Monday, 24 November 2014
Pengajaran kisah Mah: Kerana Aku Juga Seorang Mah!
Anda tak tahu kisah ini? Saya pernah kongsikan kisah glamor ini. Jemput baca ye :)
Bila baca kisah tersebut, memang nampak terang jelas malah bersuluh, salahnya suami Mah kerana berzina. Dan banyak persoalan dilontarkan, kenapa baru berterus terang selepas 6 tahun?
Sebagai seorang isteri, saya agak terguris dengan kisah ini. Minta dijauhkan kita semua dari kisah seperti ini yang sangat menghiris hati.
Memang suami Mah bersalah, malah melakukan dosa besar. Ya, zina merupakan dosa besar. Suami Mah ada banyak yang perlu diperbaiki.
Lupakan sebentar dosa dan salah suami Mah, kerana di sini saya mahu terangkan tentang pengajaran di sebalik kisah yang penuh iktibar.
Seperti saya katakan tadi, bukan saya tak terkesan, tidak terasa hati, saya sangat berkecil hati dengan kisah ini, tapi sebagai wanita, bila cerita seperti ini sampai ke pendengaran, tak mahukah kita ambil iktibar darinya?
Kisah ini saya lihat penuh dengan 1001 pengajaran untuk kita kutip. Jom kita semak apakah iktibar itu:
1. Komunikasi antara suami isteri sangat penting.
Bukan komunikasi biasa, tapi "bicara dari hati ke hati". Kita boleh hidup 10 tahun sebagai suami isteri, tapi adakah kita bahagia? Tepuk dada tanya diri sendiri. Jom periksa dalam rumahtangga masing-masing. Suami nak ke tempat kerja, kita sediakan sarapan, jemput suami makan, bersalam sebelum ke tempat kerja, suami pulang kita hidangkan air, malam layan suami makan dan tonton TV. Pasti ada perbualan. Tapi perbualan itu tak sama dengan bicara dari hati ke hati ini. Sungguh saya jadi takut bila masa bersama suami banyak di"langha"kan dengan handphone masing-masing. Ambil waktu untuk berjauhan dengan handphone semasa bersama suami. Buat mereka yang jalankan bisnes online yang hampir 24jam dengan telefon seperti saya, moga kita semua istiqamah. Waktu bersama suami (suami tengah makan, kita makan bersama, if perlu jaga anak, temankan anak, jauhkan telefon). sama juga masa suami tengah tengok TV. Bila berbincang dari hati, kita tanyakan suami jika ada kekurangan kita yang perlu kita perbaiki. Silapnya ramai isteri malu nak mengaku dan malu bila suami beritahu kekurangan itu. Contoh suami tegur perut makin berisi, janganlah buat-buat tak faham pula. Rajin-rajin amalkan senaman, nak lagi bagus amalkan produk untuk kempiskan perut. Jika nak produk Shaklee untuk kempiskan perut, boleh tanya saya ye :)
2. Kerapkan solat berjemaah bersama suami.
Saya sangat memahami kekangan masa kerana bekerja, kita tak dapat berjemaah bersama suami. Solat berjemaah antara suami isteri, akhiri dengan zikir dan istighfar bersama, insya Allah saya sangat yakin Allah akan memelihara sebuah rumahtangga yang menjaga agamaNYA.
3. Perbaiki diri dari semasa ke semasa
Selain dari bicara dari hati ke hati dengan suami di atas tadi, bagus sangat kalau kita isteri koreksi semula diri kita. Apa yang tak kena? Apa yang kurang? Janganlah ego dan sombong tak kena tempat untuk selamatkan sebuah rumahtangga. Tak salah, malah banyak untungnya jika kita sanggup turunkan ego kita, kecilkan diri kita dan lihat suami "BESAR". Dulu saya pernah dengar ustaz ustazah kata, hadis Nabi ada menyebut (saya tak pasti yang mana sanadnya), jika seorang manusia boleh bersujud pada manusia lain, akan aku perintahkan seorang isteri bersujud pada suaminya. Lebih kurang gitu laa hadisnya. Dari sini, ambil pengajaran untuk perbaiki diri kita dan menjadikan kita special di mata suami. Jangan selalu syok sendiri berasa disayangi, dicintai suami kerana hakikatnya mungkin tak sama. Jika sebelum ni 4 tahun berkahwin setiap hari makan di luar kerana tak pandai masak, apa salahnya belajar memasak untuk memenangi hati suami. Jika sedar diri muka berjerawat penuh di muka, apa salahnya baiki diri dengan rawat muka. Nak bagus, boleh guna set kecantikan yang meletup hebat ini. Kulit takde jerawat? Apa kata haluskan lagi tekstur kulit dengan Collagen terbaik. Jika rasa hubungan kelamin agak hambar, cubalah Alfalfa untuk bantu hangatkan lagi hubungan bersama suami. Ia mungkin nampak remeh pada sesetengah orang, tapi jangan lupa, banyak kes perceraian yang berlaku kerana tiada kepuasan semasa hubungan kelamin. Alfalfa Shaklee sangat membantu untuk ini.
