Monday, 21 November 2016

Bercuti Ke Pulau Langkawi (Part 2)

Okey ini sambungannya... 

Waktu petang kami santai di tepi pantai Cenang,  suami bawa anak sulung, Izzat 6 tahun dan no 3 Irfan 3 tahun main air pantai. 

Malam tu masa dinner dalam bilik hotel. Anak sulung saya mengadu gatal kaki. Saya tengok kakinya dah merah,  bengkak. Dia tak cakap sakit,  cuma gatal.  Boleh berjalan dan main seperti biasa.  

So kami tak gi klinik lagi malam tu.  Sapu herbal blend dulu.  

Cellulitis 

Esoknya baru gi klinik.  Mungkin terkena gigitan binatang, obor-obor mungkin.  Doktor prescribe ubat tahan sakit,  krim sapu dan antibiotik.

Pagi keesokan harinya (hari kedua), lepas checkout dari Best Star Resort,  kami ke Oriental Village untuk naik kereta kabel (skycab). On the way ke sana,  kami singgah di tepi jalan untuk breakfast. 

Lebih kurang jam 9.45 pagi kami sampai di Skycab. Since dah print voucher lebih awal,  jadi sampai sana terus ke kaunter khas untuk tukarkan voucher pada pass masuk.

(Edited: Ni haa link jika nak beli tiket kereta kabel secara online.  Bukan kereta kabel je,  tapi museum 3D,  duck tour,  6D cinema,  ah macam-macam lagi.  Korang bukak la web tu ye hihii. Dah beli nanti,  print voucher tu SEBELUM KORANG GI LANGKAWI dan tukarkan pada pass masuk di kaunter khas)

Masa tu orang tak ramai sebab masih awal. 
Jadi dapatlah kami naik cepat sket tak perlu beratur panjang 😍

Dapat je pass,  terus masuk ikut line dia.  
Tonton movie dulu.  3D ke 5D movie dah lupa,  dia bawak kita bermain dengan imaginasi seolah-olah kita sedang menaiki roller coaster.  Memang cemas,  mendebarkan,  semua ada.  Hihii adrenaline rush sungguh!

Sedikit gambar di cable car.  Berkabus lagi Hihii   




Turun dari skycab, pengunjung dah mulai ramai, barisan beratur dah mulai panjang ke belakang. Hihiii mujur kitorang dah selesai naik cable car. 

 Then kami ke museum 3D umtuk dapatkan pass masuk.  Pun tak perlu beratur panjang, since saya dah beli siap-siap voucher secara online,  saya ambil COMBO B (skycab 3D museum).  Harganya dewasa RM57,  kanak-kanak 2 tahun ke atas RM40.



Kat museum 3D ni budak-budak memang suka sangat.  Tahu tahu je depa cemana nak posing bagai.  

Jom layan gambar.  









Cantik sungguh lukisan kan.  Maha suci Allah yang beri kreativiti pada manusia sampai boleh lukIs macam ni, memang nampak hidup dan timbul. 

Selesai aktiviti di Oriental village, ikutkan plan asal nak ke Bird Paradise & Wildlife Park,  tapi mertua beri suggestion nak tengok pameran zaman Tun Mahathir.  Maka bersahabat dengan google la saya mencarinya hihii

Galleria Perdana rupanya! 

Ok since ada masa,  terus ke Galleria Perdana. 

Sunyi. 
Sepi. 
Tiada pengunjung. 
Tiada kenderaan. 

Mertua saya kata,  orang muda tak minat benda sejarah macam ni 🙈

Kat kereta kabel beratur orang.  Kat Galleria Perdana sunyi sepi.  Lepas kami masuk,  ada 1 lagi family muda husband & wife dan anak kecil sebaya anak kami.  Jadi cuma ada 2 keluarga je dalam Galeria yamg besar bertingkat tu! 

Kalau korang pun mungkin tak masuk senarai kot hikhil 





Keluar dari Galleria Perdana,  alas perut dulu dam terus ke Kuah untuk check in.  

Di sinilah episod bermula.  

Hotel ni saya book melalui Agoda.  
Nampak menarik,  luas dan selesa. Dekat dengan pekan. 

Rupa-rupanya,  indah khabar dari rupa 🙈

Saya sambung kemudian ye.  
Kena tenangkan hati dulu sebelum kembali mencoret hehee 

Untuk mereka yang berhajat ke Pulau Langkawi cuti sekolah nanti, entry ini mungkin boleh membantu untuk plan perjalanan korang muahaha 

Nantikan sambungan PART 3 later. 
See u soon 

Thanks for reading 😂

Thursday, 17 November 2016

Bercuti Ke Pulau Langkawi (Part 1)

Setelah 3 minggu baru berkesempatan nak coretkan kisah percutian baru-baru ni.  

Ada yang ternanti ke hihii

Okeh straight pada ceritanya.. 

Sehari sebelum ke Langkawi, saya buat confirmation dengan pihak hotel dan kereta sewa, untuk sekian kalinya hihii (2x je sebenarnya). 

Yelah kang dah book awal tup tup sampai hotel takde nama la apa la,  tak ke naya tu. So make sure uols buat confirmation tau. 

Dari Kelantan,  kami ke Kuala Perlis terlebih dahulu dan tumpang di rumah ibu saudara sebelah suami (kami panggil Mok Su Za).  

Keesokan paginya suami awal pagi keluar ke jeti untuk beli tiket feri.  

Kami dijadualkan naik feri jam 10.30 pagi. Perjalanan feri dari Kuala Perlis-Langkawi mengambil masa 1 jam 15 minit.  

So dah ada anggaran waktu tiba di terminal jeti Langkawi,  saya terus menghubungi owner kereta sewa yang kami dah booking sebelum ni.  Maklumkan jangkaan masa tiba.  Jadi taklah nanti kita ternanti kat sana kan 😍

Jadi jam 10 pagi kami bertolak ke terminal jeti Kuala Perlis. Oh ye,  sila berada di jeti 15 minit sebelum waktu yang tertera di tiket feri korang tau.  Untuk mengelakkan kelewatan, kelam kabut malah kemungkinan terlepas feri kikikii


Suami dan mertua 


Sampai je di jeti Langkawi,  saya maklumkan pada Encik Muhammad (owner kereta).  Masa tengok kereta tu suami saya cakap,  "wahhh kereta baru ni" 

Heheee.. Kami dapat grand livina seperti yang dijanjikan dan terus bayar baki duit kereta RM140 (deposit rm140 kami dah bayar masa booking). Mujur dah bayar siap2 setel masa ambil kereta.  Fuhhhhh... Nanti entry last tentang langkawi ni saya ceritakan sebabnya hihii

Review tentang kereta ni ada saya tulis dalam entry sebelum ni.  Recommended sangat untuk siapa nak ke Langkawi berurusan dengan encik Muhammad. 

Dapat je kereta,  suami gi dapatkan dulu peta langkawi. Boleh dapat free je. Jeng jeng jeng. Dah dapat kereta sedap la berjalan kannnn hehe

Keluar je dari jeti di pekan Kuah, kami gi makan tengah hari dulu,  sebab dah tengah hari kan. 

Lepas makan kami terus menuju ke Pantai Cenang untuk ke Underwater world tengok hidupan laut. 

Tiket Underwater world boleh beli di kaunter. Kebiasaannya orang tak terlalu ramai.  
Untuk warga emas,  mereka ada diskaun khas. Kat kaunter takde mention harga untuk warga emas.  Kita mesti maklumkan masa beli tiket.  Boleh jimat kat situ hihii..yang ni saya tahu pun dari bacaan kat blog mana ntah.  Jadi moralnya di sini banyakkan membaca hihii 

Sedikit gambar kami di Underwater World 

 
Sempat tengok feeding session (singa laut dan penguin) 

Tengok singa laut beraksi memang best!


Ma kata: Subhanallah Maha Kaya Allah comey la ikan-ikan ni

Keluar dari Underwater World,  kami check in kat hotel yang dah book lebih awal, Best Star Resort,  bilik kami ni dalam blok tepi pantai cenang.  Kalau bukak tingkap kat bilik tu boleh la nampak pantai. Tapi hotel ni takde balkoni yang kita boleh keluar je bilik tu nampak pantai, macam kat AB motel bilik yang beachside view.  Asalnya nak boking AB motel tapi dah penuh.  Maklumlah kami pergi tu time peak season (cuti deepavali 5 hari). 

