Assalamualaikum
Dah lama sangat sebenarnya tak tulis blog. Ish ish ishhhhhh... Dasat!
Lagi 4 hari nak raya baru nak buat entry pasal Ramadhan. Uhuk uhuk!
Apa yang paling touching bagi saya, ucapan dari mejar Daud, saya kenal beliau dan isteri sebab banyak kali jugak gi rumah dan aktiviti yang jumpa beliau. Ucapan beliau yang sangat touching itu;
"Kepada pada isteri yang mencurigai suami, suami asyik pulang lewat, jangan risau, itu adalah atas arahan saya"
Cewaaaaahhhh..sejuk rasanya hati-hati para isteri yang hadir. heheheee termasuklah saya! Yelaa, asyik takde kat rumah je kan. Tentera kan kena dengar arahan pegawainya.
Alhamdulillah.. Saya rasa jika satu jabatan bina bonding sebegini dengan staff dan keluarga, insya Allah takde masalah besar untuk tackle hati isteri yang suaminya asyik buat kerja luar. Kikikiiii..
Alhamdulillah, bersyukur sebab setiap kali suami
Anyway, Ramadhan ada lagi 3 hari sahaja sebelum melabuhkan tirainya, jom pertingkatkan amalan kita. Allah dah beri kita peluang untuk kita berjumpa Ramadhan kali ini. Takkan kita nak sia-siakan kan. Kang tahun depan tak berkesempatan jumpa canne tuh.
Selalu bila dah Rejab, Syaaban, ramai yang berdoa agar dipertemukan dengan Ramadhan, bulan pengampunan. Ada hadis Nabi yang menyebut, "Barangsiapa yang setelah berakhirnya Ramadhan dan dosanya tidak diampunkan, sesungguhnya rugilah dia."
Jangan kita tergolong di kalangan mereka yang rugi itu.
*****************************************
Promosi Shaklee Julai 2014 masih berlangsung.
Siapa nak cantik gebu menjelang Ramadhan, masih sempat nak dapatkan Vivix dari saya.
Salam sayang,
Hasanah
013-2896454
hihihi selamat hari raya, sanah! samalah kita baru update blog hari nih..
ReplyDelete