4. Tingkatkan ketrampilan diri
Saya pernah terbaca dalam satu majalah rumahtangga lama dahulu, semasa di rumah, elakkan memakai t shirt dan berkain batik kerap sangat. Dan jangan sesekali memakai baju tidur kaftan (orang panggil baju tidur "kelawar" tu). Kenapa ek? Cuba kita berfikri logik, jika seorang suami boleh tergoda dengan perempuan lain di luar yang berpakaian ketat, seksi, kenapa tidak kita begitu semasa di rumah? Mungkinkah suami boring dengan "pemandangan" yang sama sahaja selama 5 tahun berkahwin? Cuba ubah penampilan diri kita. Pakai baju tidur seksi ke, pakai baju ketat semasa di rumah ke. Yang penting dalam rumah tu tiada yang bukan muhrim la, dan if tinggal bersama mertua, jangan la pulak berpakaian macam tu kan. Pepandai laa adjust. Rajinkan diri ke spa, belai diri dengan masker, dan scrub tubuh, buang bauan yang tak enak pada tubuh. Suami mungkin tak beritahu kita (atau tak mengaku even ditanya), tapi sebagai isteri kita kena kreatif dalam hidup berumahtangga.
5. Banyakkan senyuman
Perasan tak, semasa bekerja, kita mudah lemparkan senyuman pada sesiapa sahaja, pada rakan sekerja, pada bos, pada klien. Tapi di rumah, dengan suami yang dimuliakan Allah ini, kita tunjukkan wajah keletihan, muka masam. Tak adil untuk suami kan. Saya pun sedang perbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Banyakkan senyuman dalam rumahtangga, dan elakkan bercakap tentang kekurangan, perbezaan, dan seumpamanya kerana ia menatijahkan sakit hati, dendam dan benci. Banyakkan berterima kasih dan senyum biarpun apa yang dilakukan "kecil" pada mata kita, contoh suami tolong belikan barang dapur, tak salah ucapkan "Terima kasih, abang" tanda kita sangat menghargai usahanya. Terkadang benda-benda kecil seperti ini ramai yang terlepas pandang, malah kita sendiri pun suka dihargai kan. Hargai pasangan dahulu, baru kita akan dihargai :)
6. Amalkan memeluk suami setiap hari
Saya pernah mendengar DMFK dalam TV berkata, suami yang memeluk isteri selama 10 saat akan bertambah usia selama 5 tahun. Maksudnya bila berpelukan, kita dapat rasa ketenangan. Amalkan memeluk suami setiap hari. Bila berpelukan dengan suami, kita rasa lebih yakin dan lebih disayangi kan. Kasih sayang kita pun mengalir pada suami. Kang sepanjang ke tempat kerja teringat-ingat pada isteri di rumah. Tak rugi sesen pun bila peluk suami sendiri. Cubalah amalkan!
Semoga tips-tips yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada semua :)
Bab lelaki/suami, mereka perlu belajar perbaiki diri dengan cara lain. Tentang peranan kita? Itulah yang kita kena ubah atau pertingkatkan. Dan entry ini membicarakan sebahagiannya.
Kenapa saya kisah?
Kerana saya juga seorang -MAH, surirumah bekerjaya!
Saya mahu sentiasa wangi, terurus, bijak dan sempurna di mata suami :)
Semoga semua yang membaca ini dapat menjadi isteri yang solehah dan kesayangan suami masing-masing. Semoga Allah memelihara rumahtangga kita semua dari ujian yang tidak kita ingini. Ameen.
Jika anda ada pengalaman/pandangan boleh kongsikan di ruangan komen untuk pengajaran kita bersama :)
Terima kasih atas kesudian membaca entry ini :)
Hasanah Ahmad
Your Parenting Partner
Sunday, 23 November 2014
Pengakuan Suami Yang Curang
Pagi ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga.Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami.
Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar...
Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria... malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak.
Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan...
Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.
“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”
Ya ALLAH... saya terduduk dengan pengakuan itu... kenapa janda? kenapa bukan anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya... apa salah saya? air mata mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas menepis.
Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA.
Ya... Saya ingin mengadu... air mata saya mengalir laju walaupun sedang solat dan mengaji. Usai solat dan berdoa suami merebahkan kepalanya di ribaan saya. Dia merangkul pinggang saya dan mencium telapak tangan saya berkali-kali.
Dia minta saya ampunkannya kerana menengking saya sebentar tadi. Dia akui terlalu marah kerana saya mendesak dan menjerit kepadanya.
Ya ALLAH, sesungguhnya lebih pada jerit ingin saya lakukan... S-aya ingin menetak suami dengan parang! Tapi saya tiada kekuatan. Hati saya hancur luluh. Saya kuatkan hati untuk bertanya...
“Berapa kali?”
“Banyak...”
“Sejak bila?”
“Sejak Mah mengandung Adan...”
Ya ALLAH... enam tahun lalu... kini Adan dah ada dua adik...
“Tak kahwin?”
“Tidak... abang sayangkan Mah...”
“Sayang?”
“Ya...”
“Ini tanda sayang?”
Soalan saya terbiar tanpa jawapan...
Saya tidak memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti kebiasaan dia bermanja dengan saya. Mata ini tidak berkedip. Saya melempar pandangan kosong ke dinding. Hati saya bungkam. Air mata tak mahu berhenti...
Minta terus terang
Saya minta suami terus terang kekurangan saya. Jika masih sayangkan perkahwinan kami dan mahu saya terus di sisinya, saya mahu tahu, apa kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan saya. Suami menggelengkan kepala sesungguh hati. Mengongoi macam budak kecil. Dia seakan tahu yang saya mahu keluar dari rumahnya.
“Sepuluh tahun abang... sepuluh tahun Mah tertipu dengan permainan abang. Mah sangka rumah tangga kita aman dan bahagia. Rupanya Mah yang berangan-angan di rumah sendiri... abang tak bahagia dengan Mah... Abang cari lain-
“Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik... tak ada kurang satu pun... Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang Mah. Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang...”
Saya mengangguk. Saya tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai ke bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu saya menangis di sisi anak-anak yang enak tidur. Entah bila saya terlelap langsung tak pasti.
Subuh lagi saya sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak. Saya kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan anak-anak kami cuba berlagak biasa.
Menjadi rutin, sebelum dia keluar menghantar anak ke sekolah saya bersalaman dan dia mengucup dahi saya; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, saya palingkan muka. Saya tak mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi saya yang setia. Air mata melurut lagi.
Surat jadi penyebab
Saya tutup pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang bertindih gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya.
Dan isi surat suami, betul-betul buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya. Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.
Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik... yang baik... dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa...
Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat... abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan.
Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf...
Mah...
Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.
Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.
Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang.
Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung... kaki Mah bengkak dengan lemak... badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya.
Abang lemah tengok Mah lemah... Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?
Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah.
Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu?
Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan... dan Mah terimalah dengan lapang hati.
Mah... Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit.
Abang minta ampun. Abang menyesal... Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang... abang tidak mampu menghalang.
Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang... abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman.
Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam... abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam... abang merayu...
****************************************************
Saya akan kongsikan pula pandangan dari luar kotak untuk kisah ini. Jeng jeng jeng...
Hasanah
Senyummmmm je baca :)
*Entry asal dari Sinar Harian.
Sunday, 16 November 2014
Sabarlah, ibu!
Tengok pada gambar ni, kadangkala datang rasa sedih.
Saya kadangkala ada la juga begini. Yang ni bergaduh, yang ni menangis. Memang agak stress juga dibuatnya kan.
Bila fikir dengan logik, kesian anak-anak bila dimarah, diherdik, ditengking. Saya bukanlah tak pernah marah anak, ada juga tapi under control la. Saya sangat kasihan melihat anak kecil yang penuh kesan lebam sana sini pada anggota badan dicubit ibu/bapa.
Bila marah anak, berusahalah untuk kontrol diri kita. Jangan turutkan sangat nafsu. Kadang-kadang kita marah bukan sebab nak beri pengajaran atau didikan, sebaliknya untuk puaskan hati kita je kan. Dapat lepaskan geram kita atas kenakalan anak-anak. Saya akui ini.