Best Star Resort pun tak kurang bestnya. Turun je bangunan, jalan keluar sikit dah jumpa pantai.  Tak perlu lintas jalan.  Mertua pun suka hotel tepi pantai.  Asalnya ma nak jenjalan tepi pantai juga,  tapi sebab kesihatan ma yang sedikit terjejas masa tu, ma banyak berehat kat bilik je. 


 

Ni la Best Star Resort. Keluar je hotel terus jumpa pantai.  Boleh la kami suami isteri bercanda di tepi pantai cenang hihii 


 
 
Baru ingat nak tunggu sunset tapi tak kesampaian kahkahkah

Sebab perlu beli makanan untuk dinner kami.  
Malam tu kami takde aktiviti.  Santai bersama keluarga hihii

Oh ye,  kami booking 2 buah bilik (connecting room).  Jadi seronok la anak-anak kecil kami ke sana ke mari hahaha 

Review saya tentang hotel ni,  quite okey, bilik pun luas,  takde nak komen sangat. Cuma pool dia agak kecil (almaklum pantai depan tuuuu je hahah), dan nak mandi pool kena pakai slimming suit.  Maka anak saya tengok je la pool dia sebab memasing takde slimming suit.  Tak gamak ibu nak kasi anak terjun kolam dengan seluar dalam jek erkk

Sedikit panduan bajet kami untuk HARI PERTAMA PERCUTIAN KE LANGKAWI

* Tiket feri RM80
* Kereta sewa Grand Livina 7 seat RM280
* Tiket Underwater World RM130
* Hotel untuk 2 bilik (connecting room) RM338 (booking melalui agoda,  jadi saya bayar masa booking) 
Total RM828 tidak termasuk makan minum.

Nampak banyak kan kos di sini.  Tapi bukan sekaligus duit keluar camtu.  Ada yang dah bayar lebih awal contoh deposit kereta dan bilik hotel. Jadi takde la terasa sangat kan duit mengalir bagai air kikikii

Eh maaf syok bercerita terpanjang pulak entry ni! 

Entry 2 yang banyak peristiwa haru biru.  

Soon saya akan coretkan insya Allah.  

Moga bermanfaat untuk mereka yang akan ke Pulau Langkawi 😍

Friday, 4 November 2016

Persediaan Bercuti ke Pulau Langkawi


Pada 31 Oct - 2 Nov 2016 yang lepas, kami sekeluarga bercuti ke Pulau Langkawi.  

Macam biasa sebelum bercuti ke mana-mana,  husband memang selalu bagi task kat saya untuk buat A-Z preparation.  Boss drive je - tu pun dah syukur boss sudi bawak kitorang bercuti kikiii 🙈

Jadi ada la beberapa persediaan yang saya buat.  

Sebenarnya trip ni kali kedua saya ke Langkawi.  Kali pertama 4 tahun lepas. Masa tu 2 orang anak.  Kali ni ke Langkawi dengan suami,  4 orang anak dan mak mertua.  

Ok meh la saya nak share sikit planning yang saya buat.  Mungkin bermanfaat untuk anda yang pertama kali nak gi Langkawi kan hihii 

1. Download peta Pulau Langkawi 

Aah ni yang saya buat mula-mula sekali.  Heheeee 

Sebab nak tentukan tempat-tempat menarik yang nak dilawati terlebih dahulu,  tempat penginapan dsb. 

2. Tentukan tempat penginapan

Saya pilih 2 hotel untuk percutian 3D2N ni.  Hari pertama saya pilih penginapan di tepi pantai Cenang, Best Star Resort.  Hari kedua saya pilih Citin Hotel di pekan Kuah. 

Ok cakap bab hotel ni kan,  pilih la ikut bajet dan keselesaan masing-masing. Saya booking siap-siap melalui agoda. Lepas booking,  saya call hotel untuk buat confirmation.  Dan sehari sebelum ke Langkawi saya call hotel sekali lagi.  

Saya tak pilih yang mahal sebab rasa tak berbaloi, gi langkawi nak jenjalan. Hotel sekadar nak tidur je. Hotel biasa-biasa pun boleh la 😂

Tapi, bab hotel ni ada kisah tersendiri.  Saya cerita dalam entry lain ya. Korang mesti baca entry tentang hotel ni tau.  Ada benda nak cerita 😅

3. Kereta Sewa

Pilih kereta sewa yang bersesuaian dengan jumlah penumpang.  

Since saya pergi satu keluarga 7 orang termasuk baby,  saya decide untuk pilih MPV 7 seat. Selesa untuk kami sekeluarga. 

Cun dak kete kami?  Eh kete sewa jaa 🙈

Pencarian demi pencarian dibuat, saya terjumpa fb Kereta Sewa Langkawi.  

Ya Allah nak cerita baiknya la empunya kereta ni.  Layanan baik. Harga murah.  Condition kereta tip top. Bersih sangat. Kereta baru lagi tau. Tang ni memang suami saya puas hati sangat-sangat.  Masa terima kereta tu,  tak habis-habis suami puji. Hihiii 

Kembang jugaklah hidung mancungku ini sebab saya yang cari khennnn kikikii 😝

Masa booking tu saya stalk juga fb owner ni untuk pastikan trusted owner kan, untuk elakkan ditipu. Nampak fb meyakinkan. So saya contact, dapat grand livina pada harga RM300 untuk 3 hari 2 malam.  

Saya minta diskaun sikit,  so dapatlah RM280.  Nak nangis rasa dapat harga tu 😂

Murah kan?  Dah la peak season sebab cuti deepavali.  Rata-rata owner kereta sewa yang saya hubungi beri harga dalam RM320-360. 

Yelah nak kena bajet sebab banyak lagi perbelanjaan lain nanti kan 🙈

So saya terus buat bayaran booking RM140.  Bakinya kami bayar semasa ambil kereta di jeti pekan Kuah. 

Okey ini no owner kereta sewa tu.  Incik Mohd (011-12522433). 

4. List tempat yang ingin dilawati

Yang ini memang saya buat list,  at least sampai sana dah ada planning kat mana nak jalan-jalan. 

Dalam planning dan actual yang kami pergi:
1. Underwater World
2. Galleria Perdana - unplanned
3. Skycab 
4. Museum 3D
5. Beras Terbakar - unplanned
6. Makam Mahsuri - ni je yang tak pergi 


Saya beli tiket untuk naik kereta kabel secara online di website Panorama Langkawi.  Beli combo B (tiket kereta kabel dan tiket masuk ke Museum 3D)   untuk 3 dewasa dan 3 kanak-kanak.  
Anak usia bawah 2 tahun percuma.  Dah jimat 1 tiket hihii 

Kenapa pilih untuk beli tiket secara online? 

Sebab saya ke Langkawi masa cuti deepavali,  berkemungkinan tinggi untuk beratur panjang di kaunter tiket. 

Jadi solusinya,  beli je la tiket secara online.  Nanti print bukti pembelian tu (dia hantar ke emel)  dan redeem tiket di kaunter khas. 

Sekejap je.  Tak perlu beratur panjang lagi 😍

Perit juga sebab pengalaman pertama ke Langkawi dengan 2 anak kecil,  kami terpaksa beratur panjang untuk dapatkan tiket.  

Kali ni smooth je naik kereta kabel dengan gembira 😂

Ok untuk entry kereta kabel punya tiket ni nanti saya share next entry ya.  
Bye.. Kami nak pi langkawi 😍
Panjang pula celotehnya hihiii

Ingat pendek jerr kikii

Okey selamat menelaah entry ini ya.  

Nanti rajin saya sambung kisah drama pahit masin suka duka masam manis pedas kat Pulau Langkawi.  

Till we meet again 😊


Tuesday, 4 October 2016

4 JEJAKA TAMPAN DIHATIKU

Rasa nak coret sesuatu untuk 4 lelaki yang terlebih dulu hadir sebelum suami.

