hanyalah sedikit. Saya teruskan memerah tanpa hiraukan amaun yang dapat. Lama kelamaan, alhamdulillah susu semakin banyak bila saya kerapkan penyusuan dan memerah. Saya mengamalkan Set Penyusuan Shaklee selepas sahaja bersalin, bersama dengan Set Berpantang Shaklee.
Set penyusuan ini membantu memperbanyakkan susu dan membuatkan susu ibu lebih pekat. Hasilnya, bayi lebih kenyang dan tidur lebih lama. Maka semasa bayi tidur, saya boleh memerah untuk membuat stok semasa bekerja.
Sekarang saya hanya memerah 1-2x sahaja sehari. Belum start dengan jadual mengepam exclusive lagi.
Jadual ini EXCLUSIVE saya berikan kepada semua customers yang membeli Set Penyusuan dari saya.
_____________________
Hasanah Ahmad
Your breastfeedimg partner
013-2896454
Bersalin Dengan Shaklee
Friday, 13 September 2013
Tips Memudahkan Urusan Rumahtangga
Pengorbanan seorang ibu itu besar, sama-samalah kita mendidik hati, dijauhi dari sifat mengeluh apatah lagi berasa kerja-kerja ini membeban dan menyusahkan.
Selamat mencuba!
Monday, 2 September 2013
PCOS dan kehamilan
Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur menghidap PCOS.
Tanda utama gejala PCOS ialah:
- Tiada ovulasi
- Ovari bengkak dan mengandungi cyst-cyst kecil di dalamnya
- Berat badan berlebihan
- Simptom teruk seperti lebihan bulu pada muka dan keguguran rambut
- Haid tidak teratur atau tiada ovulasi
- Tahap hormon androgen yang tinggi
- Policystic ovari
Sunday, 26 May 2013
Vitamin untuk Meningkatkan Potensi Hamil
******************************
By: Healthylife (facebook page)
1. GLA - Untuk keseimbangan hormon wanita, dan meningkatkan kualiti cecair serviks supaya lebih subur dan berkualiti agar sperma dapat berenang lebih jauh dan sampai ke destinasi.
2. Vitamin E - Anti oksidan yang hebat untuk memastikan sperma yang dihasilkan lebih berkualiti dan tahan lama. Vitamin E Shaklee dilengkapi dengan selenium untuk membantu kesihatan jantung dan meningkatkan pengeluaran hormon seks dan membantu pergerakan sperma yang lebih tangkas.
3. Zink - Meningkatkan penghasilan sperma yang lebih berkualiti dan tahan lasak serta dapat berenang lebih jauh ke dalam ovum.
4. Vitalea - Multivitamin yang membekalkan tenaga supaya sperma yang dihasilkan lebih sihat dan bertenaga
5. Vitamin B - Mengandungi asid folic yang penting untuk perkembangan fetus
Vitamin untuk Meningkatkan Potensi Hamil
******************************
By: Healthylife (facebook page)
1. GLA - Untuk keseimbangan hormon wanita, dan meningkatkan kualiti cecair serviks supaya lebih subur dan berkualiti agar sperma dapat berenang lebih jauh dan sampai ke destinasi.
2. Vitamin E - Anti oksidan yang hebat untuk memastikan sperma yang dihasilkan lebih berkualiti dan tahan lama. Vitamin E Shaklee dilengkapi dengan selenium untuk membantu kesihatan jantung dan meningkatkan pengeluaran hormon seks dan membantu pergerakan sperma yang lebih tangkas.
3. Zink - Meningkatkan penghasilan sperma yang lebih berkualiti dan tahan lasak serta dapat berenang lebih jauh ke dalam ovum.
4. Vitalea - Multivitamin yang membekalkan tenaga supaya sperma yang dihasilkan lebih sihat dan bertenaga
5. Vitamin B - Mengandungi asid folic yang penting untuk perkembangan fetus
Thursday, 23 May 2013
Vivix Shaklee Terbaik di Pasaran
Resveratrol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat. Ia penting untuk melawan pembentukan kanser dalam tubuh.