Alaa..kita kecik-kecik dulu pun nakal jugak kan. Entah-entah lebih teruk lagi kan hehee.. Sekarang alhamdulillah saya belajar untuk kontrol diri agar tak keterlaluan marahkan anak.
Nak tahu apa yang saya amalkan sekarang?
Tips saya dalam mendidik anak:
- Jangan biarkan anak menangis hingga tertidur
- Mesti peluk anak selepas dimarahi/ditegur
- Jelaskan kepadanya kenapa dia kena marah dan apa yang dia sepatutnya buat
- Bila si adik tidur, beri perhatian pada yang sulung sepenuhnya. Main susun kereta sama-sama, main kuda-kuda, menulis/mewarna, mengaji Quran dan lain-lain. Dengan ini dia rasa kita sayang dia sungguh-sungguh.
Sebab anak-anak dia kadangkala nakkan perhatian, maka dia express kan perasaannya dengan mengganggu adik yang masih bayi, menumpahkan air, pecahkan pinggan nasi dan macam-macam lagi. Dia cuma nak kita belai dia seperti yang kita buat pada adik yang masih kecil. Yalah, nak cakap tentang kasih sayang, dia tak tahu nak sebut tapi itulah yang dia mahukan.
Saya bukanlah tak marah anak langsung. Secara peribadi, bagi saya marah sikit-sikit takpa, cuma jangan sampai pukul anak kecil. Kang jadi kes dera pula. Dan jangan dibiasakan sangat marah-marah anak kecil, nanti mereka membesar dengan kurang keyakinan diri sebab dari kecil didikan dari keluarga "buat apa pun salah".
"Marah bukan kebencian, tapi tanda sayang"
Hasanah
Ibu pada 3 anak yang riang :)
Sunday, 9 November 2014
Tanda-tanda Anak Mengalami Autisme
Apakah itu autisme?
Apakah tanda-tanda kanak-kanak yang mengalami autisme?
Anak Tak Sihat?
Selain golongan di atas, Siapa lagi yang memerlukan Omega Guard ini?
- Ibu hamil dan ibu menyusu - DHA dan EPA yang terdapat dalam Omega Guard ini membantu perkembangan otak bayi yang lebih bagus
- Mereka yang sedang berdiet - Omega Guard merupakan PEMBAKAR LEMAK terbaik untuk membantu menurunkan berat badan
- Anak kecil - membantu perkembangan otak yang lebih baik dan kanak-kanak lebih pintar
Friday, 7 November 2014
Tubuh Mudah Letih Semasa Menyusu?
Dengan kerja-kerja rumah, kerja pejabat, kadangkala diri keletihan.
Perlunya vitamin unutk ibu menyusu, bukan untuk menambahkan kuantiti susu ibu semata-mata, tapi memberikan ibu kesihatan yang lebih baik, tubuh yang lebih segar dan cergas.
Vitamin yang dicadangkan untuk ibu yang menyusu ialah seperti di bawah:
Wednesday, 5 November 2014
Percutian ke Sarawak
![]() |
| Selamat landed di airport Kuching |
Tuesday, 4 November 2014
Resdung Semakin Lega!
PROMOSI NOVEMBER: Omega Guard
Peluang Melancong Bersama Shaklee!
Baru je tadi chek emel, ada emel dari Shaklee untuk trip Umrah dan Istanbul pada Disember nanti.
Terima kasih daun keladi. Tahun depan kami join lagi. Hehehe..
Saya hadiahkan pada suami tersayang trip Umrah dan percutian 6 bintang ini. Tanda terima kasih atas sokongan yang tak berbelah bahagi pada saya dalam sepanjang saya buat bisnes Shaklee ni.
Yalah. Tanpa sokongan, restu dan bantuan dari suami, seorang isteri tak mampu nak pergi lebih jauh.
Terima kasih suamiku!
Banyak lagi kelebihan yang Shaklee berikan. Ini hanyalah sebahagian kecil dari excitement kami di Shaklee. Shaklee menawarkan program 3C - cash, car dan convention. Alhamdulillah, sepanjang berbisnes ini, saya berpeluang merasai ketiga-tiga manfaat yang best ini!
Peluang yang Shaklee berikan terbuka kepada semua yang melepasi syarat. Syaratnya?
Paling mudah, be part of us!
Ayuh bersama kami. Saya tunjukkan jalannya!
Saya boleh dihubungi melalui facebook atau Whatsapp saya di 013-2896454.