AYAH

Dari zaman sekolah,  ayah memang senang sangat kalau minta tolong hantar gi tuisyen ke,  kelas tambahan ke.  Even masa ayah tengah tidur, bila kejut ayah (kejutkan pun dengan takut-takut kena marah 😂) ayah cepat-cepat bangun capai kunci kereta nak hantar gi tuisyen@kelas tambahan, walaupun sebenarnya kita pandai je bawak basikal bawak motor tapi malas gi sendiri hihii

Masa suami berkursus dan saya balik kampung,  ayah sudi hantar saya balik ke kl semula, sampai kl dan amek bas malam tu juga untuk balik kg semula.  Perjalanan 400km ayah tak rasa saya ni anak yg menyusahkan ayah pun,  demi anak perempuannya.

Paling touching masa majlis menyambut menantu di rumah pengantin lelaki, usai makan dan ramah mesra,  ayah bersiap untuk keluar.  Ayah pesan pada suami,  tunjuk ajar apa yang dia tak tahu.  Tegur dia elok-elok.

Dia tu merujuk pada saya.

Terus pecah kolam air mataku dengar nasihat dan pesanan dari ayah, yang melangkah keluar selepas menyerahkan anak gadisnya pada lelaki bernama suami.  Selesai tanggungjawab ayah.

ANGAH

Abang ngah saya ni takde fesbuk. Angah ni dilahirkan kembar,  kembar meninggsl masa baby lagi.  Angah membesar jauh dari keluarga. Masa saya kecik dulu selalu rasa angah ni garang.  Tapi sebenarnya angah sangat baik. Masa habis darjah 6, kekonon nak gi tolong mak sedara berniaga kat kedah. Sekali gi sana kena tinggal dengan ayah,  maka hari-hari yang dilalui terasa suram,  kelam dan penuh dengan air mata 😂😂

Angah la ceriakan adik manja ni,  belanja makan aiskrim sambil tengok laut, bawak saya jalan-jalan gi Penang lalu jambatan p.Pinang, naik feri,  round mall, macam-macam la.  Nak ceriakan hati adik yang setiap hari nangis nak balik rumah kat Kelantan 😝

Angah jugak la yang selalu ada di masa-masa sukar.  Masa banjir besar 2014 haritu,  angah la yang susah payah bantu kami berpindah, yang sudi ikut saya ke rumah mertua alihkan kereta takut kena banjir.  Susah payah harung banjir balik rumah masak makanan utk kami di tempat pemindahan.  😢

Touching pula rasanya.
Tapi angah tak pernah anggap saya ni menyusahkan angah kan kan

AIWAN

Abang lelaki kedua, anak no 3. Birthday sama macam angah.  Tak ingat sangat kenangan dengan aiwan.  Sebab selalu gaduh berebut tengok tv, pastu kaki putar dan suka buat cerita,  agak lawak. Tapi aiwan baik, rajin hantar gi tuisyen dan kelas tambahan terutama masa ayah takde.  Hantar dan ambil kelas malam sebelum UPSR.

Masa tayar motor bocor lepas balik dari kelas tuisyen, telefon aiwan bagitahu tayar motor bocor.  Saya yang baru sek menengah masa tu, taktahu nak buat apa.  Zaman tu public phone bersepah heheee

Aiwan datang suruh saya balik rumah, aiwan bawak motor gi bengkel. Takde pula aiwan bebel atau maki hamun saya sebab bocorkan tayar motor.

ADIK MAN

Adik paling bongsu dalam keluarga.  Paling best part jenjalan dan shopping dengan adik man hihiiii

Sebab adikman ni layannn je apa kakak dia nak.  Selalu jadi driver kakak. Kalau dia tolak,  kakak tarik muncung sket je dia dah kalah dah kikikiii  Thanks banyak-banyak adik man banyak bantu jagakan anak2 juga

Terima kasih untuk kalian semuanya :)

Thursday, 8 September 2016

Akhirnya Janji Dicapati..

Salam buat semua..

Life update dari kebun. Pepagi jam 7.30 dah menapak di kebun peninggalan arwah atuk (bapa mertuaku). Berkelah kat sini hari ni hehee

Eh melalut pulak cerita pasal kebun. Nak ceritanya, finally kumungkiri janji hahaa..

Bukan janji apa pun. Sekadar cakap-cakap je. Dulu pernah bagitahu suami, nak anak 5 orang usia 30 tahun nanti. Ala-ala target la gitu kikii

4 anak sebelum ni semua rapat belaka. 6 tahun, 4 tahun, 3 tahun dan 10 bulan. Kalau nak cakap bab letih, lelah penat jerih besarkan anak, tu normal la kan.

Tapi apa yang buatkan saya nekad kali ni untuk merancang kehamilan seterusnya, sebab fikir nak besarkan yang ada ni dulu. 4 ni pun dah rasa macam, mampu ke aku jadi ibu yang baik dan didik anak sebaiknya, takut tak terpikul amanah Allah.

Masa saya anak 2 orang, saya sangat-sangat garang dengan anak. Taktau la kenapa. Emosi tak stabil sangat masa tu. Mungkin perubahan dari anak sorang, jadi makin bertambah.

Bila anak 3 dan 4 sekarang alhamdulillah more better hehe

Atas sebab tu lah saya jadi nekad nak Iffah (10 bulan) besar dulu, at least 3 tahun.

Lepas beratus kali fikir, akhirnya jadilah kenyataan ekekeke

Saya pilih implanon sebab senang sekali pasang, untuk 3 tahun terus. Tak perlu risau kalau tertinggal makan pil, ter miss injection 2 bulan sekali.

So bermulalah episod saya menjejak KKIA (klinik kesihatan ibu & anak) dan LPPKN untuk bertanya tentang implanon ni. LPPKN buat setiap khamis. Kos RM520 shj. Saya buat kat klinik swasta. Rate di sini RM600-650. Tapi saya dapat RM550 je special price kahkahkah

Implan ni dia pasang kat lengan. Doktor akan bius dulu. Bab kena inject ni memang saya takuttttt, walaupun ex staff nurse tapi bab cucuk hamba kalah 😂😅

Alhamdulillah tak sakit pun sebenarnya masa masukkan implanon tu sebab dah bius kan. Masa bius pun tak sakit. Ibu jer oberrr ngeri sebab last 2 weeks cabut gigi khennn

Pada masa entri ini ditulis, hari ketiga selepas pemasangan implanon. Lebam di kawasan pemasangan dan sakit tu biasa. Awal-awal ni kan. Dari yang saya dapat tahu, ambil masa 2-3 minggu juga untuk pulih.

Bila gerakkan tangan atau tersentuh kat tempat pasang tu, agak sakit. Macam ada branula gitu rasanya.

Moga lepas ni dah biasa harapnya makin okey. Lupa lagi 1, doktor akan pasang di tangan non dominan. Macam saya kidal, doktor masukkan di lengan kanan. Jadi kalau buat kerja guna tangan kanan akan rasa agak lenguh sket.

Panjang ler pulak kali ni.

Okeh kesimpulannya, semuanya okey, tak ler sakit sangat-sangat sampai rasa nak baring je. Cuma untuk anak manja macam saya ni je yang sakit sikitttt kahkahkah

Nak tengok gambar korang google jer implanon, berebut gambar keluar kat screen hp nanti hihii

Okeh till we meet again

Babai

Kekonon nak speaking london ntah betul ke idok haha




Tuesday, 30 August 2016

Irfan dah potty training!

Alhamdulillah

Lepas raya baru ni, dalam seminggu lepas raya puasa yang lepas saya berjaya latih irfan untuk ke tandas, dengan bantuan mertua jugak

Mulanya risau juga, sebab saya tinggal kat rumah mertua, pastu memang dalam rumah majoriti karpet je.

Susah hati kut terbabas atas karpet kan. Heheee

Saya nak kasi tips untuk new momies yang nak latih anak ke tandas. Tips ni saya apply dari anak pertama. Bila pertama kali nak potty training, ada yang tak sesuai apply pada anak saya, jadi saya ubah sket. Dan saya teruskan hinggalah ke anak yang no 3 ni.

Jemput baca ye tips ni hehe

SEBELUM POTTY TRAINING

1. Latih anak untuk buang air kecil di tandas setiap kali waktu mandi. Jadi dengan cara ni kita dah aturkan untuk dia secara tak langsung untuk buang air kecil selain dari dalam diapers. Ni kira persediaan untuk dia la. Boleh mulakan 3 bulan sebelum potty training.