Haa..sebab tu orang pakat-pakat rebut promosi Vivix ni, untuk jaga kesihatan. Jaga dari sekarang, esok-esok badan masih kuat walaupun dah berusia.
Jom intai apa lagi manfaat Vivix ni untuk kesihatan kita :)
• Membantu meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan
• Membantu peningkatan metabolisme
• Membantu mengekalkan kesihatan sistem kardiovaskular
• Membantu mengurangkan risiko pembekuan darah
• Boleh membantu mencegah masalah jantung dan strok
• Membantu badan mengekalkan sistem imun yang sihat
• Satu antioksidan yang kuat yang membantu melawan radikal bebas berbahaya
• Membantu menggalakkan panjang umur
• Dapat membantu dalam kehilangan berat badan (slimming)
• Membantu mengurangkan keradangan
• Membantu mengekalkan tahap kolesterol yang sihat
• Membantu menggalakkan paras gula darah yang sihat
Haa..memang Vivix berupaya melambatkan kesan penuaan, tapi bukan setakat itu sahaja tau!
Dengan rumusan 4 ramuan utama ini, Vivix sememangnya hebat dan menjadi supplement anti ageing terbaik di dunia!
Haa..kalau nak dapatkan harga promosi Vivix yang super dooper murah, lekas SMS/Whatsapp saya di 013-289 6454 untuk diskaun hebat!
Thursday, 2 May 2013
Power Pumping - Tips Booster susu Ibu
![]() |
| Teknik Power Pumping |
Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik ini juga dipanggil hyperstimulation, teknik ransangan untuk memperbanyakkan lagi susu ibu.
Ada para ibu yang melakukannya setiap hari untuk mengekalkan penghasilan susu yang banyak.
Ada yang memilih melakukan pada hujung minggu/hari cuti. Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk membantu anda memperbanyakkan susu, dan menggantikan waktu mengepam yang tertinggal pada hari-hari lain.
Berapa lama boleh lihat hasilnya?
Beri badan masa untuk biasakan diri dengan teknik power pumping, dan lihat hasilnya selepas seminggu anda melakukan teknik ini. Insya Allah, akan ada hasilnya dan berterusanlah melakukannya untuk maintainkan pengeluaran susu.
Jika anda punyai masalah/perlukan konsultasi/pertanyaan mengenai penyusuan susu ibu, saya boleh dihubungi di talian/SMS/Whatsapp: 013-289 6454.
Insya Allah, saya cuba membantu setiap dari anda untuk berjaya dalam penyusuan :)
Tuesday, 12 February 2013
B Complex Shaklee yang unik!
Teringat pada Anuar Zain yang tidak miss ambil vitamin B Complex yang lengkap.
Inilah rupanya B Complex Shaklee!
Kenapa saya katakan ia istimewa?
Kerana ciri-ciri vitamin B yang terbaik mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh badan.
Jom intai apa itu.
- B1- Thiamine
- B2- Riboflavine
- B3- Niacine
- B5- Panthothenic acid
- B6- Pyridoxine
- B7- Biotin
- B9- Folic acid
- B12- Cobalamin
- Vitamin B adalah larut air, jadi ia mesti sentiasa diganti
- Mudah musnah pada suhu yang tinggi, termasuklah proses memasak
- Kandungan gula yang tinggi dalam makanan boleh menghabiskan B complex
- Pengambilan alkohol memusnahkan kandungan B Complex
- Penggunaan antibiotik, ubat penenang, pil tidur dan racun serangga memusnahkan B Complex
- Pengambilan pil perancang meningkatkan keperluan B Complex
- Stress memusnahkan B Complex
Wednesday, 30 January 2013
Panduan Memilih Breastpump
Sebagai meraikan rakan-rakan yang bertekad nak breastfeed baby anda, saya bawakan khas entri ini. Entri ini berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan saya yang turut bf baby mereka.