2. Pakaikan anak dengan seluar dalam untuk kanak-kanak sesuai dengan usianya. Mesti pakaikan tau! Supaya dia terbiasa lepas dah tak pakai pampers nanti, dia perlu sentiasa pakai seluar dalam. Lagi 1, incase dia "terbabas" tak sempat ke toilet, air kencing dia diserap oleh kain seluar dalam tu. Takde la meleleh je basah. Bila anak dah pandai tahan kencing, biasanya dia terkucil sikit kena pada seluar. Dan lagi, kalau dia terberak takde la jatuh kat lantai najis dia tu hihii

At least kalau jatuh pun dalam seluar dalam dia. Yang ni memang saya pakaikan sebelum anak mula lepas pampers. Dari umur 2 tahun setengah dah mula pakaikan.

3. Selalu pesan pada anak nanti dia akan lepas pampers dan perlu buang air kecil di tandas. Pesan pada anak, jika rasa nak kencing/buang air besar, beritahu ibu/ayah.

SEMASA POTTY TRAINING

1. Mulakan latihan dengan ajar anak ke tandas setiap 10-15 minit. Ni cara saya. Selama sejam yang pertama saya bawa ke tandas setiap 10-15 minit. Lepas tu jarakkan 15-20 minit selama 1-2 jam. Kemudian setiap 30 minit pula. Hinggalah ke setiap 45 minit, setiap 1 jam. Sampai dia pandai tahan kencing dia.

Mula-mula masa nak ajar tu, jangan la terus letak setengah jam baru nak bawa ke tandas. Jangan pula tunggu anak cakap nak kencing baru kita nak bawa ke toilet. Kita yang perlu bawa anak ke tandas bila cukup masanya (jika set 15 minit, maka 15 minit bawa dia kencing kat tandas sama ada dia nak atau tak).

Kadang bila tanya anak, nak kencing ke tak, dia cakap tak. Tup tup dah terbabas.

Kenapa?

Sebab fasa awal diaper -free ni, dia pun masih confuse. Biasa pakai pampers main kencing je takde nak kena gi toilet.

Jadi untuk awal -awal ni kita yang bantu dia atur dulu. Kita pun kurang penat bila anak tak terbabas kan 😊

2. Pastikan anak dibawa ke tandas terlebih dahulu sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur. Biasa tengah malam mak/ayah bangun bawak anak ke tandas untuk elakkan terbabas. Nanti bila anak dah start potty training, kita akan tengok pattern anak kita buang air kecil. Dua anak sebelum ni, sebelum tidur memang saya suruh ke tandas dulu. Kemudian dalam jam 3 pagi saya atau suami akan kejutkan anak untuk ke tandas. Anak tak bangun? Kami dukung sampai  dalam tandas hehee

Cuma yang ketiga ni jarangggg sangat kencing malam. Jadi saya memang tak kejut ke tandas tengah-tengah malam. Tapi still tidur beralaskan waterproof sheet protector. Incase terbabas pun at least ada lapik kalis air tu. Takde la nak kena bilas 1 toto pulak. Berat tau 😌

3. Anak perlu sentiasa memakai seluar dalam siang dan malam semasa dalam latihan ni. Sebabnya? Sama macam kat atas tadi juga.

Okey, rasanya tu je kut yang nak share malam ni. Nak tidur dah. Nanti kalau ada nak tambah saya edit je okey.

Oh ye.

Bila masa yang sesuai nak start potty training ni pada anak?

Emmm yang ni kalau hurai panjang la pulak. Next entry la ye. Hihii

Good night. Terima kasih sudi baca blog yang dah bersarang ni 😅

Tuesday, 12 July 2016

Salam Aidilfitri 1437H

Rasa bersalah giler sebab dah 4 bulan tak update blog.

Ada ni haa. Tak menghilang ke mana pun hihii

Ya agak sibuk bila jadi ibu anak 4, tapi itu bukan alasan hihii

Lari tajuk pula. Harap tak terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Maaf Zahir Batin.

Sejak awal Ramadhan haritu saya nomad pindah ke kampung sementara waktu. Insya Allah sampai hujung tahun ni.

Jadi segala barang dagangan pun saya bawa pulang, beroperasi dari kampung, pengeposan ke seluruh Malaysia.

Actually baru-baru ni saya ada berazam nak potty train anak ke 3 kami, Irfan yang kini berusia 2 tahun 9 bulan. Hari ni baru hari kedua latihan. Alhamdulillah walaupun ada terbabas tapi Irfan cepat belajar.

Insya Allah progressnya nanti saya share kat sini ya.

Potty train bukan latihan pada anak sahaja, tapi latihan pada ibubapa/penjaga untuk mengawal emosi. Kali ni potty train di rumah mertua, mertua sama-sama membantu, subhanallah memang rasa terurus sangat emosi ibu!

Nantilah next entry saya kongsikan ya 😘

Saturday, 19 March 2016

Idea Hadiah Bayi Baru Lahir


Hai semua!

Lama tak update blog kan. Macam tu la bila dah banyak kerja. Ekekeke gaya macam busy mengalahkan pak menteri hihii

Anyway harini saya nak share tentang hadiah untuk newborn baby.

Selalu bila ada kawan-kawan bersalin, kita beri duit, hadiah seperti set mandian, hamper, pakaian baby kan. Antara lain juga boleh beri hadiah handmade seperti mitten/socks yang dikait, or topi baby yang dikait, cloth diapers. Menarik juga tu. Nak kasi hadiah kat Mak Tang pun boleh juga hadiahkan Vitamin Shaklee hehe

Haritu ada kawan dan adik bersalin Januari lepas, terfikir nak beri hadiah yang unik. Yalah selama ni bagi biasa-biasa je kan.

Then bermulalah misi pencarianku  hahah..

Hinggalah jumpa idea newborn gift, jumpalah diaper cake ni.



Cantik kan.

Kawan dan adik pun terkejut since memang saya takde inform nak beri hadiah, seller poskan direct pada mereka. Tapi ada detail di hadiah nama saya sebagai pengirim.

Kita boleh request nak tema apa, contohnya Minney, Lady Bug, Sofia, Chunggington, Mickey atau apa-apa saja.

Berapa harganya?

Harga bergantung pada tema, dan design diaper cake tu. Yelah ada orang nak setingkat, ada orang nak kek 2 tingkat. Macam yang saya order ni harganya RM100 each.

Apa item dalam tu?

Tengok pada jenis cake yang kita nak.

Macam saya yang setingkat tu, seller letak:

1 Romper
1 hat
1 3D socks
14pcs diapers
1 mitten
1 receiving blanket
1 toy @ balloon

Deko memang seriously cantik sangat-sangat. Rasa macam nakkk je beli untuk diri sendiri tapi overrrr la pulak kannnn 😂

Saya order dari IG Diaper Cake Mania. Nah saya kasi terus kut ada yang berminat nak order. Korang boleh contact dia melalui wasap juga di nombor 0198511280.

Jumpa lagi di lain entry ya.

Terima kasih atas komentar yang bagus 😍

Hasanah
0132896454

Friday, 26 February 2016

Kerja Tambah Duit

Saya 200% tak percaya pada istilah DUDUK SAJA @ GOYANG KAKI DAPAT DUIT

Syarat dapat duit mesti ada usaha, hatta pada sebuah perniagaan dari MLM sekalipun. Usaha sama ada secara langsung (gi promote barang dll atau coaching, bimbingan tunjuk ajar dll)

Zaman ekonomi tak berapa menentu ni, saya nak kongsikan cara nak buat duit poket. Mungkin ada yang berguna pada anda.

1. Bisnes produk fizikal
Kalau ada modal, boleh laburkan sikit untuk permulaan buat bisnes. Sebaiknya tak lebih RM2,000 modal bisnes ya. Nak best lagi, bisnes MLM macam Shaklee, modal cuma RM69 sahaja. Kalau takde modal, boleh join program dropship. Jual jubah ke, tudung ke, jual foundation macam MFF ke. Dropship tak perlukan modal dan tak perlu simpan stok, tapi kebanyakannya ada kenakan sedikit yuran yang tak membebankan. Yelah kalau free je takde yuran karang korang main-main pulak kannnn

2. Bisnes servis kemahiran diri
Kalau tak nak bisnes jual barang fizikal, boleh gunakan kemahiran apa yang ada, contoh pandai masak, jadi boleh masak dan jual kat kedai-kedai, amek tempahan kek/kuih, kalau pandai menjahit boleh amek tempahan jahit baju/langsir/ tilam baby/ nursing pillow dll. Sekarang glamer dengan home/mobile spa. Kalau tak pandai boleh gi kelas belajar buat facial dll. Pandai buat website/blog/design, boleh manfaatkan untuk bantu peniaga. Gunakan apa yang kita ada je. Pandai buat sesuatu, kembangkan ia. Tepuk dada tanya hati, nak ke tak nak? Hehee

3. Kalau dah tak nak menjual, takde kemahiran apa, haa ni paling mudah. Pandai bawak kereta/motor? Boleh jadi personal shopper/runner. Jadi perantara permudahkan urusan orang. Personal shopper boleh untuk beli barangan time sale, barangan ikea, home deco kat kaison ke daiso ke Mr DIY ke. Eh banyak laa. Contoh caj upah RM10 seorang, 10 orang dah dapat RM100 kan. Insya Allah banyak dah tu.

Luas kan rezeki Allah tu. Jika tertutup 1 pintu, pintu lain banyak lagi, jangan terpaku lama sangat pada pintu yang tertutup hingga tak nampak pintu lain yang dibukakan untuk kita.

Rasa macam dah pernah kongsikan entry tentang idea bisnes ni, tapi takpelah, tulis lagi moga ada manfaat buat mereka yang membaca.

Nak join bisnes Shaklee/dropship produk (Mermaid Flawless foundation) boleh hubungi saya ye.

Hasanah
013.289.6454

Thursday, 4 February 2016

Surprise di Anniversary

Selama ni pernah dengar ada khidmat runner, tapi saya sendiri tak pernah gunakan lagi perkhidmatan mereka.

Sehinggalah satu hari tu, nak buat surprise pada suami sempena hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-6. Masa tu saya di kampung berpantang selepas bersalin anak ke 4 kami, suami pula di KL bekerja.

Jadi saya gunakan khidmat adik Nasir untuk belikan bunga beserta kad ucapan dan ferero rocher. Alhamdulillah mujurlah
suami ada kat ofis masa tu. Masa adik runner ni call bagitahu nak hantar barang, suami ingatkan dari poslaju, sebab poslaju je boleh masuk sampai ke ofis. Lain-lain courier suami kena ambil di keluar gate.

Bila adik runner ni cakap dah sampai depan ofis, mahu tak terkejut tengok ada bunga untuknya? Alhamdulillah surprise memang menjadi! Hehehee suami cakap memang dia sangat terkejut, segan pun ada sebab habis 1 ofis tahu kikikiii.. takpa la abg ye, bukan benda tak elok kannn 😂😉

Mujur juga runner ni snap pic husband masa terima bunga. Memang muka gembira sangat-sangat. Kita yang tengok gambar je pun rasa turut sama gembira.

Tukar angin sesekali buat surprise macam ni kan. Jika kita seorang isteri, tak perlu pun tunggu suami nak buat surprise kat kita. Sama-sama ambil langkah untuk kebahagiaan rumahtangga yang sama-sama bina, betul tak 👌

Khidmat runner ni, mereka tak tetapkan bayaran, jadi upahnya seikhlas hati, tapi kita pun consider juga la kos minyak, masa, tenaga mereka gi cari barang-barang dan hantarkan pada penerima, dan upah menjalankan tugasan. Haritu saya beri RM50 pada adik Nasir. Sama-sama setuju dengan nilai alhamdulillah. Dia kata ada je yang bagi RM20,30 pun.

Mereka boleh bantu permudahkan urusan kita, sama ada nak buat surprise pada yang tersayang ke, carikan keperluan dapur ke, hantar dokumen ke bungkusan ke, apa-apa je la. Jadi kita berilah yang sepadan dengan usaha yang mereka buat, lebih pun takpa. Itu cara mereka mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga.

Saya salute sangat geng runner macam ni sebab berani dan kreatif, di kala orang lain sibuk termenung duk menunggu pekerjaan, mereka buat sesuatu yang orang tak terfikir mahu melakukannya - runner.

Saturday, 30 January 2016

Permergian Abah ke Rahmatullah

3 Januari lepas, bapa mertua saya telah kembali ke rahmatullah kerana serangan jantung, semasa kuliah maghrib di masjid padang siam Tanah Merah.

Suami inform saya untuk packing pakaian dan keperluan balik kampung, setel kemaskan dapur (time tu takde air pulak tu baru lepas buat kek coklat, topping tak sempat siap), dalam hampir 40 minit kemudian kami bergerak pulang ke Kelantan.

KL-Tanah Merah 4 jam setengah perjalanan. Laju kan. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Kat roadblock polis minta ic pun dipermudahkan, dia lepas je bila cakap ada kematian. First time dalam perjalanan balik kampung saya tak tidur.

Sampai-sampai kat rumah mertua, lihat kain yang menutupi muka abah dibuka, alhamdulillah, rasa syukur sangat-sangat, wajah abah bersih, tenang, nampak abah bagaikan sedang tidur dalam senyum.

Sebak sungguh rasanya bila teringat masa bersalin anak ke 4 kami, abah beria minta saya berpantang kat rumah, abah hantarkan Izzat dan Insyirah ke tadika, pagi-pagi abah yang mandikan anak-anak saya dengan arahan jarak jauh, dalam bahasa klate yang anak-anak tak faham.

Rumah mak dan rumah mertua saya dekat je, naik kereta dalam 5 minit je kut dah sampai. Berpantang anak-anak sebelum ni, saya gilir seminggu rumah mak, seminggu rumah mertua. Tapi tulah kan, kita pun tak perasan perubahan-perubahan yang berlaku sampaikan abah dah takde, baru kita sedar yang semasa hujung hayatnya abah nakkk sangat beraama dengan anak cucu 😩

Setiap kali saya cakap nak ke rumah mak saya, abah selalu bagi ayat sedih.

"Demo gi gak, takde oghe doh la sini nyo"
"Sunyi la demo takdok gak"
"Tinggal ma nga abah la takdok demo gak"

Sedih bila ingat semula, abah selalu kata "nah duk sini je la, ma takdok gapo doh" (abah minta saya tinggal kat rumah menemani ma). 

Bila abah takde, jadi terngiang-ngiang abah pesan suh duk kat kampung temankan ma.

Lepas kematian abah, saya di kampung sebulan menemani ma. Walaupun dah balik kl, tapi jiwa kat kampung teringat kat mertua. Takpa la kita pjj dengan husband sementara, gembirakan orang tua kita yang masih ada.

Moga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah abah, menerima amal kebaikan yang abah lakukan, mengampunkan dosa-dosa abah dan menghimpunkan abah bersama hambaNYA yang soleh.

Ameen.

Friday, 18 December 2015

Mermaid Flawless Foundation MFF

Baru 2x guna foundation MFF ni tapi hasilnya? Serious saya sungguh teruja.

Batch pertama 10 unit laris tak sampai 1 hari.

Pengalaman saya sendiri gunakan MFF ni, memang sangat best.

Texture nya macam marshmallow, sangat lembut, tak berminyak, tak melekit. Makin lama pakai muka nampak makin flawless.

Tahan lama pulak tu. Hari pertama, saya cuba jam 2 ptg. Balik rumah jam 10.30 malam, dalam jam 11malam gitu tengok muka kat cermin, macam baru pakai bedak.

Padahal dah 9 jam tak sapu apa-apa kat muka.

Hari kedua saya cuba pun begitu. Sapu jam 9pagi, balik rumah jam 9.30 malam tengok muka duk macam tu jugak. Macam baru lepas sapu foundation je.

Yang bestnya, bila guna MFF ni tak perlu pakai bedak dah. Lepas pakai MFF memang saya tak apply bedak. Seriously dah jatuh hati pada 1st apply!

Sesuai sangatlah untuk mereka yang sepesen dengan saya, jenis nak cepat siap, tak nak sapu macam-macam kat muka. Memang mudah. Calit nipis-nipis je.

Jom baca testimoni pengguna MFF.