1. Bila nak beli breastpump (BP)?
Oppss..seeloknya saya cadangkan beli sebelum bersalin, kerana jika anda beli lepas bersalin, sure nak minta husband belikan ye dak..dibuatnya beli BP yang tak menepati citarasa..karang bukan susu yang keluar, tapi air mata pulak..hahaha :)
Untuk membuatkan pembelian anda berbaloi, jom ikuti celoteh saya berkenaan pemilihan BP.
Apa ciri-ciri BP yang bagus?
1. BP yang bagus sepatutnya mempunyai sedutan seperti bayi, ala-ala "sedut dan ada getaran gitu"..bukan yang "tarik, lepas, tarik, lepas".yang jenis no 2 ni memang sakit. Setengah yang tak tahan, akan bertukar BP seperti saya :) BP yang sedutannya seperti bayi menyelesakan dan tidak menyakitkan. LAgi satu yang saya nak masukkan dalam ni, sifat BP itu mestilah "mencengkam", bukan "tangkap lepas", kalau yang tangkap lepas tu bila guna rasa breast tak kosong pun, jadi proses pengepaman seolah-olah sia-sia dan membazir masa. BP yang mencengkam dengan baik dapat bantu anda mengosongkan breast dengan efektif, cara ini dapat memperbanyakkan susu.
2. Lihat pula ketahanan BP tu, adakah ia sesuai untuk kekerapan anda mengepam. Saya memang pengepam tegar, sehari boleh mencecah 5x-8x pam (dulu)..hahaha..jadi saya memang perlukan BP yang heavy duty. Kalau tidak, memang BP pun cepat rosak sebab motornya tak tahan, asyik kena gi hantar servis je la jawabnya. Jadi jika anda adalah suri rumah (aikkk, housewife pun kena pam jugak ke? Okes..ini saya ada entri yang hebat tentang ni.), maka BP yang sesuai cukuplah yang manual/bateri yang bukan untuk heavy duty motornya tu.
3. Pilih jenis yang memudahkan kerja anda, manual atau elektrik atau bateri? Saya sendiri memilih BP yang boleh berfungsi untuk ketiga-tiga jenis di atas, atau sekurang-kurangnya elektrik dan bateri. Jika ingin mengepam di tempat yang tiada electric sources, makan anda boleh gunakan bateri. Of course BP manual sesuai digunakan di mana-mana tetapi kalau untuk orang macam saya, saya sentiasa nak cepat dan multi-tasking, sambil pam sambil buat kerja, kerana itulah saya perlukan BP yang fleksibel.
4. Tengok pada BP yang anda nak pilih, adakah ia menghasilkan bunyi yang kuat atau jenis "senyap". BP yang silent adalah satu bonus kerana orang sebelah pun tak sedar, "rupanya member sebelah aku ni tengah mengepam"..hahaha..ia memang terjadi pada saya. It worth, berbaloi!
5. Single BP atau double BP? Soalan ni glamour sangat, jika anda mempunyai masa yang agak limited untuk mengepam, pam pun terkejar-kejar nak cepat aje, macam doktor kat tempat kerja saya laa..memang anda sangat memerlukan double BP. Memiliki single BP pun boleh, tapi bergilir-gilir pam. Kekadang sebelah susu dah menitis pun.
6. Bajet. Part ni yang dulunya saya mengalah beli pam yang harga murah tu, sebab terfikir sayangnya nak beli pam yang mahal-mahal (sebenarnya bukan la mahal pun, masih dalam kemampuan lagi, cuma rasa terketar jugak tangan nak keluarkan duit sedebuk untuk beli BP yang harga beratus). Itulah kesilapan saya. Jadi, saya nasihatkan kawan-kawan yang ingin membeli BP, investlah pada pam yang berkualiti dan dalam bajet anda. Ada beberapa seller pam mengadakan kutu untuk pembelian pam, atau time discount, boleh intai-intai BP idaman anda. Ingat, BP yang murah bukanlah bermakna tak bagus, ia mungkin kurang sesuai kerana sedutannya, bunyi, jemis manual dan lain-lain, dan BP yang mahal bukanlah penentu anda dapat susu banyak..kuantiti susu bergantung pada bagaimana corak pengepaman anda. Ada saya kongsikan tips memperbanyakkan susu dan rahsia saya memperoleh lebih 40 oz susu sehari.