1st batch 10 unit dah habis tau semalam. Jika ada yang berminat, boleh hubungi saya untuk order. Insya Allah saya akan restock lagi 50 unit. Harga istimewa untuk 20 unit PERTAMA sahaja tau. Ayuh whatsapp saya untuk special price 👌

Hasanah
013.289.6454

Monday, 7 December 2015

Bantal Kepala Untuk Atuk

Ya Allah dah lama sangat tak update blog! Maklumlah berpantang kan. Errr tapi tak pantang tengok hp pun heheee.

Orang kata pantang menjahit 100 hari. Tapi saya dah 34 hari mula menjahit sarung bantal kepala untuk mertua, gara-gara Izzat gi putuskan getah, lagipun sarung tu dah lama. Alang-alang ada kain cotton kannnn.

Ni lah ghupanya bantal kepala tu. Atuknya guna kat kerusi rehatnya, waktu santai berejat kat kerusi (orang panggil kerusi malas), baca surat khabar.

Saturday, 31 October 2015

7 TIPS BERSALIN KURANG RASA SAKIT

Lepas post tentang birth story saya di fb tempoh hari, ramai yang bertanya tentang teknik yang saya amalkan semasa sedang mengalami kontraksi. 

Saya share ilmu ni untuk manfaat umum. Moga dapat diamalkan terutama ibu-ibu yang bakal bersalin. Bukan untuk kelahiran je, tapi teknik ni sangat bagus untuk kita bertenang.

Perasan tak kalau di hospital, doktor atau jururawat nak buat prosedur, diorang suruh kita tarik nafas dalam-dalam. Haaa itulah tekniknya. Nak suruh kita bertenang la tu. Cuma ini tambahan yang saya belajar dari kelas birthing yang saya attend.

Apa yang saya amalkan masa alami kontraksi, namanya FULL RELAXATION TECHNIQUE.

Tipsnya di sini untuk amalkan:
1. Kosongkan minda, atau switch pemikiran kita ke arah yang lebih positif. Contohnya jika masa tu sedang alami kontraksi, elakkan berfikir tentang kesakitan. Apa yang saya fikir, it will last. Semua tu akan berakhir. Bayangkan yang best-best je. Tengah mandi kat pool ke, fikir sedang berseronok dengan anak-anak ke. Bila kita switch pemikiran kita, kita akan kurang berfikir tentang sakit. Dah tak rasa sangat pun. Itu yang ayah saya kata tak nampak macam tengah sakit. Tak mengerang pun. Padahal kita sedang menahan sakit kontraksi.
2. Seeloknya dilakukan sambil berbaring (left side lying). Bantal diletakkan di bawah kepala dan di lutut.
3. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan hembus melalui mulut.
4. Relaks kan segala otot-otot. Relaks kan tangan, kaki. Jangan genggam tangan walaupun sedang menahan sakit.
5. Dahi pun jangan berkerut. Kerutan tu refleks dari sakit. Elakkan ia dengan switch pemikiran kita.
6. Mulut mesti dibuka (nganga).
7. Boleh berzikir dalam hati/dengan gerakan lidah tanpa suara (mulut terbuka). Jangan bising atau mengerang.

Pastinya ada banyakkk lagi tips-tips bersalin tanpa rasa sakit untuk dikongsikan.

Moga ada manfaatnya pada mereka yang membaca dan kongsikannya pada yang lain.

Insya Allah saya akan share lebih banyak info menarik tentang kelahiran alami. Stay tune :)

Bersalin dan berpantang itu indah dan menyeronokkan ;)

Hasanah Ahmad

Sunday, 18 October 2015

Belajar Menjahit: Apa Yang Perlu Anda Tahu


Saya sebelum ni memang tak pandai menjahit guna mesin. Alaaa jahit guna tangan pun tak kemas mana hehe 

Tapi mengandung kali ni datang pulak minat membara nak pandai menjahit. Siap beli mesin jahit lagi tau! Ahaksss..moga baby yang keluar nanti rajin-rajinlah macam ibu ye hehe

Jadi saya pun join group jahitan di facebook dan riki-riki beberapa kelas menjahit. Ada orang boleh belajar sendiri dari online, tapi saya pening beberapa istilah, tengok pola tak faham-faham. Yelah, takde basic kan. Maka proses carigali saya bermula. Jeng jeng jeng...

Tu-tup dapat tahu kawan dalam Shaklee, Wardah pun sama-sama tengah belajar menjahit.

Saya buat beberapa carian tentang cara nak pilih kelas menjahit dan akhirnya saya join kelas kak Wardah.

Saya kongsikan di sini untuk panduan newbie seperti saya, yang mula-mula dulu tercari-cari kelas menjahit bagaimana untuk belajar. Masing-masing ada kelebihan tersendiri, kita buat pilihan ikut keselesaan dan kesesuaian masa kita.

Apa yang perlu anda tahu?

1. Kelas by pattern
Kebanyakan cikgu jahit buat kelas ikut design baju. Contohnya jika nak belajar jubah A Cut, harganya RM100 (contoh), belajar buat sampai siap, kelas 1 hari (8 jam). Nak belajar baju kurung moden, harganya sekian sekian, belajar sehari. Ada orang suka begini, hadir kelas sehari dan belajar sesuatu sampai habis. Tak perlu banyak masa untuk ke kelas. Satu hari belajar memadai. Ada cikgu yang buat kelas  masa weekdays, malah weekend juga. Ada yang sekelas 2-3 orang, ada juga yang kelas personal, hanya kita seorang. Jadi lebih fokus dapat diberikan. Ni kelas mula-mula yang saya belajar, buat jubah A Cut hehe..

2. Kelas by hour
Ada juga cikgu yang menawarkan kelas belajar per jam. Contoh macam kelas yang saya join kemudian ni. Belajar 32 jam dengan bayaran cuma RM350 sahaja, boleh buat beberapa jenis baju. Kelas yang per hour ni bagusnya kita akan kerap hadir kelas, kerap jumpa face to face dengan cikgu, jadi bila dah menjahit di rumah, mana-mana yang kita kurang mahir, boleh tanya terus kat cikgu pada next class. Antara baju yang dah saya jahit sepanjang 32 jam kelas ni; blouse menyusu (jenis selak), skirt (berzip), baju melayu leher teluk belanga, jubah kurta lelaki.

3. Peralatan menjahit dan kain
Yang ini kena tanya cikgu. Ada kelas yang cikgu sediakan semuanya, kita datang bawa diri (pen dan kertas untuk catat ofkos). Ada kelas yang kita kena sediakan semuanya kecuali mesin jahitlah hehehe. Jadi harga kelas bukan bergantung pada jumlah jam atau pattern baju sahaja ya. Banyak lagi pertimbangan yang perlu dibuat.

4. Belajarlah dari asas
Jika tiada basic dalam dunia jahitan, baik belajar dari asas dulu. Asas jahitan tangan, kenal pola dan lain-lain. Macam baju, belajar yang senang dulu baru buat yang sukar sket. Sebab bila dah pandai asas, senang nak apply untuk apa jua jenis jahitan. Contohnya belajar buat jubah asas, pastu buat baju kurung. So nanti ilmu tu kita apply nak jahit baju melayu, mahupun nak jahit blouse atau baju kurung moden. 

Belajar pelbagai jenis pattern baju untuk mahirkan kita dengan teknik-teknik jahitan. Ada lagi yang tak sempat saya pelajari, leher cekak musang. Yang tu insya Allah lepas bersalin nanti la nak sambung belajar. Sekarang pun dah sarat, lagi 2 minggu je nak due dan saya pun tengah siapkan sarung bantal dan tilam baby yang akan lahir nanti.

Bila dah tahu menjahit sket, mula laa nak buat kraf pula hehe..sekarang ibu-ibu ramai yang kreatif buat sendiri busybook anak-anak. Saya pun dalam planning nak buat juga, insya Allah nanti saya share di blog hasilnya.

Setakat ni, saya dah menjahit sendiri:
- pelikat pants anak-anak 2
- blouse 1
- face mask 3 (almaklum musim jerebu hehe)
- cloth pantyliner 1
- nursing pillow 2
- sarung tilam & bantal baby untuk anak kakak

Okey sekian coretan petang Ahad hehe

Doakan saya selamat bersalin ye kawan-kawan 😊

Saturday, 10 October 2015

Pressure Cooker Permudahkan Kerja Di Dapur

Pressure cooker ni periuk bertekanan tinggi. Yang saya guna ni brand Philips. Jenis elektrik, bukan yang atas dapur macam mak saya guna. Bagi saya, yang ini lebih mudah dan senang diuruskan. 

Jika cara manual, nak rebus tulang tu ambil masa 4-5 jam, tapi bila gunakan pressure cooker ni, campak je semua bahan dalam periuk dan setkan TENDON, cukup 30 minit dah siap. Boleh hidang dah. Pantas kan.

Memang mudah digunakan dan dikendalikan, mengurangkan sepahan di dapur.

Bila beli, ada buku resepi disediakan juga. Rakan saya, Wardah ada tubuhkan support group resepi memasak menggunakan Philips Pressure Cooker (PPC), untuk discover lebih banyak resepi. Ada group di fb, ada juga di telegram. Masing-masing tak lokek berkongsi resepi.

Yang saya pernah cuba dalam PPC ni:

1. Sup tulang
2. Bubur nasi
3. Bubur kacang hijau
4. Bihun goreng
5. Ayam bakar
6. Kek Coklat

Ada banyakkkk lagi resepi dikongsikan yang belum saya cuba.

Sup tulang dalam list no 1, sebab incik husband suka sangatlah sup tulang yang saya buat hehehe

Lepas Aidiladha, SETIAP MINGGU masak sup tulang okey. Risau juga saya, jadi sebelum makan memang saya akan berikan Phytocol ST 2 biji untuk suami telan. Phytocol ni fungsinya halang penyerapan lelemak. Risau la sebab husband ada strong family history heart prob sebelah abah. Jadi saya bantu siap-siap dengan cara ni, dah nak makan sangat kan sup tulang.

Lagi satu saya perasan, sup tulang yang masak guna PPC ni kurang berlemak sket berbanding biasa. Ada yang perasan juga tak?

Lepas bersalin nanti nak try lebih banyak resepi menggunakan PPC.

Sunday, 4 October 2015

Pemergian Nenek ke Rahmatullah

Alhamdulillah nenek pergi dgn baik. Insya Allah husnul khatimah. Tak putus sebut "Allah" dihujung nyawanya. Malaikat tarik nyawa dgn kalimah Allah hingga ke sudah 😭
Nenek pegang tasbih dan tasbih tu jatuh bila tubuh dh lembik.

Pergi dgn bersih di petang Jumaat 2/10/2015. Walaupun masa tu baru lepas makan, siap berselera lg, tp masa mandikan jenazah mmg takde najis keluar.

Subhanallah. Allah pelihara sungguh. Masa kejadian, tgh borak2 ngn mak dan bapa saudara sy (anak2 nenek). Nenek kata mak ni serah hidup kt Allah je. Takde apa dah mak nak. Serah semua kt Allah
Betul2 hbis ayat tu, tiba2 ckp sakit dada yg sgt2 sakit. Tak sampai 10mnt kut dah tak bernafas.

Dlm 20mnt sblm collapse, mak sedara sepatutnya nk balik senggarang. Tp nenek larang, kata duk la ngn dia dulu sekejap. Sekejap je teman2 dia 😰

Allah aturkan sebaik2nya. Mujur masa tu ada mak n pak sedara. Depa pun buat CPR juga.

Hingga ke akhir hayat nenek, Allah kabulkan doanya utk tak nk menyusahkan anak cucu. 😭
Nenek selalu ckp moga2 tak sakit terbaring je, tak nak anak cucu susah jaga nenek.

Alhamdulillah nenek mmg sihat takde sakit apa. Sekadar mengadu sakit sendi biasa la dh tua kan. Nenek 80+ dah.

Rasa sedikit ralat sbb ayah sy tak sempat balik, masih di kemboja. Ayah anak sulung nenek. Sy sedih sgt2 sbb masa kecik sy tinggal dgn nenek, nenek selalu sebut sy cucu emasnya.

Sy hntr nenek pergi dan lihatnya hingga ke liang lahad sbg sbg bakti terakhir seorang cucu 😰😭

Kagum dgn nenek dpt pengakhiran begitu. Moga Allah juga kurniakan kita semua dgn hujung hayat yg husnul khatimah. Ameen.

Gambar ni adalah gambar terakhir nenek, diambil 1 jam sebelum menghembuskan nafas terakhir. Subhanallah! Nenek sangat ceria di hujung hayatnya.

Amalan nenek yg mmg sy tahu:
- tak pernah tinggal solat malam, seawal 4-5pg dh? bgn
- solat2 sunat qabliah/ba'diah (sblm dan selepas solat)
- puasa sunat
- mengaji al-Quran
- sblm tidur jgn tinggal al-mulk. Ni mmg nenek sentiasa pesan.

Teringat nenek yg selalu tanya sy "ayat ni baca mcm mana". Pd ayat2 al-Quran.

Rindu nenek 😭

Moga Allah cucuri rahmat ke atas nenek sy.

Terima kasih atas ucapan dan doa semua.

Wednesday, 30 September 2015

Dilema Ibu Muda Menyusukan Anak

Momies yang menyusukan si comel, terutama newbies banyak hadapi masalah tak dapat support dari insan tersayang. 

Ramai yang mengadu pada saya, mak tak support, mertua tak faham, suami tak sokong. Saya percaya parents/husband yang tak support tu sebab diorang tak faham. Malah saya sendiri pun family asalnya tak sokong. Masa bersalin anak pertama, mak saya minta husband belikan formula milk (fm) lagi tau. Siap bagitau brand lagi. Hehehe

Tips saya:
- jika betul kita nak fully breastfeed (bf) si manja kita, nak dia sepenuhnya dapat manfaat susu ibu, jadi kita mesti BERTEGAS dan GIGIH. 

Bincang dengan mereka kenapa kita nak anak kita fully bf.
Orang yang pertama perlu difahamkan ialah suami. Sebab dia orang yang akan menemani kita, bersama kita besarkan anak syurga ini. Biarlah seisi dunia tak faham dan tak sokong, tak apa, janji suami faham dan sokong.

Fahamkan suami/mak/mertua:

1) kenapa kita nak beri susu ibu sahaja
Kena la explain apa kebaikan susu ibu, manfaat cecair emas (kolestrum) seawal hari-hari pertama dalam hidup si kecil.  Mereka tak faham, kita fahamkan.
Jika suami tak faham, haa pi print atau atau bacakan kebaikan bf ni kat dia. Sebelum bersalin anak pertama, saya ajak suami ke klas persediaan antenatal (di PPUM). Husband siap volunteer nak jadi model ibu menyusu lagi! Hikhik

2) bagaimana bayi kita akn dapat susu ibu jika kita kembali bekerja

Ikut pengalaman saya, mak dan mertua selalunya tak faham tang ni.

"Kalau tak campur susu tepung, macam mana nanti nak tinggal anak bila bekerja"

Mereka tak nampak macam mana caranya, sebab tak faham susu ibu boleh dipam dan disimpan berbulan lamanya. Jadi kita explain kasi faham. Kita perah susu, simpan dalam peti kat rumah, makin hari makin bertambah, kita bagi anak guna botol (atau alternatif lain sudu/cawan dan sebagainya), kita tunjukkan cara panaskan susu. Once mereka faham cycle ni, sure dah tak bising. Saya dah laluinya. Percayalah, bila mereka lihat mudah sebenarnya menyusukan anak dengan susu ibu, mereka akan faham dan sokong :)

3) apa yg suami/mak/mertua boleh bantu kita

Offer pada suami/mak/mertua untuk handle bayi dengan panaskan susu dan beri pada bayi. Bila mereka nampak mudahnya menjaga bayi susu ibu, mereka pun tak ragu lagi dan tak risau bagaimana babysitter akan menjaga anak kita nanti. Dalam berpantang saya buat begini, mak dan mertua dah expert nak panaskan susu ibu dan handle EBM (susu perahan - express breastmilk).

Menyusukan anak, walaupun ia momen yang seronok, tapi ia sangat memenatkan!

Once dah dapatkan sokongan suami, izinkan suami untuk bantu kita.

Mintalah bantuan pada suami untuk lakukan urutan dari pinggang ke bahu dengan gerakan 2 ibu jari.