7. Ringan atau berat? Sesetengah orang tak kisah kelek pam yang boleh tahan beratnya ke sana ke mari. Tapi saya memilih BP yang ringan supaya mudah dibawa ke mana sahaja. Jika anda hanya mengepam di meja kerja dan statik, maka BP yang berat atau ringan mungkin bukan satu isu.
8. Spare part, yang ni saya letakkan last sekali kerana kebanyakan BP yang dijual (jenama glamour) ada spare part di kebanyakan butik barangan bayi. Melainkan anda beli BP yang tak berapa glamour, kat kedai pam pun jarang-jarang yang ada, itu memang problem besar tambah lagi bila kedai yang ada jual tu, spape partnya out of stock pula..hahaah..jadi nasihat saya belilah BP yang anda yakini dan senang didapati.
Sekadar itu yang dapat saya share dalam entri ini. Insya Allah saya akan update info dari semasa ke semasa.
Terima kasih kerana membaca perkongsian ini. Sebarang cadangan boleh komen di bawah ya.
~~~Happy Breatfeeding~~~
Tuesday, 22 January 2013
Rangkaian Penjagaan Wajah bersama NutriWhite
Apa kata mereka yang telah mencubanya?
Best kannnn..tak sabar pula nak try semua sekali nih..nanti saya dah try kesemuanya saya beri testi sendiri pula ya. Setakat ni saya baru guna 3 produk. Memang sangat berpuas hati. Kesan yang setanding jenama lain yang berharga jauh lebih mahal.
Sunday, 20 January 2013
Pencuci baru saya!
Rindu mahu mencoret di blog sendiri..ahahaha..
Saya sebenarnya baru beberapa hari menggunakan pencuci muka Nutriwhite dari Shaklee ini. Nyata, hasilnya sangat memuaskan. 1 tiub Gentle Deep Foaming Cleanser tahan berbulan-bulan, daripada testimoni yang saya temui, kebanyakannya tahan 10-12 bulan. Wow!! 1 pencuci tahan setahun.
Selain menggunakan cleanser, saya juga menggunakan Soothing Radiance Whitening Softener. Ini merupakan toner yang sangat menyegarkan. Saya sukeee :)
Alhamdulillah, setakat yang saya cuba ini, kesannya memang terbaik. Yang cleanser tu, picit sikit je kat tapak tangan, tapi buihnya, memang power la. Kecil-kecil cili padi pulak..hahaha :)
Satu lagi produk yang bakal saya beli dalam tempoh terdekat ini adalah Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15. Tak sabar pula nak tambah rangkaian penjagaan kulit muka dengan Nutriwhite ni.
3 produk ini adalah produk asas jika anda mahu menggunakan Nutriwhite secara berdikit-dikit, jika tak nak cuba pelbagai lagi produk Nutriwhite, gunalah yang 3 ini, pasti memadai :)
Nak dapat hasil ayng mengagumkan! Jom cuba Nutriwhite.
Wednesday, 16 January 2013
Uruskan rambut bersama Shaklee
Saya saja cuba sebab memang ada rambut gugur..Bila guna Nourishing Scalp Treatment tu memang saya salute la. Sebab tu saya nak add syampu ni. Memang power laa kesannya. Nanti saya update ya bagaimana tahap keguguran rambut saya yang dulu amat kritikal.
Inilah Revitalizing Shampoo yang saya maksudkan.
Bagusnya syampu ini;
- Ia mengandungi humektan yang bertindak melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
- Memiliki sistem pembersih yang lembut dan berpaten (emmm,..patut laa rambut jadi lembut semacam nih)
- Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu mengeringkan atau melembapkannya.