Suami juga boleh buatkan minuman panas semasa kita sedang menyusukan bayi. Minuman panas boleh bantu perbanyakkan susu tau :)

**********

Semoga entry ini dapat membantu ibu-ibu muda di luar sana untuk terus menyusukn bayi anda.

Hak anak untuk ditunaikan ialah disusukan hingga 2 tahun.

Jom sama-sama kita realisasikannya!

Hasanah Ahmad

Wednesday, 16 September 2015

9 Teknik Ajar Anak Membaca Iqra'

Saya nak kongsikan teknik yang saya gunakan untuk mengajar anak-anak membaca, khususnya Iqra' bagi anak-anak pra sekolah (2-5 tahun). Mungkin ada yang boleh dimanfaatkan dari entry ini, boleh kongsikannya, jika ada pandangan/teguran mahu disampaikan, boleh tulis di ruangan komen untuk saya perbaiki ya. Yalah, teknik saya tak semestinya betul, mungkin ada silapnya kan. 

Ajar anak mengenal Quran seawal usia mereka
  1. Pada saya its okey anak tak diperkenalkan dengan satu persatu huruf hijaiyyah (alif, baa, taa, dal, nun dll) tapi terus fokus pada baris (baris atas - fathah, baris bawah - kasroh, baris depan - dommah). Sebab bila baca Quran, berapa ayat je yang ada Alif, Lam, Mim, (sebut satu-satu huruf). Malah dalam Muqaddam sendiri terus teknik membaca. Bukan tak ajar langsung, tapi tu dalam sesi lain. If nak ajar pun boleh, tak salah. Cuma saya perhatikan teknik di sekolah-sekolah, mereka kebanyakannya terus terapkan style "baca", bukan style kenal huruf satu persatu. 
  2. Normal untuk anak-anak sebut tak tepat. Usah lekas melenting ya mak ayah. Dulu saya jenuh jugak duk perbetulkan sebutan anak, nakkkk jugak baca betul ikut makhraj (sebutan yang betul bagi huruf), contohnya macam dzal (dal, dzal, ro), dzal tu kan sebetulnya lidah berada di belakang gigi. Anak baru 4 tahun masa tu tapi ibu sibuk nak baiki makhraj. Then saya notice kesilapan saya. Its okey biarkan anak-anak dengan minor mistake, lagipun ia kan satu proses pembelajaran. Kesilapan boleh diperbetulkan, tapi tak perlu terlalu menekan anak-anak. Mereka kan masih kecil. Later each huruf yang dia pelajari adalah satu pelajaran. Kalau nak tunggu sebut dengan betul makhraj semua huruf alamatnya masuk darjah 1 nanti muqaddam pun tak start lagi hehehe
  3. Bila anak dah mahir baris fathah, kasroh, dommah, perkenalkan pula dengan tanda tanwin. 
  4. Kemudian ajarkan baca huruf bersambung pula, contohnya baca fa a' la.  Seeloknya biar dia mahir fathah, kasroh, dommah, sukun (tanda mati) dan tasydid (tanda sabdu). Biasakan anak-anak kenal huruf yang bersambung, sebab nanti dia akan hadap yang itu bila baca Quran esok-esok. 
  5. Sekurang-kurangnya bila anak dah kuasai teknik ini, ibu bapa sudah boleh mulakan dengan muqaddam, kerana dia dah kenal baris, huruf bersambung dan cara bacaan. Kemudian perlahan-lahan perbetulkan hukum tajwid, makhraj. 
  6. Untuk anak-anak pra sekolah, sebelum mulakan muqaddam, saya pelbagaikan teknik mengajar di rumah. Ada waktu formal anak-anak duk mengadap baca Iqra' (seperti dalam gambar kat atas), selalunya waktu mengaji ialah lepas solat Maghrib, jika suami ada, beliau yang ajarkan, jika beliau ke masjid, saya ajarkan di rumah, jika anak-anak ikut sama ke masjid, Iqra' bawa ke masjid juga. No ngelat hihiii..Kadang malam kami keluar, jadi anak-anak akan baca di siang hari. 
  7. Ada waktunya pembelajaran Iqra' berlaku secara santai, selalunya saya jadikan aktiviti petang anak-anak, saya buatkan kad, buat teka teki kat anak-anak. Anak-anak pun suka aktiviti sebegini, berbanding duduk mengadap "guru mengaji" (kami je pun hehehe) yang kadangkala lebih tegas berbanding aktiviti santai suka suki. 
  8. Secara peribadinya saya berpendapat, sebagai ibu bapa, kita perlu tetapkan bila anak perlu start baca muqaddam, habiskan muqaddam, bila perlu khatam Quran 30 juzuk. Saya belajar dari mak saya, beliau ada target sendiri. Anak-anak perlu khatam Quran (termasuk betul tajwid semua) sebelum masuk tingkatan 1. Sebab bila dah sekolah menengah, anak-anak mula tinggal di asrama, jauh dari ibu bapa. Anak-anak yang belum mahir membaca Quran dengan tajwid yang betul tak sewajarnya dibiarkan membaca Quran sendiri tanpa berguru (guru kat depan, bukan guru elektronik, supaya guru boleh menegur dan memperbetulkan kesilapan). 
  9. Jika ibu bapa kurang ilmu untuk mengajar anak-anak mengaji Quran, bagus untuk mereka hantar pada guru mengaji. Dan dalam masa yang sama, ibu bapa itu sendiri perlu memperbaiki bacaan mereka. Bila kita nak anak pandai mengaji Quran dengan betul, kita sebagai ibu bapa pun mesti tunjukkan contoh yang baik dan betul pada anak-anak. 
Gambar-gambar di bawah antara aktiviti santai kami anak beranak. 
 



Saya sangat mengalu-alukan jika ada ibu bapa yang ingin kongsikan cara anda mendidik anak-anak pula. Saya juga nak belajar dan perbaiki mana yang perlu. Kongsikan pandangan anda di ruangan komen ya :)

Terima kasih kerana sudi membaca dan kongsikan entry ini untuk manfaat ibu bapa lain :)

Monday, 14 September 2015

8 TIPS OHSEM Mudah Diamalkan Semasa Jerebu

Kali ni nak kongsikan tentang isu semasa yang melanda ibu kota - jerebu.

Kalau tengok, gerun rasanya. Gelap semacam, berkabus je kan.

Semua pun pernah dengar tentang IPU kan? IPU tu adalah ukuran paras jerebu. Bacaannya seperti berikut: 


Setakat bacaan IPU terkini jam 6 pagi tadi, kawasan Batu Muda di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terjejas teruk dengna bacaan IPU 188. Kebanyakan tempat mula menunjukkan bacaan IPU tahap kuning. Dan berita jam 12 malam tadi pun dah announce semua sekolah sekitar KL, Selangor, dan Melaka diarahkan tutup hari ini. Dasat kan? Bacaan IPU semasa boleh juga dilihat di website rasmi Jabatan Alam Skitar .

Waktu persekitaran tak sihat begini, kita mesti ambil tahu apa yang perlu kita lakukan. Ini 6 tips yang diberikan oleh KKM untuk membantu kita menjaga kesihatan semasa jerebu. 

Saranan saya pula: 7. Mengambil Vitamin C dan Nutriferon untuk tingkatkan imuniti tubuh supaya tidak mudah jatuh sakit. Ramai orang yang mengadu bila keluar je rumah, mata rasa pedih, tekak rasa gatal nak batuk je kan, pengambilan vitamin kaya antioksidan dapat membantu anda mengatasi masalah ini. 8. Bagi ibu bapa yang anaknya berusia 1 tahun ke atas, anda juga boleh bekalkan vitamin C Chewable dan nutriferon pada anak anda. Ini penting untuk meningkatkan imuniti anak agar tidak terjejas dengan jerebu, kerana kanak-kanak memiliki sistem imuniti yang lebih rendah berbanding orang dewasa. Bila anak sihat, mak ayah pun gembira kan. Anda boleh dapatkan Vitamin C Shaklee dan Nutriferon di sini ya. Sama-sama kita jaga kesihatan dalam musim jerebu yang teruk ini. Saya juga semalam baru siapkan face mask untuk kegunaan anak-anak. Sediakan payung sebelum hujan katanya hehe..Ofkos untuk anak-anak ibu buatkan yang bercorak gitu :)                                Hasanah Ahmad | 013-2896454

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...